Followers

Wednesday, February 1, 2012

LEXUS~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah,masih lagi dipinjamkan nyawa oleh Allah swt hingga ke saat ini..
sebenarnya nak cerita skikit ttg jaulah ke Sinai..Semalam selamat pulang ke rumah,walaupun rasa sangat penat tapi still rasa puas sangat-sangat. Tadi baru saje call ummi,macam-macam dah cerita itu ini,skrg nak tulis kat sini pulak..mana tau nanti dah tua-tua rasa nak baca balik post ni,boleh imbau balik kenangan lama kn? (^_^)


Saya dan semua ahli beit yang llain ikut jaulah kali ni,tu yang seronok sgt tu..kami mula bertolak pada 29hb lebih kurang jam 2 pg dari ARMA. Masa tu semuanya dah kemengantukan dah..naik bus terus baca doa tidur..


destinansi pertama ialah kubu Salahuddin Al-Ayyubi...sebelum tu nak habaq sket,beliau ni ialah orang membebaskan kota Palestin suatu ketika dahulu. Kalau nak cerita lebih-lebih tentang beliau pun saya tak tahu sgt,tapi silalah baca buku untuk tahu lebih ye..act,kubu Salahuddin ada kat banyak tempat dan ni salah satu daripadanya iaitu di Taba..dekat tempat ni sempadan 4 buah negara; Mesir,Israel,Saudi dan Jordan..



























destinasi seterusnya ke tempat penginapan St Catherine..sebenarnya takdelah menginan sgt sbb pada malamnya akn ada satu aktiviti yg sgt penting...tulah saat yang ditunggu-tunggu..iaitu mendaki gunung sinai..macam sangat best bunyinya,kn? nak tau best ke tak kena rasalah sendiri..untuk naik gunung ni,semua sekali ada 9 checkpoint. emm,sikit ke bnyk? huhu..tak kesahlah,tapi nak habiskan satu checkpoin tu hanya Allah yang tahu betapa nak tercabutnya kaki ni...apa keistimewaan gunung sinai ni? nama lain bg gunung ni ialah Jabal Musa..gunung ni ialah tempat Nabi Musa beribadah dan tempat Nabi Musa berdoa untuk melihat Allah..
kami semua mula mendaki lebih kurang pada jam 12.30 tgh mlm dan sampai ke puncak lebih kurang jam 4.30 pg..Alhamdulillah,semua peserta kali ni selamat naik hingga ke puncak dan takde sorng pun yg stop tgh jln walaupun act ramai yang muntah-muntah dan saya sendiri pun ada bbrapa kali jgk terlelap sepanjang nak mendaki ni..mcmana boleh terlelap tu sbb penat sgt tambah pulak dengan mengantuk..cuaca mlm tu tak berapa baik sebab tak smpai separuh jln lagi dah start hujan. mula-mula ok lah jgk tapi bila nak masuk cp 8,hujan makin kuat dan angin makin kencang. masa tu rasa sgt2 takut sebab kwsn mkin bahaya dan curam. jalan penuh dgn batu dan kena naik tangga batu  yang agak tinggi dan licin..sangat mencabar hingga terniat dlm hati ketika itu,kalaulah esok boleh balik dengan hidup rasa sgt2 bersyukurlah. menurut org2 arab kat situ,kawan gunung Sinai dah beberapa tahu tak hujan tapi nak jadinye malam tu Allah nak turunkan hujan,kami pun terkejut jugak..tapi Alahmdulillah,pape pun selamat sampai ke puncak.Kat sana pulak udara makin sejuk,angin makin kuat dah macam ribut dah. Kami sewa satu selimut tebal sebab tak tahan sgt,tp selimut pun boleh terbang. kawasan kat puncak tu takdelah luas sgt,ada sebuah masjid dan gereja yang sgt2 kecil dan sangat2 menyesakkan sebenarnya.tapi,kena tunggu jgk sempai masuk waktu subuh.selepas habis solat semuanya,kami semua mula beredar turun balik.masa tulah baru nampak jalan yang sebenarnya,sgt curam,licin dan bahaya sampai terfikir ni ke jln yang aku lalu malam td? sepanjang pendakian ni,saya berjalan dengan husnaa..kalau letih sama-sama berhenti,kalau kuat sama-sama jalan..masa naik memang banyak kali jugalah berhenti tapi masa turun takde berhenti sekali pun,tapi akibatnya=)......lebih kurang pukul 9.30 pagi kami tiba di kaki gunung..nak menangis rasanya sebab akhirnya boleh jugak turun bawah balik..huhu..sepanjang pendakian ni,tak banyak gambar yang boleh ambil sebab waktu malam,tak nampak pape pun dan tengah hujan..so,ni jelah gambar-gambar yang sempat ambil.



~saat ni semua orang sedang tunggu sunrise,tapi cuaca mendung dan hujan,so tak dapatlah tengok..~







~di puncak gunung,ketika mula-mula sampai..berperang dengan kesejukan yang teramat sangat~





emm..bnyk lagi nak tulis tapi tangan dah malas nak menaip..so,biar gambar saje lah yang berbicara..



~ glass boat~








kalau di Malaysia,sepanjang jalan kita boleh tengok pokok-pokok,tak pun ada seekor dua kera melintas ke,anjing ke,musang ke..tapi di sini,boleh dikatakan sepanjang jalan hanyalah terbentang padang pasir dan bukit bukau,sejauh mata memandang..macam takde sempadan je padang pasir ni..memang kawasan ni jauh dari tempat pembangunan..




dalam perjalanan ketika di dalam bas,tiba-tiba kami semua terlihat sesuatu di langit,nampak tak tulisan apa tu? Subhanallah...



'Uyun Musa..tempat di mana 12 mata air terjadi suatu ketika dahulu pada zaman Nabi Musa..nak tahu kisah selanjutnya boleh rujuk Al-Quran (Surah Al-Baqarah:ayat 60) dan baca bukulah ye=) tapi sekarang ni hanya ada beberapa saja yang dijumpai sebab yang lain-lain dah tertimbus dengan pasir..ustaz tour guide pesan,takyah carilah yang tertimbus tu,kalau tak lambat pulak boleh balik nnt..alahai ustaz.......






tak dapat tengok sunrise,tgk sunset pun jadilah...laut tu ialah laluan kapal ke Terusan Suez.



banyak jugak ibrah yang dapat daripada jaulah kali ni dan semestinya ni memang betul-betul holiday lah..huhu..takde stress-stress nak fikir buku ke apa ke sebab exam semuanya dah habis...sebenarnya ada bayak lagi tempat lain yang kami pergi tapi tak ambil gambar sebab tak larat nak turun bas,kaki dah sakit-sakit dah...






"Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan memikirkan tantang penciptaan langit dan bumi lalu berkata; Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka"
( Surah Al-Imran:ayat 191 )










_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments: