Followers

Sunday, January 9, 2011

hidup takkan terlepas dari ujian~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...




-setiap ujian drpdNya tanda Dia sentiasa mengingatiku dan ingin ku sentiasa mengingatinya...Ujian Allah itu adalah nikmat yang cukup bernilai...sampai bile kite mahu berada di zon selesa??


-lg beberapa hari nk mid year exam...em,belajar krn Allah,bkn sbb nk exam=) Tp,pape pun,mesti sentiasa lakukan yang terbaik...Allah pasti menolong hambaNya yang mahu menolong dirinya sendiri...usaha + doa + yakin dengan Allah..insyAllah.  


-baru lepas call rumah. Ummi sakit lg..Ya Allah,kurniakanlah kesihatan yg terbaik buat ummi abah..xde apa yang boleh ku lakukan melainkan hanya berdoa utk kebaikan mereka...hati ini betul2 di uji...tabahkan lah hatiku Ya Allah..pohon doa dr sahabat2..




~Ya Allah,ampunilah segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku masih kecil..Amiin~



Thursday, January 6, 2011

~ calon pilihan abah (part 15)

Beribu-ribu kali rasanya Izzah memuji keayuanku dengan bajuku. Aku Cuma tersenyum.

“Kak!! Comelnye akak pakai baju ni..Lembut, ayu habis! Meh Izzah solekkan akak” Aku mengikut sahaja kata-kata Izzah. Habis mukaku diconteng dengan alat-alat make-up. Emm…cantik juga..Pandai jugak Izzah ni make-up kan aku.. Aku tersenyum sendiri memandang cermin. Kepala aku masih sakit sedikit kerana menangis lagi semalam. Mukaku tidaklah pucat dengan hasil solekan Izzah itu.

“Wahh!!bagaikan puteri!!!” jerit Izzah. Cuma aku dan Izzah sahaja yang ada di rumah. Zizi, Intan dan Semah semuanya sudah pulang ke Malaysia.

Sepanjang hari itu aku berasa sungguh gembira. Aku berjaya melupakan segala masalah yang melanda hatiku. Aku berjalan mengambil Ijazah MBBS dan BSc ku dengan penuh keyakinan. Abah, ana dah jadi doktor!!! Izzah tak putus-putus mengambil gambarku.

Hisham ditempatkan agak jauh dariku di dewan graduasi. Sebaik sahaja selesai mengambil ijazah, kami bergambar beramai-ramai. Sesi fotografi tamat ketika sudah hampir petang.

Aku sungguh berdebar di saat aku diperkenalkan pada mama dan papa Hisham. Gaya dan penampilan mereka nampak sungguh moden, berbeza dengan ibuku. Ketika aku bersalam dengan Auntie Zaleha, aku nampak Hisham mengenyitkan mata pada mama nya.

“Ana, parents tak datang ke?” soal Auntie Zaleha.

“Emm..tak Auntie..Mulanya nak datang, tapi ada masalah sikit” Aku terasa sebak mendengar soalan Auntie Zaleha itu. Dia mengusap-usap belakangku mengucapkan tahniah. Uncle Rahman pula tersenyum padaku. Mereka ramah denganku. Pelbagai soalan diajukan padaku. Lega hatiku dengan layanan baik mereka padaku. Auntie Zaleha dan Uncle Rahman sudah beralih ke Taman bersebelahan tempat sesi fotografi tadi. Cuma tinggal aku dan Hisham sahaja.

“Ana, mama dan papa aku nampak dah sukakan kau..Lega aku..”kata Hisham sambil tersenyum penuh makna. Aku tunduk malu.

“Kau ni Sham! Tak malu!” kataku malu-malu. Aku nampak Hisham tersenyum meleret. Izzah datang ke arah kami sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang rapi itu. Hanif menurut di belakangnya.

Aku gembira hari itu. Sungguh gembira. Malam itu aku masak masakan paling sedap buat Izzah dan aku. Kami makan penuh selera. Hisham tidak pula menelefonku. Mungkin kerana sibuk melayan papa dan mamanya.

Malam itu, aku bermunajat kepada Allah, bersolat sunat hajat, tahajud, dan akhir sekali aku lakukan solat istikharah. Aku mohon bersungguh-sungguh dengan air mata yang tak henti-henti mengalir, agar Allah tunjukkan aku pilihan terbaik.
Esoknya, aku bangun dengan kepala yang masih berat kerana menangis. Izzah masih tidur. Letih agaknya. Aku keluar berjalan perlahan-lahan menghirup udara musim panas. Aku ingin ke Tasik Lough. Aku rindukan burung-burung swan di situ. Aku duduk di bangku di tepi tasik memandang air tasik yang tenang dan burung-burung yang berenang-renang. Aku kosongkan fikiranku. Biarlah Allah menentukan jodohku. Aku sudah letih bermain dengan perasaan sendiri. Sejam lebih juga aku di situ. Aku mula mengangkat kaki untuk pulang.

Aku melalui simpang biasa berhampiran rumahku. Aku berjalan perlahan sambil merenung pohon-pohon merendang di tepi jalan. Aku berhenti untuk melintas jalan itu. Aku memegang kepalaku yang masih sakit sedikit. Sudah tidak ada kereta. Aku terus sahaja melintas. Tiba-tiba,

“Ponn!!!!” Hon kereta yang kuat itu menyebabkan aku sungguh terkejut dan sepantas kilat aku berpusing dan berundur ke belakang.

“pang!!” Aku terasa seperti terlanggar sesuatu ke kepalaku dengan kuat ketika aku berpusing ke belakang. Pandanganku mula gelap. Aku memegang tiang aku yang aku terlanggar tadi. Tak tertahan rasanya sakitku. Aku rasa badanku lemah dan terus rebah di situ.

Aku nampak abah memakai jubah putih yang selalu dipakainya untuk sembahyang Jumaat. Abah nampak muda dan tenang sekali air muka nya memandangku. Abah senyum padaku. Lama juga aku melihat wajah abah. Abah!!! Jeritku. Abah masih lagi tersenyum. Abah!! Ana rindukan abah!! Abah tersenyum lagi.

“She’ll recover soon” aku terdengar suara itu.

“Don’t worry too much OK? It’s just a minor trauma. She’s going to be OK.” Aku dapat dengar dengan jelas kata-kata itu. Aku mula membuka mataku. Aku nampak Dr. Kieran sedang tersenyum padaku. Izzah sedang memegang tanganku sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, akak dah sedar”

“Hi Anna, so..how are you feeling?” ujar Dr Kieran sambil tersenyum. Aku mengangguk-angguk sahaja kepalaku dengan lemah. Tangan sebelah kiriku berbalut. Terasa sakit. Aku meraba-raba kepalaku. Juga berbalut sedikit di sebelah atas dahi kiriku.

“You’re in ward 1A Anna. I’m your doctor today, not your reg. I’m not going to torture you with questions.”kata Dr. Kieran sambil tersengih. Aku juga turut tersengih mengingatkan yang aku ini selalu sahaja tidak lepas menjawab soalannya di wad. Dr Kieran beredar tidak lama selepas itu.

“Akak..macam mana boleh terlanggar tiang tu kak..Akak tak sedar dekat seharian tau. Dr Kieran kata akak shock. Sebab tu tak sedar. Injury akak sikit je tu.” Kata Izzah.

“Entah la Izzah. Akak ni banyak sangat menangis. Kepala akak macam pening semalam. Tak perasan ada kereta datang. Memang akak meremang abis lah bila dia hon. Rasa macam jantung akak kena ragut aje” balasku dengan panjang lebar. Hari itu, aku dihujani pelawat. Doktor-doktor Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia yang tidak pulang bercuti semuanya datang melawatku. Pelbagai buah tangan yang aku dapat. Buah, cokelat, bunga…semua ada.. Tapi aku hairan..kenapa Hisham tak ada? Ke mana dia? Sepatutnya dia di sisi aku bersama Izzah yang setia menunggu aku sedar dari semalam.

“Izzah, Hisham mana? Kenapa dia tak datang?” Izzah diam sahaja sambil menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Kata Izzah, tadi ketika aku masih belum sedar, Hisham ada datang melawatku.

Keesokan harinya, aku sudah stabil dan boleh ketawa seperti biasa. Dr. Kieran datang berjumpaku. Izzah diminta beredar kerana dia mahu bercakap denganku. Dr. Kieran menjelaskan padaku kedudukan sebenar yang telah memberikan aku satu lagi dugaan besar. Dia menjelaskan bahawa kemalanganku tempoh hari tidak memberi kecederaan yang teruk. Tetapi, CT scan yang dilakukan ke atasku menunjukkan seperti ada ketumbuhan kecil di lapisan luar otakku. Aku terkejut dengan berita itu. Aku ceritakan pada Dr Kieran yang aku selalu juga sakit-sakit kepala. Aku sangkakan itu semua Cuma kerana aku selalu sangat menangis. Dia membenarkan aku keluar hospital hari itu, tetapi aku mesti datang ke hospital di bahagian pesakit luar minggu depan.

