Followers

Tuesday, November 30, 2010

~ calon pilihan abah (part 3)

Esoknya, aku ke hospital seperti biasa. Hari ini aku ditugaskan memeriksa seorang pesakit lelaki tua berusia 71 tahun. Ketika aku mendekatinya, tiba-tiba aku teringatkan abah. Usia abah sudah menjangkau 72 tahun. Mak pula sudah mencecah 65 tahun. Pesakit tua itu tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya sambil bertanya khabarnya hari itu. Aku mengambil carta di hujung katilnya. Teruk juga pakcik ini. Ada kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Kali ini dia di hospital kerana jangkitan paru-paru pula. Pakcik Irish itu bersembang-sembang denganku ketika aku memeriksanya. Sangat peramah sekali. Aku teringatkan abah ku. Tapi bila mengingatkan peristiwa musim panas lalu, aku terus mematikan ingatanku itu. Abah tak sayangkan aku!

Aku bertenggek di depan rumah petang itu. Kunci aku tertinggal di dalam rumah! Puas aku menekan loceng rumah..Manalah tau kalau-kalau ada ahli rumahku yang dah habis kelas..atau tertidur ke…tapi…hampa! Geram betul aku. Solat asar pun masih belum kutunaikan. Mujur sekarang sudah musim bunga..Lambat lah sedikit waktu asar habis. Kalau musim sejuk..teruk juga aku..Melayang begitu sahaja lah waktu asarku. Tiba-tiba aku ternampak kelibat Izzah berjalan perlahan-lahan pulang ke rumah. Penat agaknya. Aku melambai-lambai Izzah, menyuruhnya cepat. Izzah segera berlari-lari anak ke arahku. Aku tersenyum melihat Izzah termengah-mengah di depanku. Makin sihat pula tubuh Izzah ni..

“Kenapa akak duduk sini? Kunci hilang ke?”

“Tak..kunci tertinggal dalam rumah...Cepat Zah, akak belum solat asar ni..”

Izzah segera mengeluarkan kunci dan membuka pintu. Aku terus masuk ke rumah dan menanggalkan kasutku.

“Kak! Akak terpijak something lah!” jerit Izzah. Segera aku alihkan kaki ku. Sampul surat berwarna kuning. Aku mengutip surat tersebut dan menghulurkannya kepada Izzah.

“Ish posmen ni..Main buang aje surat tu. Masukkanlah elok-elok sikit dalam lubang tu”,aku mengomel. Izzah diam saja sambil membelek-belek surat tu.

“kak, untuk akak lah. Dari Malaysia ni..”. Terkejut aku..Siapa pulak nak menghantar surat warna kuning istimewa sangat untuk aku. Aku pun menyambutnya dari Izzah dan terus menuju ke bilik dan solat asar. Aku menunggu solat maghrib sekali. Aku memanggil Izzah untuk sama berjemaah denganku.

“Akak, sapa yang hantar kad sampul kuning tu kat akak?”Tanya Izzah sambil melipat kain sembahyangnya sesudah kami selesai bersolat.

“Akak belum bukak lagi Zah..Kak Ngah akak kot..Kalau tak pun, kawan baik akak, Bahiyah masa di Matriks dulu”. Jawabku dengan jawapan aku tak munasabah. Pernah sekali sahaja Kak Ngah menghantar kad raya kepada aku semasa tahun satu dulu. Itu sahajalah sekali. Bahiyah pula cuma mengirimkan e-card sahaja. Ah! Biarlah dulu..Kepala pun sedang berserabut memikirkan perkara lain.

“Akak ada telefon rumah Malaysia tak this week?”

“Tak ada Izzah..Akak takde mood lah nak telefon. Minggu ni akak rasa serabut otak lah.. Terfikirkan pasal hal dulu tu laa..Dah lama akak tak cakap ngan abah akak. Rasanya dah dekat 2 bulan dah. Kali terakhir akak cakap ngan dia pun masa raya haji haritu aje” balasku.

“Ish akak ni..kesian abah akak. Mesti dia rindu kat akak. Akak telefon lah..cakap dengan dia. Memang la Izzah tau akak masih marah lagi kat dia..Tapi sampai bila akak?”

“Ntah la Izzah..Akak pun tak tau..Harini sapa masak? Akak laparlaa”

“Harini Akak la masak! Akak lupa ye?? Izzah laparrrr!!” kata Izzah separuh menjerit.

Alamak! Terlupa pula aku hari ini hari jumaat, giliran aku! Aku segera bergegas turun ke bawah dan memasak….Lauk ayam masak merah dengan sayur kubis masak kicap. Berselera sekali adik-adik rumah aku makan pada malam itu.. Biasa lah..tengok lah siapa yang memasak!

Aku masuk ke bilik hanya setelah jam menunjukkan pukul 11 malam. Tadi aku bersembang panjang dengan Zizi, Semah, Intan dan Izzah di bawah. Hari ini hari Jumaat. Esok cuti, bolehlah aku berehat-rehat sekejap malam ini..tak payah menghadap buku. Aku solat Isyak dan terus berbaring di katil dan merenung almari solek di hujung katilku dengan fikiran yang kosong. Terasa seperti ada sesuatu yang keras di bawah lenganku. Segera aku meraba-raba untuk mengalihkannya. Oh! Surat tadi! Aku terlupa hendak membukanya.. Aku amati tulisan di depan sampul surat kuning itu. Kemas tulisannya. Setemnya bercop 11 Mac 2004. Hari ini 19 Mac. Seminggu sahaja rupanya untuk surat itu sampai dari Malaysia. Setem itu bercop Kuala Lumpur. Siapa ya? Aku pun membuka dengan penuh berhati-hati.

Aku menarik keluar sekeping kad dari sampul berwarna kuning itu. Muka depannya tertulis “Selamat Menghadapi Peperiksaan”. Kad berwarna kuning cair itu dihiasi bunga matahari yang sangat cantik. Aku membuka dengan berdebar-debar. Tulisannya dengan pen berdakwat basah warna hitam.

wbt (dalam tulisan jawi). Buat tunangku, Nurul Hanaa Aisyah, Azmi doakan moga Ana berjaya dalam peperiksaan akhir nanti. Maafkan Mi kerana tak pernah mengirim sebarang berita atau menelefon Ana selama hampir setahun kita bertunang. Mi tak mahu mengganggu pelajaran Ana. Belajar rajin-rajin ye..Insya-Allah, tunang Mi akan bergelar doktor tak lama lagi..Doa Mi sentiasa mengiringi Ana..” Ikhlas dari Tunangmu, Mohd Azmi Idris.

Lama aku merenung kad itu. Berkali-kali aku mengulang membaca nya. Azmi? Nama tunangku adalah Azmi? Aku sendiri terlupa. Bagaimana rupanya sekarang? Umur berapakah dia? Kerja apa? Masih belajar lagikah? Pelbagai persoalan menerkam kepalaku. Aku sememangnya tidak pernah langsung mengambil tahu tentangnya. Aku tidak lagi bercakap banyak dengan abah selepas malam itu. Sedikit pun aku tidak berminat untuk bertanya pada mak tentang dia. Air mata ku menitis lagi. Kali kedua dalam minggu ini. Apa yang bermain di mindaku selama ini hanyalah tindakan abah yang melulu, tanpa memikirkan perasaanku. Dan satu lagi yang bermain di hatiku ialah perasaanku pada Hisham..Aku masih belum boleh meluputkan perasaan itu dari hatiku. Meskipun Hisham tidak pernah mengungkapkan sebarang kata-kata sayang, tapi aku tahu dia menyukaiku lebih dari kawan biasa.

Aku mengurut kepalaku perlahan-lahan. Letih rasanya melayan perasaan begini. Aku melirik jam di mejaku. Sudah pukul 12.30 malam. Di Malaysia sudah pukul 8.30 pagi. Rindu pula rasanya pada Mak. Elok aku telefon sekarang. Rasanya abah belum balik lagi dari masjid. Selalunya dia duduk lama di masjid lepas solat subuh. Jadi, tak perlulah aku bersusah payah memberi alasan pada mak untuk mengelak dari bercakap dengan abah.

Mak. Ana ni mak!”

“Waalaikumussalam…Ana! Dah 2 minggu Ana tak telefon! Risau mak dibuatnya..Ana sihat ke?”

“Sihat alhamdulillah..Mak dan abah sihat ke?”

“Kami semuanya sihat-sihat belaka Ana..Ana bila nak periksa akhir ni? Hari tu ada Azmi telefon mak minta alamat Ana di sana. Mak dah bagi..Ada dia hantar apa-apa pada Ana?”

