Followers

Wednesday, April 27, 2011

~ takde tajuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebenarnya tak tahu knp entry ini ditulis tapi hati ni teringin nak meluahkan sesuatu..
Rasa rindu pada ummi abah datang membuak-buak..rindu nak kucup tangan ummi abah,rndu nak berada dalam pelukan ummi abah..rindu nak menatap wajah ummi abah…

Hampir 15 tahun yg lepas,ketika masih di alam tadika…waktu itu terpilih utk menyertai pertandingan lumba lari…semua sekali ada 3 pusingan.Dengan tegas ummi abah cakap “along berlari betul-betul,kalau kalah,ummi abah balik terus..tak nak tengok dah.” Mungkin ketika tu rasanya tergamam seketika..tapi Alhamdulillah at last ummi abah stay gak sampai ke majlis penyampaian hadiah…bestnya saat tu..

Kira-kira 9 tahun yang lepas,ketika berada darjah 6..waktu tu terpilih unt menyertai kem perkasa elit selama 5 hari 4 mlm di SMKA Sheikh Abdul Malik. Dan ummi abah izinkan pergi.Pertama kali berjauhan dengan ummi abah,tp sbb rasa excited..so tak sedih sgt pun..hari ke-2 di kem tu,satu family datang ziarah.yang paling menyentuh hati bila tgk ummi datang bukakkan makanan dengan air mata berjurai-jurai…terharunya…syg ummi  sgt-sgt.

Lebih kurang 5 tahun yang lepas,suatu malam hujung minggu di SMAP Kajang..tiba-tiba kawan panggil cakap PK HEM nak jumpa kat pagar asrama..terus rasa berdebar-debar sbb tak pernah-pernah pun kena panggil sebelum ni.Lambat-lambat je jalan,dan bila terpandang je pada gerangan yang ada di depan mata terus ku berlari…Abah datang!! Sukanya!! Sepanjang berada di sekolah menengah,boleh dikira dgn jari brp kali ummi abah dtg melawat..faham je sbb rumah jauh..sbb tu excited sgt bile tgk abah dtg…syg abah sgt-sgt..

2 tahun lepas..masa ummi abah hantar kat KLIA,orang pertama yang menitiskan air mata ialah ummi..sedihnya nak berjauhan dgn family.bkn tak pernah jauh selama ni,tp kali ni beribu-ribu batu jauhnya…sempat lagi paksuli rakam video ummi tgh menangis=)..dan tangisan tulah yang menjadi penguat semangat sepanjang berada di rantauan orang..cuti summer adalah saat yang paling ditunggu-tunggu.Sampai je kat airport KT,dan keluar je ke ruangan menunggu ,mestilah terus cari ummi abah.dan saat mata bertemu mata…takde kata yang terucap melainkan linangan air mata yang mampu terluah…perkataan pertama yang keluar dari mulut abah..”kamu tak berubah long..” macamana nak berubah?? Belajar la setinggi awan pun,tapi ni tetap anak ummi abah..

Suatu petang,tak putus-putus henset bunyi…dapat mesej dari kawan-kawan,Tanya tentang result..hati terus berdebar-debar sbb result first year mmg sgt-sgt penting..kami (student AFMG) mostly datang dgn ejen dan takde sebarang tajaan..yang ada hanyalah tajaan ‘pama’..sbb tulah berharap sgt pada result ni utk melayakkan diri memohon bantuan tajaan.em,,ptg tu try la cek kat intenet…sebaik saje dapat tahu result…hanya bley ckp Alhamdulillah..terus ummi abah dtg tgk dan rasanya tak smpai sekelip mata,terasa berada dalam dakapan ummi abah…dan disusuli dengan esakan kecil ummi.Alhamdulilllah,terima kasih Ya Allah…aku bersyukur,tapi ummi abah lagi bersyukur..dan semestinya bila aku gembira, ummi abah lagi gembira…
Baru-baru ni balik pun disambut dengan linangan air mata ummi…sungguh terasa sgt rindu untuk menatap wajah ummi abah..rindu untuk mendengar nasihat ummi abah.ummi abah sanggup tunggu hampir 2 jam depan laptop semata-mata nak pujuk anak ni yang tgh kacau emosi,setiap hujung minggu skype dgn ummi abah smpai satu tahap ummi cakap…”kamu ni boleh dapat gelaran ratu air mata…”=)masa kat smap dulu,bile ckp rindu kat ummi,rasa nak peluk ummi,ummi akan balas..”peluk tiang telefon tu..” alahai ummi…masih terngiang-ngiang suara ummi…”harapan ummi pada kamu menggunung tinggi long..jangan kecewakan harapan ummi…”Ya Allah…

Ya Allah,ampunilah segala dosaku,dosa kedua-ibu bapaku,dan dosa seluruh ummat Islam,kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.

Monday, April 25, 2011

~ analisa... ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah..seinfiniti kesyukuran kepadaNya kerana masih lagi dipanjangkan kontrak sehingga ke saat ini.Alhamdulillah=)


ingin ku kongsikan sedikit mutiara dalam lirik ni...sama-sama hayati...



Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita
____________________
_____________________________________________

sedikit input yang ingin dicoretkan..

tahukah kita sesuatu yang dipanggil ubun-ubun? kajian menunjukkan ubun-ubun adalah satu centre yang menemukan keceriaan ,ketenangan dan kebahagiaan kepada orang-orang yang sujud dan mendirikan solat,dengan kata lain,ubun-ubun juga dipanggil joy centre(septum pellucidum).

Firman Allah swt yang bermaksud;

" Sekali-kali tidak! sungguh,jika dia tidak berhenti (berbuat demikian),nescaya Kami tarik ubun-ubunnya,(iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka".

(Surah Al-Alaq: ayat 15-16)

sudah jelas terbukti,jika kita melanggar suruhan Allah,tunggulah saat joy centre disentap sehingga hilang segala nikmat kegembiraan..nauzubillah..


" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan.kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya,kecuali orang-orang yang beriman dan mengejarkan kebajikan;maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus "

(Surah At-Tin: ayat 4-7)


nikmat akal yang diberikan kepada kita,manusia membezakan kita semua dengan haiwan-haiwan,pokok-pokok dan ciptaan-ciptaan lain tapi akhirnya manusia yang sebaik-baik kejadian ni jugalah yang akan dicampakkan ke neraka disebabkan melanggar suruhan Allah.Sebenarnya banyak contoh-contoh telah dihidangkan pada kita,cuma bergantung pada diri sendiri untuk menilainya..

_________________________________________________________________


"You are what you think"

kata-kata yang selalu diucapkan oleh para motivator pada seminar-seminar motivasi..Firman Allah swt yang bermaksud;


" dan dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu.Maka demi Tuhan langit dan bumi,sungguh apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan."

(Surah Az-Zariyat: ayat 22-23)


jelas terbukti sememangnya you are what you think..sebenarnya minda kita tak tahu membezakan perkara realiti ataupun perkara main-main.jadi berhati-hatilah dengan setiap percakapan kita kerana apa yang dicakapkan akan berlaku nanti.Berhati-hati dengan setiap lontaran kata-kata kerana semuanya memberi kesan kepada diri kita dan orang sekeliling.Fikir dan katalah sesuatu yang positif dan membahagiakan sebab semua orang inginkan kejayaan dan kebahagiaan...So,bagi sesiapa yang nak mumtaz tahun ni..cakaplah banyak kali,insyAllah ada rezekinya dan yang pastinya mestilah seiring dengan usaha=)


Sabda Rasulullah saw, " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka berkatalah sesuatu yang baik uataupun diam sahaja."


tak rugi pun kalau tak cakap banyak..banyak cakap takut mendatangkan banyak dosa...lazimilah lidah dengan beristighfar kepadaNya...selalulah positive thinking,jauhilah bersangka buruk pada orang lain..dan yang paling penting sentiasalah bawa aura-aura +ve dalam diri kita,mudah-mudahan aura +ve ini dpt membahagiakan orang-orang lain.
sentiasa switch on minda kita dan delete perkara-perkara negatif...tiada sesuatu yang mustahil kerana semuanya terjadi dengan mudah,secara semulajadi tanpa had=)





_________________________________________________________________

setelah sekian lama,baru hari ni diberi kesempatan untuk melepaskan rindu pada family..huhu..Alhamdulillah...sebab intenet rumah yang selalu meragam,jadi tak nak bukak laptop..alahai en.tenet=) rindu nak dengar suara adik izzah,tp td dia dah tidur=(..

rutin harian seperti biasa.Alhamdulillah dah semakin boleh adapt dengan suasana belajar sekarang.sejak balik ni,agak susah nak datang mood study.dah 2 3 minggu masuk kelas,baru rasa semangat nak study balik..pape pun syukurlah sebab at last datang jugak cik mood ni walaupun lambat 2 3 minggu daripada datang 2 3 minggu lagi nak exam final..huhu..result exam mid year pun dah dapat.Alhamdulillah,haza min fadli Rabbi=)

teringat masa kelas Dr Is'ad,kelas CNS(central nervous system)..masa tu belajar ttg neurological disorders;eg: hemiballismus,chorea,thalamic syndrom,parkinsonism etc..ada seorang tanya macam mana nak rawat semua penyakit ni...jawapan dr.." How to treat all these diseases?? these are neurological disorders,degeneration of neurons..even nowadays,we just can give drugs to delay the process..so,everytime you think about CNS,say Alhamdulillah...." bersyukurlah sbb dikurniakan otak yang sihat..semuanya sihat...sama-sama bayangkan,kalau ada setitik darah beku dalam brain stem,haru biru hidup manusia...setiap inci badan ni ialah amanah daripada Allah,dan setiap amanah ni akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak..sama-samalah kita jaga,mudah-mudahan senang kita nak jawab nanti..insyAllah=)



" tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit,(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat "
(Surah Ibrahim: ayat 24-25)



N.B:
1) neurological disorders=degeneration of neurons leading to disturbances in sensation and movement.manifestation:
-ataxia (incoordination of voluntary movement),in case of parkinsonism and thalamic  syndrome
-tremors
-slow movements or absence of movements
-appearance of involuntary movement (dancing like movement in case of chorea)

2) brain stem=consist of mid brain,pons and medulla oblongata,contain many vital centres,eg; respiratory centres.






Saturday, April 16, 2011

~ 2 minggu ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah....sama-samalah kita bersyukur kepadaNya...rezeki dan nikmat yang melimpah ruah,terima kasih kepada Pemberi segala rezeki=)


baru sahaja menikmati dinner,laksa penang hasil buatan rummet....sebenarnye,rummet kat sebelah ni dah terlebih serotonin(^_^)....


teringat soalan dr ashraf di kelas tuisyen semalam;


   -jika ada 3 orang lelaki datang untuk mengahwini kamu,tetapi seorang mengalami dwarfism,seorang mengalami creatinism,dan seorang lg mengalami infantilism,yang mana satu kamu pilih?-


seorang demi seorang ditanya dan alhamdulillah semuanya jawab dwarfism=) maksudnya,semua orang faham ttg diseases tersebut...


tp,dr ashraf jawab..." you should refuse it..."


alahai dr ashraf...


sekarang baru terasa bahang summer...ni baru sedikit jika hendak dibandingkan hari kiamat kelak...ni lah antara salah satu cabaran nak menuntut ilmu,lagi-lagi dekat nak final exam ni.macam-macam dugaan datang..tp.....


     
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta"
( Surah Al-Ankanbut: ayat 1-2 )



Thursday, April 7, 2011

~ seminggu ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lgi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran kepadaNya di atas nikmat yang masih dapat dirasai sehingga ke saat ini.


seminggu dah berlalu..moga2 ada keberkatan di setiap saat yang pergi meninggalkan kita,insyallah=). jadual semakin padat dgn kelas pagi,petang malam..kadang2 terfikir jugak,bila nak ada masa untuk diri sendiri? untuk mereka? untukNya? adakah masa yang tak cukup atau pun kite yang tak pandai urus masa?
    Semestinya Dia yang menciptakan siang dan malam dan setiap detik masa dengan penuh sempurna tanpa sebarang cacat cela...hakikatnya,kita sebagai manusia yang leka dan lalai tidak tahu menggunakan nikmat masa lapang dengan sebaiknya...Astaghfirullahal'azhim....


sedikit perkongsian dari blog rummet tersayang=)


warna warni kehidupan...






( bila otak da tepu...kite tdo^_^ )

di makmal histology...tugasannya-tengok slide,melukis,melukis,melukis.....



(antara lukisan yang masih belum siap sehingga ke saat ini...)






( tekun melukis...)

checkpoint utama sebelum sampai ke rumah...tada!









(faveret..)



(faveret kuasa 3...)


sejak akhir-akhir ni,rasa macam tertekan sket...rindunye kat family=(. semoga diri ini terus thabat di dalam perjuangan menegakkan agamaNya..amiin..

nota 1 : banyak yang ingin dikongsikan,tapi ayat berterabur dalam otak yang dalam keadaan agak kritikal sekarang..
nota 2 : tahniah buat sahabat-sahabat dan ahli bait yang disayangi..tingkatkan prestrasi,kurangkan kontrovesi=p


Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita… mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah… biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara… bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. …

*Allah controls everything=)...bersangka baiklah padaNya*



Friday, April 1, 2011

~ 30 saat ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah,syukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini...terima kasih Ya Allah=)


sedang azan waktu Asar berkumandang td..kami ahli bait tiba-tiba terasa satu gegaran seakan-akan mahu tercabut jantung. masa tu dah fikir bukan-bukan dah...ingatkan rumah kami je yang rasa,rupa-rupanya tempat lain pun rasa gegaran yang sama gak...sebenarnya dah banyak perkara yang terjadi tahun ni..banyak sgt peringatan yang Allah nak tunjuk.tp diri ni still tak sedar-sedar lagi.takut nak fikir yang bukan-bukan...


semoga hidayahNya takkan pernah terputus untuk diri yang hina dina ini....




Ya Allah,berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka