Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah,bersykur kepadaNya kerana masih diberi kesempatan utk terus mengecapi nikmat-nikmatNya di muka bumi ini..terima kasih Ya Allah..
sedikit bahan yang ingin dikongsi bersama;
10 wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
1) Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2) Bacalah Al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yang betul adalah satu-satunya syiar Islam.
4) Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tigak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7) Janganlah bercakap dengan lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suati resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang,mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainakan apa-apa yang menberi kebaikan.
9) Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10) Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
emm..dah xde wat pape kat ruamh ni..barulah rasa nak tgk-tgk sket kat rak buku..kitab-kitab abah bersusun dan berhabuk tak de orang nak baca...ada beberapa buah buku yang menarik di pandangan mata..baru baca 2 3 muka surat,barulah ku sedari betapa diri ini masih jahil dalam ilmu agama...
gunalah masa lapang yang ada dengan sebaik-baiknya..jika hendak diceritakan betapa bernilainya nikmat masa lapang ini sehingga disebut dalam satu hadis Nabi saw..2 nikmat yang manusia sering lalai dan alpa;nikmat masa lapang dan nikmat sihat...sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing..
No comments:
Post a Comment