“Emm..oooo..ye ke..Emm..Mak, periksa ana lagi sebulan je. Takut la mak…Mak doa banyak untuk Ana ya..” Balasku mengelak dari membicarakan lebih banyak tentang Azmi. Jantungku berdebar-debar ketika emak menyebut namanya.

Ala..pasal periksa tu..tak payah takut-takut..Mak doakan untuk Ana..berjaya..lulus cemerlang semuanya” ujar mak diikuti dengan batuk-batuk kecil.

“eh, mak sihat ke ni mak? Macam tak berapa sihat je tu”

“eish..tak lah..mak baik-baik aje..Ana jaga diri elok-elok tau..Jaga makan minum..Belajar-belajar kemas rumah..Nanti dah nak jadi isteri orang..” Kata mak. Eh…lain pula bunyinya pesanan mak ni..selalunya tak pernah dia berpesan tentang soal rumah tangga pada aku begitu. Pasal Azmi pun dia tak pernah berani hendak menyebutnya di depan aku.

“Emm..Okla mak..Ana nak tido, dah ngantuk. Abah tak balik lagi?” Aku pura-pura bertanya.

“Abah kat masjid lagi…biasa lah dia..Dia mintak mak kirimkan salam dia pada ana kalau ana telefon..Suruh ana belajar rajin-rajin katanya”, Mak menyambung sambil terbatuk-batuk lagi.

“Mak ni..betul ke Ok ni mak..Mak pegi jumpa doktor lah mak..Takut apa-apa pulak nanti” jawabku dengan penuh kerisauan.

“Iye lah Ana..Mak sehat je..Biasa lah orang tua Na..Belajar sungguh-sungguh ye sayang..”

Setelah memberi salam aku meletakkan telefon. Segera aku naik ke bilik dan baring semula. Teringat pula pada abah. Emm..dah lama tak dengar suara abah. Memang sakit hati aku pada abah. Tapi rindu tetap rindu juga..Kalau dulu-dulu, sekurang-kurangnya seminggu sekali aku akan bercakap dengan abah, bercerita tentang peperiksaan aku dan kehidupan aku di sini. Walaupun abah sudah tua, tapi fikirannya masih tajam. Dia bekas guru besar sekolah rendah di kampungku. Tapi sekarang ini, semuanya telah berubah. Semenjak musim panas tahun lepas, aku sangat-sangat kurang bercakap dengannya.

Monday, November 29, 2010

~ rindunya

rindunya ummi,abah,adik beradik sume.. nak balik rumah!!!! knp ni???? emosiku tak stabil.....


Ya Allah,tabahkanlah hatiku.....


Sunday, November 28, 2010

~ calon pilihan abah (part 2)

“Kak Ana!!!!! Telefon!!!” Suara Intan dari bawah menghentikan lamunanku. Segera aku bangun dan turun ke bawah.

“Eh kak..Akak nangis ke?” soal Intan ketika bertembung dengan ku di tangga.

“Takda lah..mata akak letih sangat..tengok buku lama sangat kot”, jawabku sambil tersenyum dan mengesat air mata yang bertakung di mataku. Tak sedar
pulak aku menangis tadi.

“Hello”ujarku dengan loghat Irishku..manalah tau, kalau kawan-kawan sekelasku yang menelefon.

“Helo. Assalamualaikum Ana. Ni Hisham lah..Tak cam ke suara aku yang lemak merdu ni?”

“Oh..Sham..Aku ingatkan mat saleh mana tadi..”jawabku sambil tergelak kecil. “Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?”

“Takde lah..saja je..aku dah letih la baca buku..Tu yang aku telefon kau tu..Tak boleh ke?”

“Memangla tak boleh..Kalau takde hal,aku malas la nak cakap dengan kau..” jawabku tegas.

“Ish..jangan la gitu Ana..Sebenarnya gini..tadi ada junior kata dia nampak kau kat Tasik Lough tu, kau tengah termenung. Aku pun naik risau la pulak. Ye la kan..sebagai classmate kau..aku concern lah, exam dah nak dekat ni..Kau tension study ke?”

