Followers

Monday, May 30, 2011

~ cerita hari ini ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allahummasolli’alamuhammad,Alhamdulillah…

Macam biasalah petang-petang mcm ni, baru boleh nak mengadap lappy. Dalam fatrah nak exam ni, macam-macam lah yang terjadi, makin kuat ujian yang dtg dariNya.=)
Sejak start study leave ni,rutin harian 100% berubah. First sekali,semestinya dah tak pergi uni.. kelas tuisyen pun dah habis semua dan sekarang ni mmg bergantung pd diri sendiri mcm mana nak manage masa dgn bijak..lagi-lagi bila duduk terperuk je kat rumah,macam-macam godaan datang. Kejap-kejap rasa nak tgk movie,pastu nanti sket rasa nak makan,dah mkn rasa mengantuk lak..haih,bile la nk study..tulah..ni lah..mcm-mcm la….

Kat sni lebih kurang pukul 3 suku pagi dah masuk subuh..biasanya dah solat semua,mmg mcm kena tidur balik je. Nak tunggu ke matahari naik,tak tertunggu pulak. Emm, kalau cukup 40 hari amalkan mcm ni…ish,takleh-takleh..  dan lepas tu mula la bukak buku smpai lah petang. Huh, waktu petang adlh masa yang ditunggu-tunggu sbb baru bley nak wat benda merapu sket=)

Td,tengah-tengah study..mata dah agk berat da,tp jadi sgr pulak ttbe ble ada org hntr msj. Terima kasih bnyk la ye..Alhamdulillah,dpt gak abeskan study 2 tajuk lg hari ni. First paper nnt sbjek physio,tp buku physio still tak bukak-bukak lg..mcm nil ah,nak study pun dilema.

Pagi td sblum buat projek,ada sembang ngn ahli bait,talked bout the future..emm,cmne la nnt mse keje ea?? Study skrg pun da rasa termengah-mengah nak kejar,nak cover semua…ada jugak baca blog-blog org yang berpengalaman,blog kak sarah dan blog org ni..tp ni lah jln yg telah di pilih,so….’ala tuul je lah mcm Asiah ckp=) semoga Allah permudahkan segalanya.

Baru tadi mereka-mereka (ahli bait) keluar..katanya dah bosan sgt dah terperuk dlm rumah. Betol gak,tp nak keluar pun mcm xnk. Sehingga saat ni,boleh thn lg la rsa bosan tu..sabar je lah,tnggu 2 bln je lg,pasni bley keluar jauh-jauh,blik Malaysia lagi tu(^_^)


sakit,perit,pedih,sedih..semuanya adalah peringatan yang sungguh bermakna..


Sunday, May 29, 2011

~ adakah kita bertuhankan HATI??? ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepadaNya kerana masih dihidupka dalam nikmat iman dan islam.terima kasih Ya Allah..
Allahummasolli’alamuhammad

Dari pagi td terniat nak update blog. Teringin utk bercakap psl hati. Sebenarnya siapa sangka di sebalik tudung dan jubah terselit sekeping hati yang sukar utk ditafsirkan. Tak semestinya,dgn perwatakan ‘alim’ mempunyai sekeping hati yang tulus lagi suci dan juga sebaliknya… lagi-lagi dalam lingkungan remaja,hati seringkali di uji..macam-macam la…selalu je terlintas dalam hati…”kalau ikutkan hati,nak je aku bla bla bla…”

Pernah tak terlintas di hati anda;

“apa jenis manusia la dia ni…”

“ingat kau baik sgt???..”

“menyampah aku ngan minah ni..”

“poyo gile mamat ni..”

“ek eleh..kerek punye manusia..”

"hensem la mamat ni.."

Wah2..bnyak betul hati boleh berkata-kata..tp yang terlafaz di mulut??? Ni lah yang kena fikir..kang salah ckp,ada yang terluka..tak pun salah ckp jadi mengumpat,free-free je dpt dosa..ni lah gunanya akal. Di berinya AKAL utk kita berfikir,mana yang baik mana yang buruk..dalam apa-apa keadaan pun menangkanlah AKAL dan kalahkanlah NAFSU….rasa-rasanya apa yang dapat mengawal akal ea???  Emm..fikirlah sendiri=)

Sebenarnya point yang nak ckp,kalau ikutkan hati…macam-macam kita boleh buat. Tp agama kita tak ajar macam tu..kita ada Quran dan Sunnah..dan yang penting kita ada iman..berbanggalah menjadi seorang MUSLIM dan MUKMIN.


Rasanya…

-tak rugi kalau seorang wanita melabuhkan sedikit tudung,pakai baju lengan panjang,pakai kain..tak delah tangan tu jadi hitam…takdelah jadi kes-kes rogol dan sebagainya.

-tak rugi kalau kita sama-sama menundukkan pandangan,jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Sekurang-kurangnya maruah dan harga diri masing-masing terjaga.

-tak rugi rasanya kalau sang lelaki nak main bola pakai seluar yang agak pnjang,nanti kalaulah terjatuh tak delah luka kat kaki tu.

-tak rugi rasanya kalau berhenti merokok..takdelah mati cepat sgt sbb dpt lungs cancer,TB…kalau dah ajl tu nak wat cmne..

-tak rugi rasanya kalau setiap lelaki dan wanita merendahkan sedikit suara ketika bercakap (bukan cakap menggoda)..sekurang-kurangnya boleh kurangkan sikit pencemaran bunyi..

-tak rugi rasanya kalau masing-masing berlumba-lumba membuat kebaikan dan saling tegur menegur sebab semestinya ada balasan di sebalik setiap perbuatan yang kita lakukan..


Lupakah kita bahawa di akhirat kelak,setiap amalan akan dihitung oleh ALLAH SWT..perbuatan baik dan buruk walau sebesar zarah tetap akan dikira. Setiap saat,malaikat kiri kanan mencatat tanpa leka walaupun sekelip mata. Sudah cukup ke amalan utk di bawa bertemu dgnNYA??  Kuat sgt ke kita nak menghadapi balasan api neraka ALLAH sehinggakan snggup berbuat dosa?? Memang kita semua bukan maksum,sentiasa melakukan kesalahan..tetapi bertaubatlah selagi pintu taubat masih di buka dan sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. Jangan lengah-lengahkan taubat anda kerana siapa boleh jamin kita boleh hidup sesaat lagi,aptah lagi sehingga ke hari esok…renung-renungkan lah…jangan sesekali kita bertuhankan HATI.

hidup ni bukan untuk mendapat pujian manusia..tp hanya-hanyalah semata-mata nak dapat redha ALLAH..kata-kata Rabiah Al-Adawiyah.." Ya ALLAH,jika aku hidup kerana mahukan syurgaMU,maka campakkanlah aku ke dalam neraka.Ya ALLAH,jika redhaMU itu berada di dalam neraka,aku sanggup masuk kedalam neraka kerana aku hanya ingin mendapat redhaMU " mahukah kita semua menjadi sepertinya? pilihan di tangan anda=)

________________________________________________

Exam ada lagi lebih kurang 2 minggu..tapi…tak taulah kenapa pelik sgt,tak de rasa berdebar langsung. Boleh lagi nak main-main. Kalau ada kat rumah ni,dah lama dah dengar ummi berleter..berbakul-bakul lagi tu=) haih,rindu pulak nk dgr ummi berleter..huhu..marah seorang ibu tanda syg..kan??
Baru je habis study histo..2 3 bab je pun baca,tp sampai terpusing-pusing rasanya kepala ni. Rasanya kalau pusing sikit lagi,tak ley angkat da kepala..hyperbola x?? tulah..study kerana Allah,bukan sebab nak exam,emm,tp kalau study bukan sbb nk exm,kite study ke?  Jawab sendiri la….

" iringilah setiap perbuatan anda dengan perasaan MALU "





Sunday, May 22, 2011

~ hidayah comel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah,bersyukur kepadaNya kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam hingga ke saat ini.Allahummasollli'alamuhammad..


baru saja pulang dari kelas adab..last klas utk madah adab,moga-moga sedikit sebanyak dapat membantu diri ini,insyallah..teringat td ketika ditanya oleh ustaz maksud sesetengah perkataan,ramai yang tak boleh jawab.."tulah,study sebab nak exam je.."terkena dengan kata-kata ust=)




ustaz : apa maksud "khaaibiina"?
kami : emm,"sia-sia" je ust bgtahu
ustaz : kamu ni,sia-sia je ana bgtahu....
(^_^)




kami,student AFMG memang diwajibkan boleh pilih utk mengambil madah agama selain madah sciences,dan semuanya madah kena skor..means,klu tak lps madah agama tak boleh naik tahun...agak sadis utk difikirkan,tapi bila fikir2 blik,bnyk benda gak yg dpt..pape pun moga Allah permudahkan...


