Followers

Saturday, December 10, 2011

111211

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepadaNya atas segala nikmat yang diberikan. Sedar tak sedar dah masuk bulan 12 dah,cepat sungguh masa berlalu..cakap pasal ni,terus teringat pd satu kisah.


“Di ceritakan,pada zaman Nabi Nuh a.s,datang seorang ibu tua kepada baginda sambil menangis mengadu tentang kematian anak lelaki kesayangannya. Lalu baginda bertanya tentang umur anaknya dan dia menjawab anaknya yang baru saja meninggal itu berumur 200 tahun. Lalu baginda berkata “ tahukah kamu,pada akhir zaman nanti akan muncul satu ummat yang umurnya dalam lingkungan 50-70 tahun sahaja” maka si ibu terus berkata,” sungguh,kalau aku dihidupkan pada zaman itu,nescaya akan aku habiskan seluruh umur hidupku hanya untuk beribadah kepada Allah”.


Nampakkan apa main point kat sini? Sebenarnya sangat singkat umur dan masa yang kita ada untuk disia-siakan. Sekarang ni kerap sangat dengan pasal org meninggal dunia..muda-muda lagi dah sampai masa. Betullah, kematian tak kenal siapa,bila sampai masa..takkan cepat atau lambat even sesaat pun. Terfikir jugak kadang-kadang,kenapalah kita ni nak fikir sesuatu benda yang tak pasti sedngkan kematian yang pasti akan berlaku sedang tunggu kita. So,sama-samalah kita tambah amalan masing-masing,tepuk dada tanya iman,apalah yang kite nak bawa jumpa Allah kat akhirat nanti? (^_^)

Sebenarnya sedar tak sedar jugak dah hari sabtu,dan esok hari ahad…kejap je rasa weekend ni. Rasa macam takde cuti pun sebab act. everyday ada kelas. Emm,takpelah sebab dah tanggungjawab memang kena belajar (nak pujuk diri sebenarnya…) kalau ngadu kat ummi pun,mcm tu jugak jwbnya.alahai….terfikir jgk,best sebenarnye belajar ni. Setiap hari ada je benda baru yang kita tahu. Best sgt lah tp…takde tp sebenarnya,diri sendiri je yang malas,ikut ke nafsu sangat…dan sebab tu jugaklah,setiap kali call rumah,selau mintak ummi doa jadi org rajin,takpelah tak pandai sgt pun,aslkan rajin..tp,klu mintak ummi doa mcmtu,selalunya ummi ckp ”bakpe gitu? Malas sgt ke lening?” gitu plak dh…

Cakap pasal study ni,selalu terfikir..belajar jauh-jauh,duduk kat Negara yang penuh dgn ilmu,bersepah-sepah sumber ilmu kat sini,tinggal kita je yg nak ke tak nak. Amat takut sebenarnya klu nanti bila dah tahun akhir,baru sedar betapa ruginya rasa sebab tak kutip setiap mutiara-mutiara kat sini. Dan rasa sangat-sangat bersyukur bila Allah tunjukkan jalan yang terbaik. Sejujurnya,dengan kelas yg sgt padat dan tgungjawb2 lain mmg selalunya jadi agak tak berkesempatan utk pergi ke mjlis ilmu secara rasmi tapi Alhamdulillah pengajian di uni Al azhar mmg mewajibkan semua org untuk ambil madah agama dan tahun ni mmg rasa bertuah sgt-sgt. Sedikit sebanyak sebenarnya boleh belajar fiqh mar’ah,hadis-hadis,sejarah Islam. .Alhamdulillah,Allah bagi jalan keluar yang sgt mampu untuk kite buat..terima kasih Ya Allah.

Sebut pasal tanggungjawab terus teringat family.wahhhh,miss them so much!! Semalam ada bagitau ummi nak call hari ni,tapi tak sempat nak call tadi =( ummi abah dan semua-semua pergi KL,hantar haziq masuk asrama. Emm,dah besar dah adik sorang tu. Moga-moga tempat tu yang terbaik untuk dia=) so, sekarang tinggal buadk kecik ber2 tu je kat rumah,tak lain tak bukan atam dan izzah..jadi ‘geng’ la bdk dua org tu nnt,molek sangat la tu..mesti makin sunyi kan?  Rasanya adik bradik da rmai da..huhu..

Baru-baru ni ayah baru blik dari Mekah.Alhamdulillah,semua ok..then,ayahteh sekelurga pun dah balik Malaysia. Tinggal ayahwan je lg,tp insyaAllah sehari sebelum kenduri kahwin ayahbin,ayahwan sekeluarga smpai.Alhamdulillah..setelah sekian lama,semua org dapat berkumpul gak.juz kita jgkla yang tak balik-balik lagi..insyaAllah,gayya=)

Tak tahulah knp kali ni rasa nak cerita semua-semua ni,mayb sbb rindu sgt kot.sebelum noktah terakhir,sedikit muhasabah utk renungan bersama;


“ aku hairan melihat orang bergelak ketawa sedangkan kain kafannya sedang disediakan “
( Imam Al-Ghazali )