“Emm..tak ada lah..saja je aku ambil-ambil angin. Hari-hari tengok muka orang sakit, letih jugak aku..Kau jangan la risau. Okla Sham, aku dah mengantuk la..dah pukul 11 malam ni..Aku letih harini..”
“Takpe lah kalau macam tu..Jumpa kau kat hospital esok ye! Bye..”

“Sham, Thanks coz ambil berat….Assalamualaikum”

Aku terus meletakkan gagang. Aku merenung telefon beberapa ketika. Baik si Hisham ni..Selalu ambil berat tentang aku. Tunang ku? Di mana dia? Siapa dia? Aku terasa geram memikirkan tentang dia. Aku benci abah! Aku menarik nafas panjang.

“Kak! Oo Kak!” Terkejut aku mendengar suara Semah memanggil. Aku memandang Semah dan Zizi yang masih bertenggek di depan tv. Kedua-duanya memandang aku sambil tersengeh-sengeh.

“Berangan ke kak..Hisham dah letak telefon tu..Akak ni..asyik termenung aje kami tengok..Hisham dah melamar akak ke…Sempat lagi dia ye..Bukan dah nak exam final ke..” Kata Zizi sambil tersenyum lebar.

Malas aku nak layan budak-budak ni. Aku mencekak pinggang dan menjelirkan lidah kepada adik-adikku itu. Padan muka. Aku tersenyum sendiri ketika memanjat tangga menuju semula ke bilik. Terus saja aku menghempas badanku ke katil. Buku-buku bersepah di atas meja. Perasaanku sungguh tak tenteram hari ini. Apa yang aku fikirkan entah lah..Aku mengambil diariku dan pen untuk mencoret sesuatu bagi melegakan sedikit beban perasaanku ini. Aku menyelak-nyelak halaman-halaman lepas. Aku mencapai pula diari tahun lepas. Kubuka helaian bulan Julai. Cuti Musim panas di Malaysia. Helaian-helaian itu agak pudar kertasnya dan terkeronyok sedikit kerana kesan-kesan air mataku ketika itu.

2 Julai 2003
Aku telah ditunangkan dengan seseorang. Baru semalam abah memberitahu kepadaku. Aku bertunang?? Aku? Sampai hati abah..buat macam ni kat aku..Sampai hati.. Aku akan hidup dengan orang yang aku tak kenali! Aku benciiiii!! Benci abah! Benci abah! Benci abah! Hisham!! Aku rindu kan kau! Aku tak boleh terima orang lain! Kenapa kau diam? Kau tak pernah perasan kah yang aku sukakan kau selama ini..Kau dah terlambat Sham!! Aku benci hidup ini! Kenapa????? Kenapa aku?

3 Julai 2003
Aku telah cuba memberontak dengan abah. Aku katakan aku tak mahu terima keputusan itu. Aku dah ada pilihan hati sendiri. Tapi abah memaksa! Memaksa aku! Aku sepatutnya menjadi anak kesayangan abah! Bukankah selama ini aku anak kesayangannya? Anak yang paling manja dengannya? Aku takkan bercakap lagi dengan abah. Mak? Mak pun sama. Tapi abah yang memaksa aku! Aku rasa benci dengan abah. Sangat benci. Abah menengking aku tadi. Tak pernah seumur hidupku aku dimarahi begitu oleh abah..Aku benci abah!! Takkan aku sentuh cincin berkarat tu!

11 Julai 2003
Aku baru balik dari rumah Izzah. Penat aku menempek kat rumah Izzah di Johor nun. Biarlah! Asalkan aku boleh lari dari keluargaku. Seminggu aku di sana, gembira sikit hati aku.

14 Julai 2003
Abang Long sekeluarga dan Kak Ngah sekeluarga pulang ke rumah hujung minggu. Tak henti-henti mereka bertanyakan soal tunangku kepada abah. Mereka sendiri tak faham kenapa abah terlalu tergesa-gesa. Nah abah! Abang Long dan Kak Ngah membela aku!

Aku menutup diari ku. Abang Long dan Kak Ngah. Rindu sungguh aku pada mereka. Kami taklah rapat sangat. Maklumlah..Abang long 21 tahun tua dariku, manakala Kak Ngah pula 19 tahun lebih tua dariku. Masing-masing sudah ada anak-anak sendiri yang hampir sama baya denganku. Mak melahirkan mereka ketika dalam usia akhir belasan tahun. Sedangkan aku lahir ketika mak sudah berusia 40 tahun. Alhamdulillah..mujur aku selamat..Tak ada apa-apa masalah. Ibu yang melahirkan anak di usia lewat ni kemungkinan anak untuk cacat tinggi contohnya Down Syndrome. Alhamdulillah..Allah selamatkan aku… Oh! Aku belum solat Isyak lagi!!