setahun lagi dah berlalu..Alhamdulillah,tahun 2 dah berakhir..tinggal nak exam je lg dlm mse 3 mnggu=)  perasaan yg sgt bahagia dan insyallah dgn izinNya bln 9 ni naik thn 3.Memang terasa sekejap sgt masa berlalu.Rasa mcm baru semalam buat babak salam perpisahan terakhir,dan skg dah nak sampai episod jejak kasih..tket semua pun dah setel..tnggal nak tnggu masa je..insyallah,ad rezeki boleh kembali ke tanah air=)


dalam keadaan study leave mcm ni,pengurusan masa mmg agak kritikal..kelas dah xde dah,nasib baiklah tuisyen ada lg,so dah terisi jugaklah sedikit sebanyak masa yang ada..tp,kdg2 mengadap buku 24/7 pun boleh wat pening kepala..rasa berpinar-pinar je mata ni..teringat lak pg td gurau-gurau ngn rumate;



saya : pg td bgn rasa mcm kena tumbuk je orbit mata ni,mcm xley bkk mata sblh..ad pape jd ke smlm?
dia   : yelah kot,ak rasa buku lali lima ak skit smcm je=) 




adoila...mcm-mcm. Pagi td ada kelas metabolism,last class..Alhamdulillah..abes klas meta,trus g tuisyen..mmg dah kebiasaan blik tuisyen..mcm-mcm lagu dah berbunyi kt perut ni.8 hours without food ingestion,glycogen storage pun dah x bpe nk ckup dah..nak cari rezeki,xsnggup nak menunggu,so..blik rumah je lah..masuk blik,nmpak katil lg best drpd mknn,jwbnye.....tulah rutin hari-hari.mata lebih dilayan daripada perut..apa taknya semua student kt sini cute2 blake(^_^)




sedikit perkongsian;


dalam Al-Quran,ada bnyak ungkapan motivasi,antaranya-bersegeralah-berlumba lumbalah-bersabarlah-bersunguh sungguhlah-kuatkanlah kesabaranmu-


dalam proses menuntut ilmu,seringkali kita di duga...dari sekecil-kecil dugaan hinggalah yg sebesarnya. sbgai contoh; kadang-kadang datang perasaan malas yang tak tau asal usulnya,nak baca buku mls,nak bsuh baju mls,nk msk mls..rasa mcm nak tidur je....so,selalulah berdoa mntk dijauhkan dr perangai-perangai pelik ni..nak tau doanye? amlkanlah baca mathurat pg dan ptg...lagi-lagi belajar dalam bidang perubatan ni tak semestinya utk org yg genius,tp khususnya utk org yg rajin=) belajarlah bersungguh-sungguh sbb sy nak jd great doc suri rumah. Apa-apa kerja pun,bersegeralah dan bersungguh-sungguhlah dalam melakukannya.walaupun,kdg2 rasa mcm lenguh dah segala joints nak lukis cell kecik-kecik,nmpak mcm mudah..bulat-bulat je..tp still memerlukan kesabaran yg tinggi...lukis cells ke,muscles ke,enjin ke..pape je lah..yg penting sabar.(^_^)




"2 nikmat yang sering manusia lupa; nikmat kesihatan dan masa lapang"







Sunday, May 15, 2011

~ 8 hari ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kepadaNya  kerana masih dipanjangkan kontrak hidup hingga ke hari ini..terima kasih Ya Allah..

Teringat pulak kenangan masa muda-muda dulu=) rindu rasanya pada diri yang lme,rasa macam jauh berbeza dengan sekarang…rindu nak berusrah kat DQ dulu..huhu,mmg best lah..ada along kak hanisah,ayong kak aisyah,angah liyana,acik et,ude syakirah,anje pqah,anjang hayati,ateh faezza,adik aisyah…rindu kamu-kamu semua(^_^) tak lupa gak ngan sahabat-sahabat seperjuangan….sama-sama hafal dan tasmik quran,dan Alhamdulillah,sama-sama dapat graduate…juz skg sume bwk haluan masing-masing tapi ikatan hati ttp rasa..kan??

Sangat-sangat tak taw knp smpai skg masih tak terasa kehangatan nak exam…sebulan je lagi tinggal..alahai diri=(  mmg nak kena cmpak laptop jauh-jauh,tampal buku kat muka,gam mulut kemas-kemas,bakar katil smpai jd abu….setel kah cmni?? Emm………

Exam tak start pun lg tp skg dah sibuk-sibuk pulak isu nak beli tiket…mmg la sbb sy nak blik!! Tp,mcm2 hal pulak jadinye..dan baru je td ckp kt ust cancel beli tiket..tgk la cmne nnt,insyAllah adalah rezekinye nnt=)

hari ni rase enjoy sgt pg klas.Td dpt buku lab histo,nk tgk markah..tp dr dah koyakkan kan dah helaian buku yang ada markah tu..tak tau lah sape punye idea yang pandai sgt,suh tgk kesan dr tulis atas kertas 2..abes sume org duk terangkat-angkat kepala dan buku kat tepi tingkap semata-mata nak tgk markah yang mmg tak nmpak pun nombornye..siap ckp lg,spe xley tgk..maknanya tak lme da tu..alahai kawan-kawanku,naseb baikla kelas sume sme jantina...=)

mnggu ni mnggu last klas..seronok sgt2,dah nak abes dah blajar thn ni..xsngka lak,pejam celik pejam celik pejam dan celik lg,Alhamdulillah masih boleh celik mata=) tp agk sedih sebab dah jatuh syg pulak kt dukturah-dukturah ni...sweetnye hari ni...

semalam berkesempatan utk buat sc sendiri setelah sekian lme x buat...sukenya sbb st least hati ini masih terisi .nak tunggu cari pengisian sendiri..insyAllah kena cari gak=) tajuk yg di bawa; thaqafah daieyyah dan tarbiyyah ruuhiyyah..drpd tajuk ni,kesimpulannya ialah setiap muslim adalah seorang daie (pendakwah) dan untuk mengajak manusia ke arah kebaikan kena ada sifat berani..di tambah pula dengan ilmu yang cukup di dada.Tapi mcmne nk dtg sifat brani tu ea? emm...dengan mendekatkan diri kpd Allah...trylah bangun qiam mlm ke,amalkan buat solat sunat rawatib ke,solat hajat,taubat berzikir,baca Al-Quran dll...selalunya perkara2yang baik ni ssh sgt kita nak buat,tapi ble dah lme2 buat jadi seronok pulak.kan? dan once kita tinggalkan perkara2 tersebut,kita akn rasa menyesal dan sedih...btol x? sama-sama lah kita perbaiki diri dari masa ke semasa.

esok 16 Mei..hari guru..ada spe2 yang xingt ke?=) setiap tahun mmg kena wish kat ummi abah sbb mak ayh sy keje cg..tp kalaupun x keje cg,still kne wish gak sbb mak yah kite ialah cg kpd kite yang mula2 sekali ajr kite knl bnda.kan? teringat lak thn lps mse wish ummi..mase tu call rumah,dan boleh pulak ummi cakap.."kali ni kamu bukan org pertama yang wish kat ummi..." so,mlm ni da kne bg msj siap2...sy sntiasa nk jd org yg pertama utk ummi abah=)

seindah-indah mimpi,sedarlah bahawa ianya hanyalah satu fantasi....
dan sepahit-pahit kehidupan,ketahuilah ianya tetap sebuah realiti..
namun manusia sering memilih keindahan tanpa menyedari bahawa di sebalik kepahitan itu tersembunyi sebuah kemanisan.
belajarlah mencari kemanisan dari kepahitan kerana di situ terletaknya erti sebuah kehidupan.


Dari Salim bin Abdullah r.a,dari ayahnya,katanya: Nabi saw lalu dihadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu seorang yang pemalu.Maka sabda Rasulullah saw kepadanya ; "Biarkanlah dia,sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman." (hadis riwayat Bukhari)





Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu, ummi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah,bersyukur padaNya kerana masih lagi disambungkan kontrak hidup dengan nikmat iman dan islam hingga ke saat ini...Allahummasolli'alasaidinamuhammad..

selamat hari ibu,ummi....
kte syg ummi abah..



Wahai Tuhan kami,ampunilah segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami,dan dosa seluruh ummat Islam di muka bumi ini,dan kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil.

Wednesday, May 4, 2011

~ selamat tinggal bbm....~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,bersyukur kepadaNya kerana masih diberi peluang utk sambung kontrak hidup sehingga ke saat ini..

sedar tak sedar dah nak habis dah setahun belajar,emm..sebenarnya tak cukup setahun pun,lebih kurang 8 bulan=) dan lagi sebulan dah nak exam final.cepat sangat masa berlalu..dan yang paling bestnya bila dapat kembali ke kampung halaman..wah..suke-suke..jadual exam final=)

14/6  Physiology  (written)
18/6  Physiology (oral n practical)
21/6  Histology (written)
23/6  Histology (oral n practical)
29/6  Biochemistry (written)
30/6  Biochemistry (oral n practical)
7/7   Anatomy (written)
12/7  Anatomy (oral n practical)
17/7  Balaghah n Adab
21/7  Psychology
25/7  Hifz Al-Quran
28/7  Tafsir Al-Quran

target tahun ni...nak dapat yang terbaik..insyAllah..

ptg td dapat msj drpd ummi..berbunga hati sy...syg ummi sgt2.

sekarang masa yang ada rasa mcm dah suntuk sgt dah..so,rasanya dah tiba masanya utk ucap selamat tinggal pada bbm...saya dan kamu kena bawak haluan masing-masing...jgn datang balik taw.