Setelah Dr Kieran pergi, aku berbaring memandang siling. Entah apa aku fikirkan. Ya Allah..Kuatkan hamba-Mu ini. Aku berdoa agar ketumbuhan itu tidak merebak. Aku harap ia Cuma ketumbuhan sahaja, bukan kanser. Izzah masuk dan dia melihat sahaja wajah muramku tanpa berkata apa-apa.

“Kak…” Izzah mula bersuara. Aku tersenyum padanya. Aku jelaskan padanya apa yang diberitahu Dr Kieran tadi. Izzah menangis di hadapanku. Mungkin terlalu kasihan melihat aku. Air mata aku sudah kering. Mungkin ada baiknya aku begini. Mungkin aku akan pergi tinggalkan dunia ini..Mungkin itu yang terbaik untukku..Ya Allah..Bantulah aku ini…

Petang itu, Dr Zaidi dan Isterinya, Kak Zu membawa aku pulang dengan kereta. Berkantung-kantung nasihat yang aku terima daripada Kak Zu supaya aku menjaga diri. Aku telah pun meminta Izzah merahsiakan tentang ketumbuhan itu. Setelah mengucapkan terima kasih pada Dr Zaidi dan Kak Zu, aku dan Izzah masuk ke rumah. Aku terus sahaja masuk ke bilik dan berbaring. Aku teringatkan emak. Siapalah yang akan menjaga jika aku tiada?? Azmi? Tapi Azmi..sudah kuputuskan pertunanganku…

Seminggu berlalu begitu sahaja. Aku Cuma berehat di rumah. Izzah lah yang menjaga makan minumku selama seminggu itu. Aku ke hospital semula hari Rabu itu. Satu lagi scan dibuat untuk mengesahkan ketumbuhan itu. 2 hari selepas itu Dr Kieran menelefonku dan menyampaikan kepadaku bahawa kemungkinan besar ketumbuhan itu bukan kanser. Tapi dia mahu melakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Entah bagaimana hendak kutanggung perbelanjaan pembedahan itu. Rawatan aku di hospital tempoh hari pun, mujur JPA sanggup membayarnya.

Aku menarik nafas panjang. Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur kerana aku tidak diberikan sesuatu yang lebih bahaya.

Hisham hilang entah ke mana. Sudah hampir 2 minggu, yang aku tahu Cuma dia telah pergi bercuti bersama keluarganya. Sampai hati Hisham! Getus hatiku. Hari ini aku mengemaskan semua barang-barangku untuk ku bawa pulang. Berkotak-kotak juga. Aku perlu mengepos sebahagiannya melalui kapal laut sebelum aku pulang. Izzah bersusah payah menolongku.

Hampir 2 hari barulah selesai kami mengemas. Bilikku kini kosong. Cuma ada perabot sahaja. Izzah tidur nyenyak di katilku keletihan. Aku mengusap-usap rambut Izzah. Kasihan dia. Mujur Allah kurniakan aku seorang sahabat yang baik untuk aku hadapi semua ini. Sudah lah letih dengan kerja sambilannya di asrama universiti itu, terpaksa pula menolong aku ini. Minggu depan kami akan pulang bersama ke Malaysia.



Wednesday, January 5, 2011

-kunci-pintu-rumah-

Assalamualaikum wbt...


hari ni luar biasa sikit drpd hari-hari yang lain yang mana dapat pulang lebih awal...hanya hari ini,iaitu hari rabu..so,dapatlah merehatkan diri lebih sikit berbaunding hari-hari lain..Alhamdulillah...bila malam menjelma,mulalah nk bersiap-siap pergi tuisyen..tulah rutin hari-hari..almost everyninght ada tuisyen..tp xpe,at least wktu malam terguna dgn kerja-kerja yg berfaedah..klu kelas habes lwt..mmg teramat penat  tp smlm dapat kata-kata semangat drpd mama..."xpe,kita penat skg..nnt kat akhirat kita rehat puas-puas ek.." syukran mama syg=)


ni nak cerita bnyak kejadian yg berkaitan dgn -kunci-pintu-rumah-


1- kita tak boleh masuk rumah disebabkan pintu terkunci..ada orang dalam rumah..dan org tu mmg deep sleep xsdr langsung bila dah di call berkali-kali..ni xley nk wat ape lah..sbb yg menidurkan seseorang dan menghidupkan seseorang ialah Dia Yang Maha Kuasa...so,kita terpaksalah tidur di rumah kawan..T_T


2- kita tak boleh masuk bilik sebab kunci pintu blik tertinggal kat tempat lain...yang ni mmg kena call ustaz mntak tolong hantarkan kunci pulang ke pangkuan jalan=) dan at last boleh masuk jugak..Alhamdulillah...


