Followers

Thursday, May 13, 2010

Kisah Kerajaan Semut

dipetik daripada : www.iluvislam.com

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakawa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakawa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar:
Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

iluv

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

Sunday, May 9, 2010

selamat hari ibu ummi...


assalamualaikum


emm..x berniat nak tulis panjang..juz wanna wish HAPPY MOTHER'S DAY to my beloved ummi...


ummi..
along sayang ummi sangat-sangat...tanpa ummi,tak kan lahir along atas muka bumi ni...terima kasih ummi...sebenarnya bagi along hari ibu sambut hari-hari..(ummi,kita dok sabar nak jumpa ummi..T_T..)



~ummi tersayang~




~ orang yang paling disayangi ~


“Ya Allah, ampunilah dosaku serta dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil”

Sunday, May 2, 2010

%$#@ macam-macam &*^%$

assalamualaikum...


sekarang ni tengah dlm fatrah stdy week..nextweek dh nk stat final exm.di sini ana nk mohon ampun dan maaf pd sahabat2 sume andai kata ada perbuatan n perkataan yg t'guris di hati..(emm,nk exm bru nk mtk maaf ek..)
huhu...ni mntk maaf bkn sbb nk exm je ek,klu ngn ahli bait tu,stiap klai pas solat mntk maaf kn..hehe..


semalam,kami semua (ana n ahli bait) dengan semangatnye bgn awl utk pergi wt jawazat(visa)..mula2 wt rilek2 je,xde lh semangat sngt nk siap pn..tp ble widat balik je..dh jd kecoh dh..dy suh siap cepat2 coz nnt kne beratur pnjg..hoho..kelam kabut lh kami sume b'siap2..ok,dipendekkan criter..lbey kurang pukul 7 pg kami sume dh b'angkat kluar dr rumah..kmi wat 2 trip coz x muat nak naik teksi sbb kami 6 org(dayah tumpang tdo rumah..huhu) ana,husnaa n dayah pg trip ke 2..kak fatimah,hajar n widat trip first..bila kami smpai je kt depan bngunan jawazat tu..dyorg dh smpai dh...b4 tu,tyme dlm teksi,kak fatimah ad call,dy tanya dh naik teksi belum coz dy dah smpai dah..turun je dr teksi,tengok2 dyorg sume dh tnggu kami kt tepi jln tu..tmbul rse pelik gak coz tgk dyorg x lintas jln lg..usai saja dayah bayar tmbg teksi..dyorg dengan muka t'sengih memberitahu kami..."JAWAZAT TUTUP ARI NI..ARI NI KAN 1 MEI.." hah??? kteorg t'kedu...dah lh melayang duit Le15..dengan ttbe jawazat tutup lak...adus!!!! hahaha,,kteorg pn gelak r dengan sepuas hati..lagi nak gelak ble tgk ikhwah kt depan pintu pgr jawazat masih setia menunngu pinti t'sebut utk dibuka..dh lah dyorg ramai..haha..xthn btol lh...pastu.....kami pn blik je lh..nk g jln pn exm dh nk dekat..hmmm..tp tmbul rse x sdp ati lak coz x gtau kt ikhwah tu yg jawazat x bkk..msti dyorg xtau kn sbb tu dyorg msih setia menunggu kt depan tu..kami nk bgtau pn segan..tp at last kteorg pn senyap je..hehe..dah naik bas tyme blik tu..kami sume dgn muka yg agk x malu jerit kt ikhwah tu.."jawazat tutup!!" dyorg muka blurr...hope dyorg fhm lah ek..huhuhu~


tu satu story...ni story yg lain lak..2 hari lps ana m'jd assistant kpd chef dayah utk wat puding jagung..hoho^^..sbnrnye bkn lh wat pape sgt,juz tolong bkk tin jagung n kacau puding tu x smpai 5 mnt pn..hehe..sbnrnye dayah lh yg buat..ni ana ltk gmbar puding ni utk tatapan adik beradik tersayang di UIA..(ni sebab korang macam kempunan sgt smpai b'jela-jela komen kt fb)huhu...


mcm sedap x???
huhu..sedap sgt2..thnx along dayah...dlu cheese cake,skg puding jagung lak..x lama lg bleh bka bakery lah ye..


ni juz nk selitkan sket jadual exm ana..


exm start 8 mei n abes 14 jun..pas2 ad lbey kurang 2 mnggu untuk round2 sekitar mesir ni..emm,npe 2 mnggu je ek?? coz pas2 ana n kwn2 akn b'temu keluarga masing2..huhuhu..x sbrnye..tp nk insyAllahakhir bln jun ana akn berada di Darul Mubarak...baiti jannati..Ana mntk doa dari sahabat2 n adik baradik sume utk ana n kwn2 di sini..

emm..ana kehilangan smthng yg ana rasa penting..tp Alhamdulillah..hati msih kuat lg..terima kasih Ya Allah kerana Kau sntiasa memegang hati ini..Indahnya hidup dalam rahmat n kasih sayang Allah..bila someone pergi tinggalkan kita,Allah gantikan ngn org lain yg insyAllah baik bagi kita..huhu..sbnrny sedih tp ad orang yg boleh backup smpai x terasa kehilangan tu..Alhamdulillah..


ok lah..masa rehat dh abes..kena sambung stdy lak...p/s: hati n perasaan kena jaga..nnt bahaya..huhu~


...^ SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUP DAN MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH SWT...^