Saturday, November 27, 2010

~ calon pilihan abah (part 1)



Aku duduk termenung sendirian di tepi tasik..burung² swan berenang-renang di tasik.. Entah kenapa aku tergerak hati hendak ke situ harini.. Rasa-rasanya sepanjang hampir 5 tahun aku di sini, di bumi Ireland ini..itu baru kali kedua aku pergi berjalan ke situ.. Kali pertama masa aku tahun satu dulu..Itu pun kakak senior yang bawakkan..saja nak tunjuk² keindahan Bandar kecil itu.. Selepas tu..aku agak sibuk dengan pelajaran..Tak sempat lagi nak berjalan-jalan mengambil angin di situ..Aku bertekad nak menjadi doktor…sejak kecil lagi..itulah harapan abahku… Akan aku usahakan.. meskipun aku rasa aku ini tidak lah sebijak mana jika nak dibandingkan dengan sahabat² aku yang lain..

Aku duduk di atas bangku..merenung jauh ke arah rumpunan di tengah² tasik itu..Tapi fikiran ku sedikit pun tidak memikirkan tentang swan² tadi atau pun rumpunan itu.. Hati aku keresahan..Kepalaku kerunsingan..Peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi..Kini sudah bulan Mac… sebulan lagi aku perlu bertarung di medan peperiksaan.. Dan kemudian..aku akan pulang bercuti ke Malaysia..menemui keluargaku…dan menemui semula segala masalah yang menghantui fikiranku selama ini..

Aku mengenakan zip di baju sejukku..Tidak tahan rasanya kesejukan angin Irish ini.. Sudah masuk bulan Mac..Sepatutnya semakin kurang sejuk kerana musim bunga sudah mula mahu menjenguk…Hairan pula aku…Tahun ini…lain pulak jadinya…Sejuk sungguh sejak dua tiga minggu ini.. Aku menarik nafas panjang dan menghembus dengan pantas…Terhibur pula aku melihat asap wap panas yang keluar dari mulutku.. Aku tergelak sendiri bila mengenang hampir 5 tahun lalu…Aku baru sampai ke sini..Bukan main jakun lagi aku melihat asap itu…eheheh…Comel aku masa tu..baru berumur 19 tahun…sekarang usia aku dah merangkak masuk angka 24.. Hari yang dijanji-janjikan itu sudah hampir tiba..Aku buntu…Tidak tahu apa harus aku fikirkan..Apa harus aku lakukan…Aku melihat jam tangan..sudah hampir pukul 6.30 petang. Sekejap lagi masuk waktu maghrib..Aku segera bangun dan berjalan dengan agak pantas pulang ke rumah..

Tiba sahaja di rumah, aku terus masuk ke bilikku dan segera bersolat.. Setelah selesai berdoa, aku menuju ke meja study ku.

“kak Ana!! Jom makan!! Izzah dah siap masak!!”, teriak adik serumahku, Nurul Izzah. Hari ini giliran Izzah memasak..Giliran aku hari Jumaat. Kami berlima tinggal di rumah sewa itu, aku, Izzah, Zizi, Semah dan Intan. Izzah dan Zizi dalam tahun 4 pengajian, manakala Semah dan Intan adalah pelajar tahun 2. Aku lah yang paling tua di rumah itu..Aku dalam tahun akhir..Kami semua bakal doctor ! Insya-Allah….

Aku segera turun ke bawah dan menuju ke dapur. Adik-adikku semuanya telahpun sibuk menyedok lauk..Masing-masing lapar agaknya…Letih seharian di hospital dan kuliah.

“Kak Ana diam aje harini..kenapa? Tak sihat ke?? Aii..teringatkan sapa pulak tu kak..” soal Intan dengan nada menyindirku. Aku Cuma tersengih melihatnya.. “Ada laaa”, jawabku dengan nada penuh berahsia.. “Alah akak ni…suka sangat berahsia…kita kan serumah…kalau apa-apa masalah,bagitau la kami..”.. Sampuk Semah. Sekali lagi aku tersengeh. Seronok pulak aku tengok gelagat adik-adik ni..Muncung aje muka.. Aku sempat mengerling Izzah. Cuma dia saja yang tahu masalah yang melandaku sejak tahun lepas.