3- kita tak boleh masuk rumah disebabkan kunci tertinggal dalam rumah..ni antara 2 pilihan. pertama; call ustaz mntak tolong bukakkan pintu rumah kita dgn kunci rumah dia n fortunately kunci pintu rumah kita dan rumah dia sama..so kita boleh masuk rumah..Alhamdulillah. yang kedua; bila ada rumah yg sama kuncinya dgn rumah kita,so kita pun tukarlah kunci rumah kita..tp bila sekali lagi teringgal kunci dalam rumah??? yang ni mmg jugak kena panggil ustaz mntak tolong tendang pintu rumah..dan akhirnya bolehla bukak jugak walaupun pintu mengalami sedikit kecacatan..Alhamdulillah...


4- kita tak boleh masuk rumah sebab tak tau kenapa..kunci semua dah bawak..tp xboleh nk bukak jugak pintu tu walaupun dah dicuba berkali-kali...so,kena lah call ustaz jgk mntak tolong bukakkan..tapi ustaz pun tak boleh bukak...huhu~ dengan muka yang agak menahan malu.kami cuba test try mntak tolong jiran depan rumah..nasib baik dia pandai speaking..lebih setengah jam kami try bukak..tp jiran kami try 10 mnt dah boleh bukak...Alhamdulillah...sukanya...


huhu...sedikit dugaan yg Allah bg masa nk melangkah masuk dlm rumah...klu blik dalam keadaan yg amat penat,mmg rasa nak marah dan kadang-kadang nak nangis pun ada...tp klu blik,otak still segar..boleh tergelak-gelak lg smbil menunggu pintu ni terbukak dgn sendiri=)

Saturday, January 1, 2011

satu perkongsian utuk semua~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




hari ini dapat satu semangat baru daripada Doktor Jehan...


     " kamu sabagai pelajar perubatan,subjek yang paling penting sekali ialah Hifz Al-Quran..kamu mesti hafal Quran dengan sebaiknya dan insyAllah kamu akan jumpa cara yang paling bagus untuk mengingati subjek-subjek perubatan yang lain..."


kami yang lain terpegun bila mendengar dr cakap cm2..SubhanAllah,bertuahnya aku ditempatkan dlm golongan mereka...ingin ku berkongsi semua ini dgn rakan-rakan yang lain..


memang setiap kali belajar,tak kira apa-apa subjek pun,histo,physio,biochem dan anat...tak kering dari mulut doktor mengucapkan kalimah agung memuji Allah swt kerana menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian...setiap sesuatu dlm badan manusia diciptakan dengan sebab,xde satu pun yg ada dlm tubuh badan kita diciptakan dgn sia-sia.Tapi sungguh sedih bila manusia salah menggunakan nikmat yang Allah bg ni. Dengan sekelip mata Allah boleh tarik nikmat ni..renung-renungkan lah...sama-sama kita ambil iktibar..


kita selalu membaca Al-Quran,tp pernah kah kita cuba mentadabbur setiap juzuk ayat yg cuba disampaikan oleh Allah swt. klu kita boleh luangkan masa dgn bermain game selama berjam-jam tanpa rasa bosan dan jemu,apa salahnya klu kte ambil sedikit masa lebih kurang 5 mnt untuk kita tgk ayat-ayat Allah ni...x perlu perubahan secara drastik..step by step..syuwayya-syuwayya=) Allah tahu kita hanya insan biasa yang penuh dengan dosa,sudah menjadi adat dalam proses sesorang utk belajar mengenali diri sendiri jika berlaku sedikit kesilapan..kita hanya manusia biasa..tp sama-sama lah kita berusah untuk mendamba kasih dan redhaNya..insyAllah...Wallahu'alam~






~ syahid di jalan Allah adalah cita-cita tertinggiku ~