Selesai saja makan, aku terus naik semula ke bilik untuk meneruskan proses mengulang kaji pelajaranku. Maklum lah..aku di tahun akhir, tak ada masa untuk tengok tv atau bersenang-lenang berborak-borak di bawah. Sayup-sayup aku terdengar suara Zizi, Semah dan Intan bergelak ketawa menonton siri ‘Friends’ di bawah. Tiba-tiba, pintu aku diketuk dan Izzah masuk sambil tersenyum. “Study ke kak..Petang tadi akak pegi mana? Dekat maghrib baru balik..Ada orang call akak tau tadi”, kata Izzah sambil menyengetkan mulutnya. Aku tahu siapa yang dimaksudkan.

“Dia lagi ke Izzah? Izzah…akak pening lah fikir masalah ni..Izzah pun tau kan..akak sukakan Hisham tu sejak akak mula-mula datang sini lagi..tapi nak buat macam mana..Dah takdir akak begini agaknya”, balasku. Izzah merenungku. Di wajahnya ada rasa simpati terhadapku. “Emm..Okla kak..Izzah tak nak kacau akak study..Jangan fikir sangat pasal tu tau…Ingat, akak ada exam final tak lama lagi…” Izzah keluar meninggalkan aku yang kononnya study..

Ingatanku melayang ke peristiwa tahun lepas, sewaktu aku pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas.

“Ana..Abah nak cakap sesuatu dengan Ana ni..” kata abah suatu malam setelah hampir sebulan aku duduk di rumah.

“Gini Ana..2 bulan lepas, ada orang masuk meminang Ana. Jadi..abah dah terima pinangan tu untuk Ana. Abah percaya dia tu lelaki yang baik untuk jadi suami ana.” Abah berhenti untuk melihat riak wajahku ketika itu. Mata aku bulat memandang abah tak berkelip. Aku kelu. Betulkah apa yang abah cakap kan ini?

Abah terus menyambung “ Dia bukan orang lain ana..saudara kita jugak.. Ana ingat lagi tak Abang Deris dan Kak Ilya? Anak depa yang sulung lah yang depa pinang untuk Ana. Abah harap ana tak da halangan. Ana kan anak manja abah..” Abah tersenyum memandangku.

Tiba-tiba emak muncul di ruang tamu itu dan duduk di sebelah aku yang masih terkejut dengan berita yang baru sahaja abah sampaikan..Emak memegang tanganku erat. “Anak mak ni dah besar..Cantik dan manis pulak tu..Lagi manis kalau Ana sarungkan cincin ni ke jari Ana tu..”

Aku memandang kotak baldu merah yang emak hulurkan. Apakah semuanya ini!!!!!jeritku di dalam hati..Sampai hati mak dan abah buat begini kepada aku. Kenapa mesti buat keputusan tentang masa depanku, tentang hidupku tanpa meminta persetujuan ku???kenapa?? Tangan dan bibirku terketar-ketar menahan sebak dan geram sekaligus. Tiba-tiba aku teringatkan Hisham, jejaka yang menjadi pujaan hatiku sejak aku mula-mula belajar di Ireland. Mataku mula berkaca-kaca dan setitik air mata jatuh di pipi ku.

“Sampai hati mak dan abah..” kataku perlahan-lahan tanpa memandang wajah emak atau abah. Aku terus berlari masuk ke bilikku..Aku menangis semahu-mahunya…Dari dalam bilik aku terdengar suara emak dan abah.

“Itulah abang..Yah dah cakap..Ana mesti tak suka abang terima lamaran tu..Patutnya abang tanya lah dia dulu..”

“Yah..Abang dah dah fikir lama pasal lamaran tu..Abang tahu apa yang terbaik untuk Ana..Insya-Allah si Azmi tu boleh jaga Ana baik-baik..”

Aku menekup telingaku dengan bantal..Tak sanggup lagi aku dengar kata-kata abah itu. Sungguh tak munasabah keputusan abah! Sampai hati abah.. Aku benci Abah!!!

Wednesday, November 24, 2010

~ bisikan hati seorang wanita

Sedikit perkongsian...


Pujian buatMu Tuhan lantaran telah menjadikan aku seorang perempuan. Diciptakan dari tulang rusuk kiri Adam dengan seindah kejadian. Akulah si tulang bengkok yang Kau ubah dengan kekuatan perasaan mengatasi panjangnya akal fikiran sebagai fitrah dan anugerah hasil doa seorang lelaki. Namun biarlah kejadianku memberi guna,bengkok yang ada manfaatnya.


Kiranya aku menjadi isteri, kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan aku menjadi tulang belakang seorang suami. Pengembang perjuangan di sayap kiri diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku menjadi teman setia,penyejuk mata,pembina semangat dan penguat jiwa. Seanggun peribadi Siti Khadijah sumber ketenangan Muhammad saw. Beban jiwa dari belengu perasan keperempuanan yang memiliki sembilan nafsu. Merdeka dari kepentingan peribadi setulus Fatimah Az-Zahra' yang sering ditinggalkan suaminya, Saidina 'Ali,di hantar pemergiannya tanpe bertanya....: bilakah pulang?" disambut kepulangannya dengan khidmat..bersulamkan kemesraan.


Namun, siapalah aku untuk memiliki watak wanita solehah..dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati. Maka kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa insaf. Dan sememangnya aku mengimpikan watak seorang ibu yang bakal melahirkan putera-putera secekal Mus'ab ibnu Umair yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya...segigih Zubair ibnu Awwam yang diangkat oleh Nabi sebagai hawarijnya hasil didikan ibunya...memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah,rela direbus demi mempertahankan imannya.


Redhalah aku yang dhaif dan hina ini sebagai hambaMu Ya Allah. inilah pengadun,harapan dan munajat dari hambaMu. Tanpa petunjukmu,selangkah yang mengiriku ke syurga,sederap mencebur ke neraka. 


Marilah menyelam ke lautan tak bertepi.


Mengenal Zat Yang Maha Tinggi,
Renungan dan tazkirah sebagai santapan rohani,
Membina hidup di landasan Islami.




dipetik daripada : majalah IQRaC

Tuesday, November 23, 2010

~ ujian Allah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah wa syukurillah, seinfiniti kesyukuran padaMu Ya Allah atas segala nikmatNya yg tak terkira dikurniakan pada hamba yg hina ini.
Pg tadi,semasa kelas histology,dapat 1 mesej..dr iyah…Alhamdulillah,Nenda dah selamat…Innalillahiwaiinailaihiraaji’un….dari Dia kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.. tiada apa yang terlintas di fikiran,hanya doa yg mampu terucap di bibir…sampai di rumah,terus telefon iyah..niat nak cakap dgn iyah,tp iyah passing fon kat ummi..tenang je ummi ckp…ummi jgnlah sedih ye..semoga rohnya dicucuri rahmat,amiin.


Minggu ni berlalu dgn cepat.  Sedar-sedar dah habis dah 1 minggu dan nak habis dah bulan 11 ni. Lg sebulan,mid term exam,and lagi 5 bulan dah nak final..soooo fast..dunia dah nak kiamat kan..
Kadang-kadang duduk termenung muhasabah diri sendiri..sampai bila nak hidup camni? Sampai satu masa,ke tanah juga tempat kita dikembalikan..hidup ni hanya satu proses jual beli dengan Yang Maha Esa,tp jual beli ini menguntungkan kita..Subhanallah! baiknya Allah..kita je yang tak nampak semua ni. 

Study + family + persatuan + tanggungjawab..HAMBA..kita hambaNya, so,memang tak boleh nak mengungkit pape lah…PATUH + TAAT = REDHA ALLAH..insyAllah…amiin.
Macam-macam dah jadi sepanjang berada di bumi barakah ni..kadang-kadang sampai sesak nafas nak fiki semua ni..tp semua ni sebenarnya ujian Allah,Allah nak tengok setakat mana keimanan kita kepadaNya,kan?

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,’kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”

( Surah Al-Ankabut,ayat 2-3)


Terima kasih Ya Allah…ujian ini adalah hadiah dariMu..



WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI,TETAPKANLAH HATI KAMI INI PADA AGAMAMU DAN JIHAD KERANAMU YA ALLAH



Wednesday, November 17, 2010

~ suasana raya

Assalamualaikum wbt.

Salam Eidul Adha buat semua muslimin dan muslimat...Kullu sanah wa antum toyyibin...

Sedar tak sedar dah 2 tahun diri ini tak dapat menyambut raya haji ni bersama keluarga tersayang,tapi macam mana pun,still happy sebab sentiasa ada sahabat yang sentiasa menemani diri ini..huhu..











raya ke-2 ada la buat makan-makan sikit kt rumah,dalam masa yang sama boleh lah lebih merapatkan ukhuwah (^_^)
















bersyukur sangat-sangat sebab dapat bagi org makan,at least rasa happy n puas ati. habis je semua,terus je online dan call rumah..esok pun di terengganu ada buat kenduri kesyukuran..dan keadaan Nenda pun ada tanda-tanda positif,Alhamdulillah.

esok my rumate nk balik Malaysia,rasa sedih la plak..and nextweek kelas pun da start,so...study..study...study...n so many exams coming soon..emm,sebenarnya setiap hari ialah ujian..kan?? Ni ujian duniawi je dari doktorah..kena prepare awal-awal,so study la..baca la buku,buku la baca..baca-baca buku...banyak lagi buku yang menuntut hak-hak mereka....sekian.












" Hendaklah kamu memakai wangian istighfar supaya bau dosa tidak membuka keaiban kamu " - Saidina Ali bin Abi Talib



Thursday, November 11, 2010

~ perkembangan terkini

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah di atas segala nikmat dan kurnian dariNya. Terlalu banyak nikmat yang kita kecapi dan sesekali bila datangnya ujian Allah baru kita tersedar dari lena yang panjang.


Nenda masih belum sedarkan diri (koma) kesan daripada ubat pelali (sedative). Keputusan pemeriksaan kesihatan Nenda keluar hari ni...jantungnye dah membengkak,paru-paru kekurangan air,sel-sel otak dah banyak mati....Menurut pandangan makcik ana yg juga seorang doktor,the best way mmg kena tebuk lubang di tengkuk bg membantu pernafasan,tapi Ayah (datuk ana) tak setuju..semua adik beradik tak setuju. Malam tadi,Ayah buat family meeting, Ayah juz cakap " kita sama2 doa kat cik (nenda) "...Dalam keadaan di uji mcm ni, Ayah telah dinobatkan sebagai Bapa Mithali peringkat Negeri Terengganu. Bersyukur dengan pegiktirafan manusia ini,tp dalam masa yang sama, Ayah tetap tak dapat sembunyikan kesedihannya...Sempat lagi Ayah ckp.." dulu masa Cik dapat anugerah Ibu Mithali, Ayah ada dengan Cik, teman Cik ambil hadiah,tp sekarang masa giliran Ayah,cik tak dok.." Sebak je Ayah cakap..Anak-anak dan cucu-cucu semua cuba tahan menangis depan Ayah.
Memang selama ni Ayah tak pernah berpisah dengan Nenda. Ana memang kenal sgt dengan perangai Nenda. Kalau datang rumah ana (berdepan dengan rumah Nenda),memang Nenda tak kan duduk lama..
" lama doh Cik duduk ni,lebih 5 minit doh..kena balik doh ni,sian kat Ayah duk umah sorang2 ". Tulah selalunya ayat Nenda kalau datang rumah ana. Rindu Cik....Rasa nak pergi je jenguk Cik sekarang,tp ummi tak bagi balik. Tak pe lah. Duduk je kat sini,doa banyak di bumi yang penuh barakah ni.InsyAllah,Allah kabulkan. 


Angah cakap,kalau tengok Cik,bukan nampak macam orang tengah tidur,tp nampak macam orang tengah tahan sakit. Memang boleh nampak eye ball Cik bergerak-gerak dan mulut Cik macam tengah nak telan sesuatu. Maybe Cik tak selesa sebab ada wire dalam mulut dia yang supply makanan terus ke stomach..tak tau lah...


Terima kasih tak terhingga kepada sahbat-sahabat yang telah mendoakan keselamatan Nenda. Jazakallah..

Monday, November 8, 2010

doa kalian amat ku pohon~

Assalamualaikum wbt.


Pagi tadi ana terima mesej drpd bonda yg mengatakan nenda sedang sakit tenat..mntak tolong para sahabat semua mendokan kesihatan nenda ana..syukran 'ala kulli haal.