Followers

Thursday, December 30, 2010

serba sedikit ttg hidupku~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....


Baru balik dr kelas tambahan dan terdetik di hati nk menulis blog...=)


seperti biasa,setiap hari adalah hari yang mencabar dalam hidupku..dan semestinya semua ini mengajarku supaya lebih menjadi matang dan dewasa...tp kadang2 diri ini tak boleh lari drpd ribuan masalh yg datang..teringat kata-kata adik rumah masa on de way nk g klas td..." if you can't avoid it...enjoy it.. " contohnye; exam...huhu~
boleh dikatakan almost everyday ad exam..dah terlali dah dgn exm ni,smpaikan klu x berapa nak baca buku pun x takut,tp bile esk xley jwb,gelak la sorang-sorang..(tulah,spe suh x bace buku!)


sejak akhir-akhir ni susah sgt2 nk cari masa nk telefon rumah..ummi xde kt rumah,ada abah je,nk ckp ngn abah segan..(macam pelik je..) so khulasohnye,tak call rumah langsung..dan akibatnye,menanggung rindu yang teramat parah..hahaha...rindu mereka semua.


Semalam,diberi kesempatan olehNya utk buat jgk program yang agk tertangguh..rasa lega dan bersyukur sgt2..xsngka ramai jgk yg dtg smpaikan mknn pun xcukup,padahal rasanya xde la sdp sgt mknn tu ;p.
Pape pun..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..habis je program dalam pukul 8 stgh malam,terus berkejar pergi tuisyen..dah rse mcm btol2 oncall je. Dr OB call ckp nk wat tuisyen..n ok! sy dtg..arini pun tuisyen lg,esk pun tuisyen jgk,luse klas mcm bese n rotate balik bnda yg sama utk mnggu seterusnya..
teringat kata-kata Dr Hala~ selagi kamu boleh buka mata,selagi kamu boleh senyum,selagi kamu boleh makan...dont be sad..say Alhamdulillah..thank you Allah~


lg 2 mnggu da stat mid year exm..apa perasaan?? huhu~ moga2 diberi kesempatan olehNya untuk buat yg terbaik kali ni,InsyAllah dengan izinNya.




~ sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah kerana Allah swt.~


Saturday, December 25, 2010

~ calon pilihan abah (part 14)

Malam itu seperti biasa aku bersembang dengan emak sebelum tidur. Selalunya kami bercerita tentang drama-drama di tv sambil emak mencuri-curi menasihatkan aku itu dan ini. Tapi malam itu, lain pula agenda emak.

“Ana..Mak rasa..dah tiba masanya Ana nikah dengan Azmi…” Aku terkejut memandang emak. Tidak kusangka secepat ini emak mahu aku berumah tangga.

“Azmi pun dah matang mak tengok. Dah mampu nak jaga Ana…Lagipun cuti ana dah nak habis..tinggal seminggu lebih aje lagi kan..Kalau boleh,..Nikah aje lah dulu sebelum ana balik sana..Kenduri kita boleh buat nanti..Senang sikit hati mak kalau ana dan menikah..Manalah tahu esok lusa mak pergi..” kata emak panjang..

Aku sayu mendengar kata-kata emak. Dalam masa yang sama, terasa lemah diri ini memikirkan masa depan yang akan aku serahkan pada orang yang tidak kucintai. Aku telah berfikir panjang semalam. Aku telah pun mengambil keputusan untuk memilih Hisham. Aku tekad.

“Ana…Ana janganlah terkejut ye..Ana..2 tahun lepas, mak disahkan ada ketumbuhan buah dada…Tapi alhamdulillah, kata Azmi, ketumbuhan tu tak merebak…Mak dibedah tahun lepas, masa tu ana di Ireland..” Aku tergamam.

“Mak…Apa mak cakap ni..mak tak bagitau ana pun..”kataku dengan air mata yang sudah bergenang di mata.

“Mak tak nak ganggu ana belajar..Mak simpan aje..Ni ana dah habis belajar..Boleh lah mak ceritakan pada Ana..Mak takut umur mak tak panjang..Mana tahu, ketumbuhan tu datang semula..” Empangan air mata aku tak tertahan lagi lalu pecah mengalirkan titis demi titis air mata..Aku tak sanggup kehilangan emak!! Aku segera memeluk emak erat.

“Mak…” itu sahaja yang terucap..Emak mengusap kepalaku.

“Ana jangan tinggalkan mak ye..” Aku sebak. Ujian apakah yang kau berika padaku ya Allah..Aku bagai hilang arah tujuan. Aku mengeratkan pelukanku. Mak..Mak jangan tinggalkan Ana..Mak..Ana sayang sangat-sangat pada mak..Mak.. Malam itu, aku berjanji yang aku akan pulang terus ke Malaysia. Aku tak akan tinggalkan emak. Aku lihat emak menangis gembira mendengar kata-kataku. Cuma tentang Azmi, aku minta agar emak jangan bertanya lagi. Tunggu lah hatiku tenang dahulu. Itu sahaja yang aku pinta pada emak. Emak Cuma mengangguk dengan senyuman kerana masih gembira dengan keputusanku untuk terus pulang ke Malaysia selepas graduasiku.

Lusa aku akan berangkat ke Ireland. Aku melipat-lipat baju yang hendak kubawa. Semalam, Azmi menghadiahkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu beserta tudung kepadaku. Dia meminta agar aku memakainya di hari graduasiku nanti. Aku Cuma tersenyum kelat menerima hadiah itu. Hatiku ini kurasakan tidak ada perasaan langsung padanya. Sejak Hisham menelefonku minggu lepas, aku seolah-olah telah menetapkan fikiranku bahawa Hisham lah orangnya untukku.
Malam sebelum aku bertolak ke Ireland, Izzah menelefonku. Rupa-rupanya dia masih lagi di Ireland. Dia sedang bekerja sambilan sekarang, sebelum pulang ke Malaysia. Aku sendiri tidak menyangka anak manja seperti Izzah itu boleh menangguhkan kepulangannya. Dia seolah-olah ingin merajuk denganku kerana tidak membalas emelnya. Aku sendiri terlupa tentang emelku dengan segala masalah yang melanda. Dia mendapat tahu tentang pemergian abahku dari Hisham rupanya. Aku sendiri tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengannya untuk kuluahkan segala yang terbuku di hatiku ini. Cuma dia sahaja yang tahu segala masalahku.

Sebelum aku berangkat, aku sempat menulis sekeping surat buat Azmi. Aku terangkan segalanya dalam surat itu. Di airport, aku lihat wajahnya gembira sekali menerima surat yang kuhulurkan.

Surat apa ni..ala..cakap aje lah lain kali..” kata Azmi sambil tersenyum malu-malu. Seketika aku terasa sungguh bersalah pada Azmi. Aku tak pasti apakah reaksinya setelah membaca suratku itu. Kasihan dia..

Aku melambai-lambai emak, Azmi dan Abang Long dan Kakti. Abang Long dan Kak Ti, baru pulang beberapa jam sebelum aku berangkat. Sudah hampir sebulan aku di rumah, baru kini mereka mendapat cuti untuk pulang. Aku pula sudah hendak berangkat.

“Jaga diri baik-baik..” pesan Azmi dengan senyuman yang tak putus-putus dari wajahnya. Sesungguhnya, aku berasa sangat bersalah dengan surat aku hulurkan tadi padanya. Ingin rasanya aku ambil semula surat itu dari genggamannya. Tak sanggup aku melihat wajah manis dengan senyuman itu bersedih. Apakan daya..segalanya sudah terlepas..Aku masuk ke balai pelepasan dengan hati yang diselubungi serba-salah yang teramat-sangat.


“Assalamualaikum,
Ke hadapan saudara Azmi, pertama sekali, Ana ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini Mi ambil berat tentang diri Ana dan emak. Sesungguhnya, jasa Mi itu tak terbalas dan akan ana kenang hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.

Mi, Ana ingin meminta maaf terlebih dahulu atas apa yang akan ana perkatakan ini. Ana terasa sungguh berat meluahkan ini pada Mi. Tapi, ana terpaksa lakukannya. Ana tak mahu Mi menaruh harapan terlalu tinggi. Mi..Sesungguhnya, pertunangan kita bukanlah dengan persetujuan Ana..Bukan ana marahkan Mi, Cuma ana rasa ana tak mampu meletakkan Mi di hati ana. Terus terang, ana tak mampu menerima Mi. Bukan Mi tidak sempurna, tapi Mi cukup segalanya. Cuma, soal hati ini, sukar untuk ana bicarakan. Ana doakan agar Mi akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari Ana. Lupakanlah Ana, Mi.. Ana minta agar kita putuskan sahaja ikatan ini..untuk kebaikan bersama. Mi, maafkan Ana..

Cukup sekadar ini, Ana harap Mi tak marahkan Ana…Walau apa sekali pun, ana akan sentiasa ingat Mi sebagai seorang kawan yang sangat baik dan mengambil berat tentang ana. Segala jasa Mi takkan ana lupakan..

Ikhlas,
Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar.


Aku telah masuk ke perut kapal terbang kini. Aku duduk selesa di tepi tingkap, memandang ke luar. Aku membuka beg sandangku untuk memeriksa barang-barangku. Manalah tahu, kalau tercicir apa-apa. Tiba-tiba aku ternampak kad berwarna biru lembut. Kad apa pula ini? Aku segera mengeluarkannya dan membaca tulisan hadapannya. ‘Buat tunang tersayang, Nurul Hanaa Aisyah’. Terasa seperti ingin mengalir air mataku. Aku membuka isi dalamnya. Kad ucapan tahniah untukku rupanya.


‘Assalamualaikum Ana,
Mi ingin ucapkan tahniah buat Ana atas kejayaan Ana. Mi tahu macam mana susahnya belajar nak menjadi seorang doctor. Mi doakan agar Ana akan gembira di hari graduasi nanti walaupun Mi tak dapat melihat Ana nanti. Mi pasti akan merindui Ana di sana. Pulang lah segera nanti ke Malaysia. Mi nak tengok gambar-gambar ana di sana ketika graduasi. Jaga diri Ana baik-baik. Jaga iman dan amal.’

Salam sayang,
Mohd. Azmi Idris.


Ada kad nama Azmi disertakannya sekali untuk aku hubungi jika ada sebarang masalah. Air mata aku menitis. Madu yang diberikan, tuba yang aku balas padanya. Baju merah jambu pemberiannya pun aku tinggalkan sahaja di rumah. Terasa diriku ini berdosa padanya. Ya Allah…Apakah semua ini..Ya Allah Ya Rabbi..Bantulah hamba-Mu ini..

Kapal terbang sudah mula bergerak dan naik ke awan. Aku memejamkan mataku. Terasa berat kepalaku. Seribu satu perkara bermain di fikiranku. Aku melihat jari manis kananku yang telah kusarung cincin pemberian Hisham pagi tadi. Perlahan-lahan aku tanggalkan cinicin itu dari tanganku dan aku masukkan ke dalam beg. Berpuluh kali emak bertanya padaku kenapa tidak kupakai cincin pertunanganku. Aku Cuma diam dan akan menjawab yang aku masih belum bersedia. Bodohkah aku ini? Atau aku ini mementingkan diri sendiri? Atau aku ini memang dasar yang tak mengenang budi orang. Aku hamun diriku di dalam hati. Aku menutup mataku. Aku mahu tidur dan lupakan semuanya. Biarlah masa menentukan segalanya. Biarlah..Atau biar aku ini pergi sahaja dari dunia yang tak putus-putus mendatangkan aku dengan segala macam onak durinya sekarang ini.

Terasa berdenyut-denyut kepalaku ini. Pening sekali. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir dan menangis. Makanan dalam kapal terbang itu tidak sedikit pun aku jamah. Aku selamat tiba di London dan menukar kapal terbang Aer Lingus ke Cork, Ireland. Aku berharap Izzah menungguku di airport. Sudah kumaklumkan padanya jadual perjalananku. Aku telah melewatkan keberangkatanku ke Ireland kerana ingin lebih lama bersama emak. Jadi, majlis graduasiku Cuma lusa sahaja.

Ketibaanku di Cork Airport disambut oleh Izzah. Aku terus memeluk Izzah erat. Mataku terpandang Hisham yang turut ada di situ bersama Hanif, teman serumahnya yang juga rakan sekelas Izzah. Wajah yang sangat kurindu itu aku tatap agak lama sebelum menunduk malu. Mungkin mereka dapat melihat riak-riak kesedihan masih bertapak di wajahku. Aku disambut dengan senyuman, bukan dengan gelak tawa gembira. Aku memandang Hisham yang nampak kecewa melihat jariku yang tidak bersarung cincin pemberiannya. Aku cuba senyum padanya. Dia senyum kembali padaku tapi tanpa lawak jenakanya seperti selalu. Hisham menjemputku dengan keretanya. Dia satu-satunya pelajar melayu yang mempunyai kereta di sini. Keluarganya orang berada. Dia pula anak kesayangannya ayahnya. Apa lagi, segala kemewahan dicurahkan pada Hisham. Di dalam kereta, Izzah dan Hanif bercerita pelbagai perkara kepadaku. Kak Tini, doctor senior itu sudah bersalin anaknya yang ketiga. Dr Ramli pula akan berkahwin minggu depan. Macam-macam lagi lah cerita komuniti Melayu di situ diceritakan kepadaku. Aku Cuma tersenyum dan sekali sekala tergelak kecil dengan telatah Hanif yang suka menyakat Izzah. Setibanya di rumah, aku terus sahaja bercerita segala-galanya yang berlaku pada Izzah. Setiap satu perkara aku ceritakan pada Izzah. Tidak ada satu pun yang aku tinggalkan. Mata Izzah bergenang mendengar luahan hatiku.

“Kak..Izzah tak dapat buat apa-apa..Cuma mampu mendengar aje..Izzah akan doakan setiap kali lepas semayang untuk akak ye..Akak jangan risau sangat. Insya-Allah..Allah akan beri yang terbaik untuk akak selepas diuji pelbagai dugaan ni kak..” Aku terasa sayu mendengar kata-kata Izzah. Aku Cuma mengangguk sahaja.

“Kak..Izzah nak Tanya, akak dah buat istikharah ke untuk Azmi dan Hisham ni kak?” Aku terkejut mendengar soalan Izzah. Ya Allah!! Kenapa lah aku tak terfikir untuk bersolat istikharah?? Selama ini aku Cuma bersolat hajat setiap hari, berdoa agar Allah tenangkan hatiku dan menunjukkan aku pilihan terbaik.

Esoknya aku duduk di rumah dan mengemas barang-barangku untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Sebahagiannya, seperti buku-buku ku yang berat itu akan aku pos melalui kapal laut sahaja. Aku membuka beg besarku. Terkejut aku melihat baju kurung merah jambu itu di dalam beg ku. Kotak merah cincin pertunanganku juga ada. Aku rasa semalam aku tinggalkan saja di atas katil di bilik. Ini mesti emak yang masukkan. Mak! Aku segera menelefon emak untuk memberitahu yang aku sudah pun selamat tiba di Ireland.

Tak mengapalah, esok akan kupakai juga baju merah jambu ini sebagai memenuhi permintaan Azmi. Jasanya menjaga emak dan aku sepanjang ketiadaan abah ini terlalu besar. Hisham..aku tetap menyintaimu..

Tapi, Azmi? Dia banyak berjasa padaku dan emak, dia juga pilihan arwah abah…



Saturday, December 18, 2010

~ bila emosi tidak stabil....

Assalamualaikum wbt.


Apa khabar iman kita semua hari ini? masing-masing cubalah bermuhasabah diri, selami di lubuk hati yang paling dalam...semoga masih tersisa secebis rasa penyesalan di hati kita atas segala kekhilafan yang telah dilakukan...


emm...malam hening begini,tanpa sebarang sebab,dengan tetiba rasa rindu membuak-buak pada kampung halaman..teringat kat ummi,abah,ayah...ummi abah dan adik beradik balik kampung kat pahang..jelous jugak la..sabo ye hati,nnt2 ad rezeki boleh balik jugak=) tapi ada satu masalah besar bgku bila semua orang takde kat rumah..huhu...tak bley la nk skype ngn family,terpaksala tunggu smpai mereka-mereka pulang ke kampung halaman...kampung kubang kekura...saje nak promote nama kampung =p cari la ye dalam google map..


sebenarnye nak balik rumah,nak balik malaysia..sebabnye tak tau nape..angin mana ntah yg dtg mengganggu..ape yang best sgt psl rumah ganu ni?? hah..bilik tidonye la...dpt men ngn adik2..dapat bermanja-manjaan ngn ummi abah..(p/s: angah acik jgn jeles ek..kena terima hakikat ye..) huhu~






~ mesir mari la.... ~







bila emosi menjadi tidak stabil dan tak tentu arah....Ya Allah,tenangkan lah hatiku...
Rindu ummi abah...


Ya Allah Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami masih kecil lagi..amiin Ya Rabb..






Wednesday, December 15, 2010

~ calon pilihan abah ( part 13 )

Esoknya, Azmi datang tepat jam 2 petang. Dari bilik, ku lihat Azmi mendukung anak saudara perempuannya masuk ke rumah ku. Aku segera bersiap. Baju kurung ungu lembut kupadankan dengan tudung ungu bunga-bunga sama warna. Aku turun ke bawah sambil kepalaku menjengok-jengok memerhati Azmi dari atas.

“Anak dara bersiap memang macam tu Mi..Kejap lagi turun lah dia tu..” kata emak.

“Ana dah siap lah mak…”kataku dengan nada merajuk ketika menjejak ke anak tangga terakhir. Azmi tersenyum memandangku.

“Ana, ni anak saudara Mi, Izzati. Anak adik Mi, Nora” kata Azmi. Izzati datang bersalam dan mencium tanganku. Aku tersenyum sambil mengusap kepala Izzati.

“Ooo..Izzati ye..Nanti kakak ambik cokelat Ireland kat Izzati ye..” Izzati nampak gembira sekali dengan kata-kataku.

“Bukan kakak..Maklong..”kata Azmi perlahan. Mujur emak tiada di situ. Aku menjeling Azmi tajam, dan terlihat wajahnya yang sedang tersenyum. Tidak kacak, tapi manis dan bersih wajahnya. Itu baru kali kedua aku memandang wajahnya sejak kami berjumpa di airport.

Di dalam kereta, aku lebih banyak berbual-bual dengan Izzati. Aku duduk di belakang. Aku biarkan Izzati duduk di depan. Izzati berpusing mengadap ke belakang dan berceloteh denganku sepanjang perjalanan pergi ke pejabat pengangkutan jalan raya. Azmi Cuma ketawa mendengar cerita-cerita anak saudaranya.

Lama juga aku di pejabat itu, ramai pula orang berbaris. Dalam perjalanan pulang, Izzati sudah pun tertidur di pangkuanku di belakang.

“Ana..Jadi ke buat houseman di Ireland?” soal Azmi. Lama aku terdiam sebelum menjawab soalannya.

“Erm..tak tau lagi..Mungkin tak..kesian mak, tinggal sorang..tengoklah dulu macam mana” jawabku dengan nada kerisauan.

“Ana fikirlah mana yang terbaik..Mi takde halangan..” kata Azmi mematikan bicara kami. Sepanjang 10 minit sebelum tiba di rumah itu, kami sama-sama diam. Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu kukatakan. Setibanya di rumah, puas emak mengajak Azmi singgah, tapi ditolak dengan alasan Izzati sudah tidur.

Aku pula terus sahaja masuk ke rumah selepas membaringkan Izzati di tempat duduk belakang kereta. Malam itu, Azmi menelefonku lagi.

“Ana..Mi sebenarnya nak cakap sesuatu..Mi harap Ana boleh pertimbangkan..” ujar Azmi perlahan.

“Kalau boleh, Ana tak payah lah buat housemanship di Ireland. Ana buatlah di Alor Setar saja. Insya-Allah, kalau diizinkan…Mi ingin jaga Ana dan mak lepas ni..” Kata-kata Azmi itu disusun molek-molek olehnya ku dengar. Suaranya matang menuturkan kata-kata itu. Aku terdiam mendengarnya.

“Ana..Mi minta maaf..Bukan Mi menggesa Ana..Tapi Mi kasihankan mak Ana..Sejak arwah pakcik Nuar tak ada, dia tinggal seorang di rumah tu..Mujur anak-anak Mak Kiah pergi temankan Mak Ana malam-malam..” Aku diam lagi. Aku terbayang wajah sedih emak.

“Ana, Mi tak kisah kalau Ana tak bersedia lagi untuk hidup dengan Mi, tapi Mi harap Ana tak usah lah tinggalkan makcik sendiri ye..” tutur Azmi lembut. Aku menelan air liur dengan kerongkong yang tersekat kerana sebak. Mak…

“Emm..Insya-Allah” Itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulutku. Aku terus saja memberi salam dan meletakkan telefon.

Aku masuk ke bilik melihat emak yang sedang lena tidur. Aku pandang wajah emak lama. Emak tidur nyenyak sekali..Aku baring di sebelah emak, sambil menguis-nguis rambut emak yang sudah hampir penuh beruban itu. Mak..Ana janji takkan tinggalkan emak…

Belum sempat aku terlena, telefon berbunyi lagi. Aku segera bangun untuk mengangkat telefon di atas tangga. Siapa pula lah yang menelefon malam-malam buta ini..

Ana!!” Aku kenal benar suara ceria itu. Hisham! Aku rindu sungguh padanya!

“Hisham! Kau ni…Lambatnya telefon aku!”

“Ehh..excited sangat dapat cakap ngan aku, jangan la lupa jawab salam tu cik adik..” Aku tersengih lebar mendengar suara Hisham.

..”

“Ana, aku ada banyak cerita nak cerita kat kau lah..”

“Sham..aku pun ada benda nak cerita pada kau..Sham..kau dengar aku cakap dulu boleh..?” soalku lemah.

Malam itu, aku ceritakan segalanya pada Hisham. Segalanya..tentang pemergian abah, tentang perasaan aku, tentang emak, tentang housemanship ku…Tapi..tak ku sentuh sedikit pun tentang Azmi. Rasanya, tak perlu aku khabarkan tentang dia. Perasaanku sudah lama tercurah buat jejaka bernama Hisham ini. Kurasakan tak perlu untuk aku gemburkan tentang Azmi. Perasaanku bukan padanya.

Aku berasa senang sekali mendengar segala nasihat yang diberikan Hisham. Sekali-sekala jenakanya membuatkan aku ketawa. Sesungguhnya aku gembira dan bahagia dengan Hisham.. Dia juga bersetuju supaya aku terus pulang ke Malaysia. Aku tahu dia bersedih dengan ketiadaanku nanti. Tapi, katanya, itulah yang terbaik buatku. Aku senang dengan kata-kata Hisham.

Selesai sahaja bercakap dengan Hisham, aku terasa bagaikan pasti bahawa dia lah sebenarnya untukku. Aku bertekad akan bersetuju menerima Hisham. Kalau abah masih ada, pasti abah juga akan menyukai Hisham. Aku pasti abah juga mahu anaknya ini gembira. Aku pasti..

Sunday, December 12, 2010

~ calon pilihan abah (part 12)

Malam itu aku keluarkan cincin pertunanganku dan cincin pemberian Hisham. Ah Hisham! Sudah lama dirinya kuletakkan ke tepi. Kehilangan abah menyebabkan aku terlalu sedih untuk memikirkan apa-apa tentang diriku.

“Ana!! Telefon!” jerit emak dari bawah. Aku segera berlari menuruni tangga mencapai telefon. Entah siapa yang menelefon.

“Assalamualaikum…Ana!!!” Kedengaran suara yang aku kenali menjerit namaku.

“Waalaikumussalam…Hisham…kau rupanya..terkejut aku!”

“Ana..aku kene cepat nii…Nak pegi ambik mama dan papa aku di airport. Diorang baru sampai dari Malaysia. Ana, kau dapat posting di CUH untuk 6 bulan pertama. 6 bulan kedua pulak kau di Mercy Hospital. Kita sama hospital lah!! Tak sabar aku nak tunggu kau balik untuk grad ..”

“Sama ke kita..Boleh la aku tumpang kereta kau pegi keje” selorohku

“Tak boleh lah..unless kalau kau dah pakai cincin haritu…” Aku terdiam mendengar kata-kata Hisham.

Okla Ana…Aku kene pergi ni..”

“OK..Thanks Hisham..”

“Ana…Aku rindukan kau..” Terus saja dia meletakkan telefon selepas itu. Aku menepuk dahiku perlahan. Apalah nasib ku ini..Aku merindui Hisham..Tapi Azmi pula bagaimana?

Di bilik, aku duduk seorang memeluk lututku di atas katil. Aku memandang kedua-dua kotak cincin pemberian Hisham dan Azmi. Hisham adalah calon pilihan hatiku. Azmi adalah calon pilihan arwah abah. Kerana Azmi jugalah aku bergaduh dengan abah. Abah..maafkan ana kerana terlalu marah pada abah..Tapi kenapa abah lakukan ini pada ana…Ana tak faham abah…Aku kesat air mata yang mengalir.

Terfikir pula aku tentang tawaran bekerja di Cork itu. Aku tak mampu meninggalkan emak sendirian. Mahukah emak mengikut aku ke Ireland? Aku dapat rasakan tidak mungkin untuk emak tinggal di sana, walau untuk sebulan sahaja. Emak pasti tak senang duduk. Tak mungkin emak mampu meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangannya bersama abah itu tanpa penjagaannya sendiri. Walaupun emak nampak tenang, tapi setiap kali selepas solat, aku nampak air mata emak mengalir.Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biarlah aku pulang sahaja ke Malaysia selepas graduasiku.

Aku turun ke bawah selepas solat isyak. Malam itu, serba-serbi emak bercerita tentang Azmi padaku. Aku Cuma diam mendengar cerita emak, tapi segala apa yang emak sampaikan aku rakam baik-baik dalam fikiranku. Azmi itu, doctor lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir. Dapat pula jadi hafiz Al-Quran sepanjang dia di sana.


Saturday, December 11, 2010

~ calon pilihan abah (part 11)

Malam itu Paksu dan Maksu datang dari Kulim menjengokku. Aku tidak banyak bercakap. Mereka bersembang agak panjang malam itu. Mungkin mereka sudah boleh melepaskan perasaan sedih mereka. Sudah tiga bulan.. Aku? Aku baru sahaja menerimanya..menerima dengan hati yang terlalu sedih..Dengan hati yang terlalu berat.. Ya Allah..Tolonglah hambaMu ini..

Seminggu lamanya aku terperap di bilik. Tak mampu rasanya aku keluar melihat rumah itu yang terlalu banyak menyimpan kenangan. Hendak ke kubur abah pun aku tak mampu. Tak mampu melihat nisannya. Makan minumku sendiri aku abaikan. Mujur emak memaksa aku makan. Aku terlalu rindukan abah. Aku terlalu rindu. Segala kenangan ku bersama abah sejak kecil hingga besar bermain-main di mataku. Setiap kali aku terpandang barang-barang pemberian abah, aku menangis. Aku hiba. Aku ini anak kesayangan abah. Aku tahu sangat hakikat itu. Aku tak mampu membayangkan wajah tenang abah itu aku hamburkan kegeramanku dengan calon pilihannya.

Petang Ahad itu, emak memujukku menziarahi kubur abah. Aku menggeleng-geleng.

“Ana belum sedia..” kataku lemah.

“Ana, marilah kita pergi kubur abah..Abah rindu nak tengok Ana kan..” Kata-kata emak yang terakhir itu menusuk hatiku.

“Nak pegi macam mana mak..Nak naik apa..Kak Ngah sibuk kan..Lesen kereta ana dah mati 2 bulan lepas..” soalku

“Mak dah minta tolong Azmi hantarkan kita” jawab emak. Aku menarik nafas panjang. Azmi. Kini, Azmi sudah menjadi wasiat buatku. Mahu atau tidak, Azmi itulah yang bakal aku serahkan hidupku. Tapi kenapa abah?? Kenapa abah buat semua ini? Ana terseksa abah..Abah..abah balik lah..Ana nak Tanya macam-macam pada abah…

Kereta proton perdana Azmi berwarna kelabu metalik itu sudah berada di depan rumahku. Aku duduk di belakang. Wajah Azmi tidak sedikit pun aku pandang. Aku sekadar tunduk ketika dia di rumah tadi. Emak duduk di depan, sebelah Azmi. Entah apa yang mereka bualkan sepanjang 10 minit perjalanan itu aku sendiri tidak mengendahkan. Ada juga dua tiga kali namaku disebut. Setibanya sahaja, Azmi berjalan mendahului kami. Dari belakang kulihat, ternyata Azmi ini agak berisi orangnya. Emak memimpinku berjalan perlahan-lahan. Aku lihat kubur abah di bawah rendangan pokok. Kelihatan damai sekali. Batu sungai dipacak di kedua-dua hujung. Azmi menghulurkan surat khabar untuk aku duduk.

“Abah..Ana datang ni..Abah…Maafkan ana abah..Ana sayangkan Abah…” bisikku perlahan. Tak baik aku menangis di sini. Aku sekadar menahan perasaanku. Selesai membaca yasin, Azmi membaca doa. Lancar dan sedap suaranya kudengar, persis suara imam Said Al-Ghamidi..

Setibanya di rumah, emak meminta Azmi makan tengah hari bersama. Puas ditolaknya, tapi desakan emak memaksanya untuk singgah sebentar.

“Ana, marilah makan sama sini” panggil emak. Aku di dapur mengemas-ngemaskan apa-apa yang perlu. Arahan emak aku turuti sahaja. Tak ingin lagi aku melawan kata-kata orang tuaku. Azmi nampak tidak selesa dengan kehadiranku makan bersama. Kasihan dia, desis hatiku.

“Ana, mak nak bancuh air sekejap ye..” kata emak meninggalkan aku dan Azmi yang belum habis menjamu hidangan tengah hari itu. Aku kehilangan kata..

Aku menyuap nasi perlahan-lahan. Perutku terasa seperti sudah kenyang walau hanya beberapa suap sahaja yang aku telan. Aku teringatkan abah. Rindukan dia..Terlalu rindu. Aku teringat tempat duduk Azmi di sisi meja itu, itulah tempat abah selalu makan. Abah suka mengajak aku makan dengannya. Sup daging adalah makanan kegemaran abah, itulah juga makanan kegemaran aku. Teringat aku ketika aku berebut merasa sup dengan abah. Abah pula seronok melihat aku merajuk kerana dia sudah merasanya dulu.

“Ana..” panggilan Azmi mengejutkan aku dari lamunanku. Berdebar jantungku mendengar panggilan Azmi.

“Boleh tolong hulurkan air basuh tangan tu pada Mi?”

“Emm…” balasku sambil menghulurkan air basuh tangan tanpa memandang wajahnya. Aku sendiri tak pasti rupa wajah Azmi ini bagaimana. Entah lah kenapa, aku tidak rasa ingin hendak melihat wajah Azmi itu. Cukup sekadar melihat dari jauh dan mendengar suaranya sahaja. Aku sendiri tak tahu kenapa aku begini. Bencikah aku pada dia? Malu kah aku untuk memandang wajahnya? Adakah aku teringatkan abah ketika aku memandangnya? Entah lah..Perasaanku ini masih kabur..

Dia ligat membasuh tangannya. Kemudian, duduk bersandar menunggu emak. Aku tunduk sahaja sambil menyuap perlahan. Ku rasakan matanya memandangku lama.

“Ana..Mi harap Ana sabar dengan pemergiannya Pakcik Nuar. Allah sayangkan dia.. Mi dapat rasa kesedihan hati Ana…”

Aku sekadar mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa. Aku nampak bayang dia tersenyum nipis memandangku.

“Macam tu lah tunang Mi…”katanya sambil tersenyum lagi.

“Dulu abah Ana selalu cerita pada Mi tentang Ana. Dia kata Ana ni anak dia yang paling manja. Yang paling dia sayang…”

Aku terdiam. Apa lagi yang abah ceritakan pada dia?

“ Pakcik Nuar kata anak dara dia ni penyabar orangnya, bijak, cantik, pandai memasak..Tapi kuat merajuk..”

Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Azmi. Azmi ini nampaknya seperti pemalu. Tapi pandai pula dia berkata-kata di hadapanku. Azmi tersenyum puas melihat senyuman ku tadi.

Kan manis Ana senyum macam tu… Barulah..” belum sempat Azmi menghabiskan katanya, emak sudah tiba dengan air teh susu. Aku diam lagi. Cuma emak dan Azmi sahaja yang bersembang.


Azmi pulang lebih kurang pukul 1.35 petang untuk solat zuhur di masjid. Hari itu, aku terasa lebih bersemangat meneruskan kehidupanku. Entah kenapa. Aku sudah mula ke dapur menolong emak masak. Tidak lagi berkurung menangis di bilik. Aku sudah mula bersembang-sembang dengan emak dan sudah boleh tertawa. Kenangan dengan abah masih bermain di mataku, namun mendengar kata-kata Azmi, aku terasa seolah-olah abah masih ada, masih terlalu menyayangi aku seperti dulu….walau apa yang telah terjadi antara kami..

Beberapa hari selepas itu Azmi menelefon rumah ku, meminta izin emak untuk bercakap denganku. Berdebar rasanya hatiku ini.

“Assalamualaikum Ana..”

“Waalaikumussalam…”

“Ana sihat..?”

“Emm..alhamdulillah..”

“Ana…Mi teringat lah pada tunang Mi..” Tersentak aku mendengar luahan hati Azmi itu. Aku memandang ke kiri kanan, risau kalau-kalau emak mendengarnya.

“Ana..dengar tak Mi cakap..” Aku diam saja.

“Tadi mak kata ana dah ceria semula. Mi teringin nak tengok Ana gembira semula..”

“Emm..” itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Melampau-lampau pula aku rasa Azmi ini berbahasa denganku. Cara pembawaan dirinya menunjukkan dia seorang yang pemalu, tapi lain pula dia berbahasa denganku.

“Ana, mak kata ana nak pergi perbaharu lesen kereta..Nak Mi hantarkan esok? Esok Mi tak buzy..Klinik Mi kawan Mi tolong jagakan..” Ada klinik sendiri rupanya Azmi ini..

“Emm..takpe lah..terima kasih,..Ana pegi naik teksi aje..tak pa..Lagipun, tak eloklah pergi berdua kan..” kataku. Azmi tertawa kecil mendengar kataku.

“Mi tau..Nanti Mi bawak anak saudara Mi yang umur 5 tahun..OK..jumpa esok ye..Pukul 2 Mi datang ambik Ana ye..” Katanya lalu memberi salam dan meletakkan telefon. Aku termenung sendiri. Azmi..Azmi.. Perasaan hati ku ini masih belum ada untuknya. Aku terpaksa menerima tawaran Azmi itu, meskipun hati ini berat untuk terlalu rapat dengannya.



Friday, December 10, 2010

~ di sebalik kedukaan,terselit secebis kegembiraan...

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah wa syukurillah atas segala nikmatNya...


hidup umpama roda...aturan dan kitaran hidup yang sama,tetapi mesti sentiasa diringi dengan peningkatan diri yang sewajaranya...


di sebalik kedukaan,terselit kegembiraan....
















( kenangan lama......)


Dedikasi buat arwah Nenda.....

Thursday, December 9, 2010

~ calon pilihan abah (part 10)

Di dalam kereta, ternyata Abang Ngah dan Kak Ngah diam sahaja. Cuma Shikin dan Nina sahaja yang bising mengajukan pelbagai soalan kepadaku.

“Usu beli apa untuk Nina ??” soal Nina manja sambil memeluk lenganku.

Ada laaa….Usu beli macam-macam…cokelat pun ada usu beli..” Ujarku sambil mengusap-ngusap rambut Nina.

“Usu beli tak untuk Shikin?” Tanya Shikin pula. Aku tersenyum mendengar soalan Shikin.

“Mestilah ada….Usu beli hadiah untuk semua orang..Untuk mama dan papa Shikin, Untuk Maklong dan paklong, untuk Rizal ,Aiman, Ipah, Nenek dan Atuk” jawabku panjang. Tiba-tiba kulihat kedua-dua wajah itu muram. Entah kenapa.

“Tapi atuk dah..” Belum sempat Nina menghabiskan katanya, Kak Ngah menyuruh dia diam. Aku tiba-tiba berasa resah dengan keadaan itu. Kenapa dengan abah??? Shikin dan Nina duduk bersandar diam. Abang Ngah dan Kak Ngah turut diam. Sunyi sepi. Aku sendiri tidak mahu menyoal apa-apa. Apakah hal keluarga yang dimaksudkan? Abah? Kenapa dengan abah?

“Kak Ngah…” aku mula memberanikan diri menyoal.

“Ana..Kita cakap kat rumah ye..” kata Kak Ngah perlahan. Aku menjeruk perasaanku sehingga tiba di rumah. Hati ku berasa resah sungguh.

Tiba sahaja di rumah, kulihat emak tersenyum di pintu pagar. Aku segera keluar dari kereta dan memeluk emak. Aku terlalu rindu padanya.

“Mak, abah mana mak?” soalku laju, dengan hati berdebar menanti jawapan emak. Aku lihat air mata emak jatuh menuruni pipi tuanya. Emak memelukku lagi sambil mengusap belakangku. Kulihat rumahku sudah seolah-olah kehilangan seri. Dulu, pokok-pokok bunga terjaga rapi di luar rumah. Kini, pasu-pasu itu kosong. Kawasan rumahku sudah tidak berseri, Cuma kebersihannya sahaja tetap terjaga.

“Mak…mana abah…”tanyaku lembut. Adakah abah sakit? Kenapa emak menangis begini…Kak Ngah menarik kami masuk ke rumah. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan emak di ruang tamu. Kak Ngah dan Abang Ngah duduk di sofa yang menghadap kami. Aku menggenggam tangan emak. Kak Ngah melihatku lama. Aku sekadar diam. Aku seolah-olah terasa rumah ini kehilangan sesuatu. Kak Ngah tunduk menangis. Abang Ngah serba-salah dengan keadaan itu lantas membuka mulut menerangkan kepadaku.

“Ana…Abah dah tak da..”

Aku terketar mendengar ayat itu. Wajahku mengatakan ketidakpuasan hatiku dengan jawapan Abang Ngah tadi, lantas Abang Ngah menyambung.

“Ana..banyak-banyak sabar ye..Abah dah pergi tinggalkan kita semua..19 Mac lepas, pagi Jumaat. Lebih kurang 3 bulan lepas...” Abang Ngah berhenti seketika. Tiada kata yang terkeluar dari mulutku. Bibirku terketar-ketar menahan sesuatu. Aku sekadar mengangguk-angguk perlahan memandang abang Ngah. Emak mengusap belakangku. Nafasku naik dan turun dengan sukar. Sesuatu menahan di kerongkongku. Tiada air mata yang keluar. Aku boleh menerimanya. Aku boleh bersabar.

“Abah meninggal pagi itu di masjid..Lepas semayang subuh. Tiba-tiba saja dia rebah. Pak Su ada masa tu..Dia ajarkan shahadah..Alhamdulillah..Abah pergi dengan tenang..”

Aku mengangguk-angguk lagi. Fikiranku kosong. Aku memandang emak dan Kak Ngah yang sedang tunduk menangis. Aku memandang ke kanan. Ku lihat sofa yang abah selalu duduk menonton TV. Aku sendiri tak dapat bayangkan wajah abah. Aku takkan dapat lihat wajah abah lagi. Selepas ini tak kedengaran lagi suara abah di rumah ini. Tak ada lagi kedengaran deruman motor abah pulang ke rumah dari masjid. Tak ada lagi suara abah bergurau senda denganku. Terasa panas kulit mukaku. Hidungku terasa sengal menahan perasaan yang terbuku.

Air mataku keluar bertakung di mataku ku dan mengalir perlahan-lahan. Semakin lama semakin laju. Abah..Ana rindukan abah.. Aku mengetap bibirku menahan kesedihan dan kesayuan yang mendalam. Aku lemas dengan air mata yang mengalir. Emak menyapu pipiku dengan tangannya. Belakangku diusap-usap penuh kasih sayang. Kali terakhir abah mencium dahiku ketika di lapangan kapal terbang Alor Setar tahun lepas, ketika menghantarku pulang ke Ireland. Perasaan marahku ketika itu masih bersarang teguh menyebabkan aku sekadar menjeling abah. Itulah ciuman terakhir abah yang aku tak hargai. Bahuku terhenjut-henjut menahan esak.

“Sabar lah sayang…Abah dah pergi tinggalkan kita..Allah lebih sayangkan dia. Abah meninggal di hari yang baik, tempat yang baik…” pujuk emak lembut.

Aku teringat selama ini, aku cuba mengelak dari bercakap telefon dengan abah. Selama tiga bulan lepas, rupa-rupa nya memang tiada apa yang perlu aku elakkan lagi. Tak ada.. Abah memang sudah tinggalkan aku ketika itu. Bila kali terakhir aku mendengar suara abah? Bila? Hari raya Haji yang lepas..itu lah yang terakhir.. Abah berpesan supaya aku menjaga diri, menjaga iman, jangan tinggal solat, jadi hamba Allah yang baik… Air mataku tidak mampu berhenti mengalir. Aku sendiri tak mampu mengawalnya. Betapa aku ini bersalah kepada abah. Betapa aku ini anak yang derhaka. Betapa aku ini anak yang tak mengenang kasih sayang abah.

“Mak…abah ada pesan apa-apa pada Ana…?” soalku lemah.

“Abah selalu sangat sebut-sebut nama Ana seminggu sebelum dia meninggal..Teringin sangat nak bercakap dengan ana…”
Aku menangis lagi. Lebih deras air mataku jatuh..Abah..Maafkan ana..Maafkanlah Ana..

“Dia teringat sungguh pada ana. Dia kata tak sabar nak jumpa ana. Nak suruh ana rawat dia bila dah jadi doctor…”

Air mataku mengalir sehingga ku rasakan pipiku bergetah dengan air mata. Aku menyapu wajahku dengan tudung.

“Sebelum ke masjid dia pesan suruh kirim salam pada ana pagi tu kalau ana telefon. Mak dah pun sampaikan pada ana..” sambung emak dengan nada sayu. Mata tua itu kutatap lama. Cengkung mata emak menahan semua ini sendiri.

“Mak,..ana nak masuk bilik dulu..” kataku dan terus aku berlalu meninggalkan ruang tamu. Aku menangis lagi…



Tuesday, December 7, 2010

~ calon pilihan abah (part 9)

Setibanya di rumah, aku terus masuk ke bilik dan menangis semahu-mahunya. Izzah masuk tanpa mengetuk pintu.

“Kak, kenapa ni kak…Apa dah jadi kak…Hisham ke kak??”

“Izzah, akak sepatutnya rasa bahagia hari ni.. Hisham kata dia sayangkan akak, nak ambil akak jadi isteri dia…” Aku masih mampu tersenyum pahit dengan air mata yang membasahi pipi. Izzah memelukku erat. Air mataku membasahi bahu Izzah.

“Kak..sabarlah kak..” kata Izzah lembut sambil mengusap kepalaku.

Setelah itu, aku luahkan segala perasaanku pada Izzah. Setelah reda sedikit barulah aku mampu ketawa, kembali kepada diriku yang ceria. Aku meminta Izzah menemankan aku malam itu. Esok aku akan pulang ke Malaysia. Tak perlu aku lihat wajah Hisham. Berkali-kali dia cuba menelefonku, tapi aku biarkan saja.

Izzah sudah tertidur di atas katilku. Aku mencapai beg yang besar di atas almari. Sudah hampir setahun beg itu berhabuk di situ. Beg besar berbentuk empat segi yang aku beli sejak tahun satu itu aku gunakan cuma untuk pulang ke Malaysia sahaja. Terlalu besar…Aku letakkannya di atas lantai dan mula berkemas. Aku membuka zip kecil di penutup beg itu. Emm..ada benda pula di dalamnya. Aku mengorek-ngorek poket itu mencari benda tersebut. Aku mencapai dan mengeluarkannya dengan penuh rasa tanda Tanya. Apa pula yang aku tinggalkan di dalam beg ini. Oh! Kotak baldu merah…Kotak cincin pertunanganku…Entah apa perasaanku ketika ini, aku sendiri tidak memahaminya. Bercampur-campur rasanya. Aku tidak pernah membukanya selama ini. Itupun emak memaksa juga aku membawanya ke sini. Dia yang meletakkan kotak itu di dalam begku.

Perlukah aku membukanya? Azmi? Adakah Azmi untukku? Atau Hisham? Hatiku sangat menyayangi Hisham. Tapi Azmi? Adakah dia bersalah dalam hal ini? Entahlah.. Aku buka juga kotak itu. Cincin emas dihiasi dengan ukiran berbentuk hati itu ternyata sungguh cantik. Diselang-seli pula corak kelilingnya dengan emas putih. Aku masukkan kembali ke dalam kotak itu dan menutupnya. Aku belum terasa hendak memakainya. Aku masukkan semula ke dalam poket tadi. Aku ini tunangan orang, Sham…Maafkan aku…

Petang itu Izzah, Zizi, Semah dan Intan menghantarku ke lapangan kapal terbang. Aku memeluk mereka seorang demi seorang dengan perasaan sedih.

“Akak, kenapa sedih sangat ni..?” soal Zizi

“Emm..iye laa..manalah tau, permohonan housemanship akak tertolak ke..Akak kena lah balik buat kat Malaysia…Tak dapat lah kita serumah lagii…” ujarku dengan nada sedih. Hatiku masih teringatkan Hisham..

“Kak, 2 minggu lagi kitorang balik Malaysia boleh la jalan-jalan Kedah, pi umah akak” sampuk Izzah yang sejak tadi diam.

“Datang lah…Jangan tak datang pulak…” jawabku sambil mencubit pipi tembam Izzah.

Aku perlu masuk ke balai berlepas sekarang. Cuma tinggal setengah jam sahaja sebelum bertolak. Aku melambai-lambai ke arah mereka sambil berjalan perlahan-lahan.

“Ana!!” Satu suara memanggilku dari jauh. Suara yang aku kenali. Aku berpaling melihatnya.

“Eh, Sham..Mana kau tahu aku balik harini..”kataku perlahan ketika dia tiba di depanku. Aku menunduk malu teringatkan peristiwa semalam. Berkali-kali dia menelefonku semalam, tapi tidak kujawab satu pun.

“Takkan aku tak tahu pulak..Ni ha..untuk kau…Jaga diri ye..” Kata Hisham sambil menghulurkan bungkusan kecil kepadaku.

Aku tidak bercakap banyak. Sudah kutolak pemberiannya itu. Dipaksa juga aku menerimanya. Aku sekadar tersenyum tawar.

Di dalam kapal terbang, segera aku membuka bungkusan pemberian Hisham. Cincin. Aku menyandarkan tubuhku lemah di tempat dudukku. Ada nota ringkas ditinggalkan untukku.

‘Ana, andai kau terima hati aku, pakai lah cincin ni.’

Aku masukkan sahaja kotak itu ke dalam beg kecilku. Mataku sudah tak mampu menangis lagi. Aku perlu melupakan Hisham ketika ini. Tak apa lah..pulang ke Malaysia nanti, akan aku pujuk abah supaya memutuskan pertunanganku dengan Azmi, dan menerima Hisham.

Aku tiba di London dan terkocoh-kacah aku mengejar kapal terbang London- Kuala Lumpur pula. Aku tidak dapat tidur sepanjang perjalananku. Aku mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid yang dimainkan di saluran radio peribadi dalam kapal terbang itu. Itu sahaja yang dapat menenangkan aku sekarang. Aku memasang nekad untuk cuba berbaik-baik semula dengan abah kali ini. Akan kupujuk dia bila tiba masa yang sesuai nanti. Aku sangat sayangkan abah. Lagipun, abah sudah tua. Bagaimana kalau abah pergi dulu sebelum aku sempat memohon maaf kepadanya. Aku rindukan kemesraan kami dahulu. Aku rindukan abah..Biarlah kepulangan ku kali ini membawa semula keceriaan hidupku..

Tiba di Kuala Lumpur, aku menaiki pula kapal terbang domestik ke Alor Setar. Letih rasanya badanku ini. Tapi aku puas! Puas kerana aku telah pun pulang membawa kejayaan. Tak sabar rasanya hendak membawa emak dan abah bersamaku ke Ireland bulan depan untuk menyaksikan hari graduasiku. Akan aku pertemukan mereka dengan Hisham.

Aku melambai-lambai Kak Ngah dari jauh. Shikin, anak saudaraku berusia 17 tahun dan Nina, berusia 5 tahun melambai dengan girang ke arahku. Aku tersengih riang. Aku bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Hairan juga aku, ada pula masa dia dan keluarganya mengambil aku hari ini. Selalunya dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja politiknya. Emak dan abah tak kelihatan pula. Kira-kira 5 meter dariku, kulihat abang Ngah sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Pemuda berbadan sedikit berisi itu berpaling ke arahku. Direnungku sebentar dan senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Siapakah dia? Itukah..

“Ana..pandang siapa tu..Itulah tunang ana,Azmi..” kata kak Ngah sambil tersenyum.
Aku membalas senyuman kakNgah dengan cubitan ke lengannya. Shikin dan Nina tertawa melihatku.

“Mak dan abah mana kakNgah?” soalku. Tak sabar rasanya hendak menatap wajah mereka.

Ada di rumah..Jom lah kita balik..” Kak Ngah terus saja memanggil Abang Ngah dan Azmi.

“Dr Hana!! Apa macam? Sehat?” tegur Abang Ngah dengan penuh keceriaan. Abang Ngah memang periang orangnya.

“Sehattt..alhamdulillah…” jawabku sambil tersengih. Azmi kulihat diam saja di tepi Abang Ngah. Aku sendiri tidak berani melihat wajahnya. Malu. Segan. Entah apa lagi perasaan yang bersarang. 



“Ini pulak..Dr. Azmi.. Ala Mi..Mai lah sini..Malu-malu pulak dia..” sambung Abang Ngah. Aku menunduk malu dan memandang kak Ngah yang tersengih melihat Azmi. Dia nampak serba-salah untuk berhadapan denganku.

Aku memberanikan diri menoleh memandangnya. Tepat pula ke wajahnya. Wajah itu nampak resah diperlakukan begitu. Orangnya hitam manis, berkulit sawo matang. Wajahnya nampak matang dan dapat aku rasakan dirinya seorang yang sangat pemalu. Kalau hendak dibandingkan dengan Hisham..Hisham jauh lebih kacak dan menarik pada pandanganku.

“Emm..ana apa khabar” soalnya perlahan.

“Alhamdulillah..” ringkas sahaja jawapanku.

Sampai di situ sahaja jawapan sepatah aku. Aku terus pura-pura sibuk mengangkat beg kecil ku.

“Mi ikut ke rumah sama?” Tanya Abang Ngah pada Azmi.

“Emm..tak apa lah Angah..Urusan keluarga angah ni..tak eloklah Mi ada pula..” ujar Azmi. Urusan keluarga apa pula?? Aku tertanya-tanya di dalam hati.

Monday, December 6, 2010

~ hari ini

Assalamualaikum wbt.


Salam Maal Hijrah buat muslimin dan muslimat dan semoga tahun yang baru ini memberi seinfiniti barakah buat kita semua...insyAllah.


pada saat dan ketika ini,walaupun sudah lewat malam tp tangan ni mcm rajin je nk update blog (^_^).
dari pukul 8 pg td keluar rumah dan baru saje lebih kurang jam 12 mlm td sampai rumah...hari ni mmg sgt mencabar lah..siang pergi kuliyyah,then malam pergi tuisyen...hoho~ esk sume org cuti tp kita dah berderet dah jadual nk kena buat apa...tp Alhamdulillah,masih ada sedikit ruang bagiku untuk muhasabah diri sendiri.


hari ni bnyk sgt2 benda yang belaja berkait rapat dgn diri yg hina ini dan tiada kata yang mampi terucap melainkan hanya memuji kebesaran Allah swt. rasa betapa dekatnya dengan Sang Pencipta bila kita mempelajari dan mengkaji tentang ciptaanNya..Subhanallah!


badan kita ni adalah satu amanah drpd Allah untuk kita semua dan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita pasti akan ditanya kelak. Jangan bimbang,setiap orang pasti akan ditanya tanpa perlu berebut-rebut untuk tunggu turn. renung-renungkan lah...badan ni Dia bg pinjam satu ni je..xde spare part,yg ada spare part tu lemak je..huhu~ dan yang satu ni lah kite nak gune sampai mati...so,masing-masing jagalah badan n kesihatan masing2 elok2...


pada sesiapa yang suka makan makanan yg x berapa nak sihat tu,kurang-kurangkan lah...
sesiapa yang suka makan benda manis2 sgt tu pun kurang-kurangkan lah...
sesiapa yang suka smoking tu,sila lah berhenti...
masing2 nak hidup lama lagi..insyAllah dengan izinNya..


tetiba teringat satu scene yang pernah berlaku di rumah:


along : awak tahu dok nama khairul tu nama orang laki?
izzah  : dok eh.nama khairul tu nama perempuan lah...
along : dok la,,nama khairul tu nama orang laki lah..kalau awak dok caye,g tanya ummi
( dan izzah pun menonong lah pergi cari ummi)
izzah : ummi,betul ke nama khairul tu nama orang laki?
ummi : a'ah..nama orang laki
izzah : doh bakpe nama saya khairul izzah?
ummi : ???? ( x terkata )


* soalan ini terkeluar kerana usikan kakaknya =) huhu~


tetiba je teringat dekat adik-adik...kehadiran adik-adik yang masih agak kanak-kanak ni menceriakan family..sebab yang tu lah kita boleh usik,yang lain x boleh,nanti kena marah..hehe..izzah oooo izzah...


 Ya Allah,tetapkanlah hati kami pada agamaMu

~ calon pilihan abah (part 8)

Masa berlalu pantas…

Petang esok aku akan pulang ke Malaysia. Malam selasa yang lepas, aku telah menelefon emak memberitahu berita gembira tentang peperiksaanku. Abah seperti biasa masih di masjid ketika itu. Memang aku sentiasa terselamat daripada menghadapi abah. Emak menangis kerana terlalu gembira. Suaranya seperti sudah tidak sabar-sabar lagi hendak berjumpa denganku. Aku akan turun di Alor Setar. Mungkin emak dan abah lah yang menjemput. Kak Ngah tinggal di Alor Setar. Tetapi dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Kak Ngah seorang peguam yang bergiat cergas dalam politik. Apa perjuangannya, aku sendiri tidak begitu mengambil tahu.

Aku memandang bilik itu. Dindingnya berwarna kuning, menceriakan bilikku. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku akan tinggal di situ lagi atau tidak setelah pulang ke sini nanti. Semuanya bergantung kepada di mana aku ditempatkan untuk housemanship ku nanti. Sekiranya permohonanku untuk membuat houseman di bandar Cork itu diluluskan, bilik itu akan tetap menjadi bilikku lagi. Aku bergaduh agak hebat dengan abah sebelum pulang ke sini musim panas lalu. Abah mahu aku terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajianku. Pada mulanya, memang aku telah bersetuju begitu. Tapi setelah dipaksa oleh abah untuk menerima calon pilihannya, aku menjadi keras kepala. Aku mengambil keputusan untuk menyambung terus di sini. Aku sendiri tidak tahu masa depanku. Entah-entah aku akan tinggal di sini sampai sepuluh tahun. Agaknya sampai rambut aku ini sudah naik uban, baru aku hendak pulang. Entah lah..Terfikir pula aku tentang emak. Kasihan emak. Dia mangsa pertelingkahan aku dengan abah.

Aku mengemaskan baju-baju untuk dibawa pulang. Aku mengambil seplastik besar cerderahati yang telah aku beli di bandar tempoh hari untuk aku hadiahkan kepada keluarga dan saudara-mara. Abah? Untuk abah? Aku menghadapi masalah besar mencari hadiah untuk abah. Perlukah aku membeli hadiah istimewa untuknya sepertimana yang aku selalu lakukan selama empat tahun berturut-turut. Akhirnya, aku teringatkan jam abah yang terjatuh di dalam sungai ketika dia di kebun, seminggu sebelum berita pertunanganku dikhabarkan. Aku telah berjanji akan membelikan jam baru untuk abah. Jam yang aku beli tempoh hari memang mahal. Meskipun hati aku bengkak dengan tindakannya, tetapi dia tetap insan yang istimewa. Dia abahku. Mungkin hadiah ini dapat menyambung kembali kasih sayang abah padaku. Aku susun semua baju-bajuku dengan kemas di atas katil. Pening pula rasanya melihat baju-baju ini.

Aku keluar sebentar menuju ke Tasik Lough petang itu. Aku perhatikan tasik yang tenang itu dengan burung-burung nya.

..Mengelamun jauh nampak…Boleh aku duduk sama?” Tenunganku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Hisham!

“Waalaikumussalam…oh..Hisham..emm..duduk lah..Kau pun ada kat sini ye?”

“Aku datang cari kau..” Hisham berhenti dan merenungku dari sisi. “Izzah kata kau ada kat sini”sambung Hisham. Aku berasa tidak senang dilihat begitu. Aku menginjak dudukku ke tepi supaya lebih jauh dengan Hisham. Malu aku rasanya duduk berdua di situ.

“Kau merenung ingatkan sapa ni Ana…Rindukan aku ye..”kata Hisham berseloroh. Senyumannya melebar. Aku tergelak mendengarnya.

“Ana..Boleh aku cakap sesuatu tak…”Tanya Hisham perlahan dengan nada agak serius. Terhenti ketawaku di situ. Aku seakan boleh mengagak apa yang bakal diperkatakannya. Tidak pernah aku mendengar suaranya se serius itu. Mataku masih memandang tasik.

“Cakaplah..”

“Ana, pandanglah aku. Kenapa kau macam tak suka aku kat sini?”

“Tak adalah…Kenapa, cakap lah…” Kataku sambil memusingkan badanku ke arahnya sambil tersenyum nipis.

“Ana…”Hisham terhenti di situ. Dia menundukkan kepalanya seolah-olah mencari perkataan untuk diperkatakannya. Perlahan-lahan kepalanya diangkat dan memandangku.

“Ana…Aku sayangkan kau..Aku nak ambil kau jadi teman hidup aku..Sudi tak kau…” Mata Hisham seolah-olah berkaca sedikit. Aku merenung Hisham dalam-dalam.. Hisham, Aku juga menyayangimu! Hisham, betapa aku gembira kalau kau ungkapkan ini dari dahulu lagi…Hisham…Aku tak mampu menyusun kata untuk ku jawab pada kau. Hisham merenung mataku seolah-olah mencari-cari sinar harapan.

Air mata aku mengalir perlahan-lahan dan jatuh dengan laju apabila aku menutup mataku. Seksa rasanya untuk aku ucapkan walau satu perkataan pun.

“Ana..kenapa menangis ana…Cakaplah something Ana.. Aku ada menyinggung perasaan kau ke…”Tanya Hisham lembut. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Aku tak mampu lagi duduk di situ. Aku tak mampu lagi melihat wajah Hisham. Aku bingkas bangun dan berjalan laju meninggalkan Hisham tanpa menoleh ke arahnya.

“Ana..!!” Jerit Hisham dari jauh. Beberapa orang Irish memerhatikan aku yang sedang tersedu menahan tangis.


Saturday, December 4, 2010

~ calon pilihan abah (part 7)

24 Mei 2004! Keputusan peperiksaan ku telah keluar. Belum sempat aku pergi ke hospital untuk melihat keputusanku, Hisham sudah menelefonku dengan suara yang tersangat ceria.

“Ana!!! Tahniah!!! Kau dah lulus!!! Dr Nurul Hanaa Aisyah!!!” jerit Hisham di gagang telefon. Aku hampir mengalirkan air mata mendengarnya. Terlalu seronok!

“Alhamdulillah!! Encik di sana macam mana? Sudah boleh aku panggil Dr Hisham??”

“Iya, ini Dr Hisham bercakap..Ahahah” Gembira sungguh suara Hisham dengan hilai tawanya itu. Beria-ria dia mahu aku masakkan sesuatu untuknya.

Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur. Akhirnya, aku bergelar doktor…Doktor Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar. ..Anuar…Abah…Abah, Ana dah jadi apa yang abah idam-idamkan selama ini. Semua kehendak abah Ana turuti…Semuanya!! Termasuk masa depan Ana sendiri!
Hari itu aku memasak nasi minyak dengan lauk ayam masak merah yang istimewa untuk Hisham dan orang-orang rumahnya seramai 3 orang itu. Aku buatkan kek pisang dan kek cokelat untuknya. Aku kasihankan Hisham kerana sudah beribu-ribu kali dia menyuarakan keinginannya untuk merasa masakanku. Adakah aku sekadar kasihankan Hisham? Atau aku mahu memancing kasih sayangnya? Aku sendiri tidak pasti. Aku bungkuskan dalam bekas kemas-kemas dan aku hantar ke rumahnya. Hisham separuh menjerit melihat kedatanganku dengan makanan yang menyelerakan itu.

“Ana! Aku sayang kat kau!!! Bestnye! Tak sabar aku nak makan!!”

“Ish kau ni..Tak malu! Aku kesian je kat kau..Sebab tu aku masak”, kataku dan berlalu pergi. Hisham ni buang tabiat agaknya.

Hatiku berdebar-debar mendengar kata-kata Hisham tadi. Aku berjalan pulang dengan senyuman panjang. Hisham..Dia seorang yang baik, peramah, periang, mengambil berat tentang aku…dan menyenangkan hati aku dengan lawak jenakanya itu. Dia anak orang berada, kacukan darah Cina dan Melayu. Ibunya berketurunan Cina yang dipelihara oleh orang Melayu sejak kecil. Kulit Hisham cerah dan wajahnya ada iras-iras ibunya, tetapi matanya tidak sepet. Cermin matanya menyerlahkan kewibawaannya dan menampakkan ketegasannya. Badannya sederhana besar dan tingginya cuma lebih kurang 5 ke 6 sentimeter sahaja lebih daripadaku. Tapi aku sentiasa mengejeknya kurus dan tak bermaya. Kasihan dia..Aku tersenyum sendiri.

Setibanya di rumah, Izzah, Zizi, Intan dan Semah sedang rancak bersembang di ruang tamu dengan mulut masing-masing penuh dengan nasi minyak yang aku masak tadi.

“Kak!! Sedapnya kak!! Dah lama tak makan best best macam ni” kata Zizi. Yang lain-lain menyambung panjang lebar tentang nasi minyak dan kek itu.

“Ai kak…akak ke mana tadi…Semah nampak akak macam on the way pegi rumah Hisham tadi…Ha…ada apa-apa ke kak..” Semah bertanya dengan nada penuh makna. Aku sekadar tersenyum.

“Ntah-ntah, summer ni kita kena pegi Kedah makan nasik minyak sekali lagi…”, Sambung Intan sambil tertawa. Aku turut sama ketawa dan mula mencedok nasi untuk makan bersama mereka. Semuanya sudah tamat menghadapi peperiksaan. Riuh-rendah rumah kami malam itu dengan gelak ketawa kami menonton VCD Senario The Movie yang dipinjam Izzah dari Hanif petang tadi.



Friday, December 3, 2010

~ calon pilihan abah (part 6)

Malam tadi aku menghabiskan masa bersembang-sembang dengan Izzah, Zizi, Intan dan Semah sehingga lebih kurang jam 12 malam. Kemudian segera aku kembali ke bilikku, bersolat dan turun ke bawah menonton segala CD dan DVD yang ada. Aku melepaskan geram setelah lama berkurung di bilik. Pukul 4 pagi aku menunaikan solat subuh. Waktu musim-musim panas begini, waktu subuh masuk awal. Setelah itu, aku terus merebahkan diri di atas katil dan tidur dengan penuh lena.

‘Tiiiit’ bunyi mesej di telefonku mengejutkan aku dari tidur. Dengan mata yang masih rapat terpejam, aku meraba-raba mencapai telefonku sambil menggosok-gosok mata. Sudah pukul 1 tengah hari! Terkejut sungguh aku! Aku telah tertidur selama hampir 8 jam! Aku bingkas bangun. Tetapi duduk semula dan kemudian baring. Aku tersenyum sendiri. Bukankah peperiksaan sudah tamat? Aku terlupa.. Bolehlah aku bermalas-malasan hari ini. Segera aku membuka mesej yang baru aku terima tadi.

‘Tahniah cik Nurul Hanaa Aisyah! Anda telah pun tamat menduduki peperiksaan anda! Bilalah agaknya saya boleh merasa masakan anda? Inilah masanya untuk anda masakkan untuk saya!’ –Hisham.

Aku tersenyum lagi membaca mesej lucu Hisham itu. Malas aku hendak membalasnya. Peperiksaan sudah tamat. Mati kutu aku dibuatnya. Baru semalam ia berakhir, aku sudah tak keruan pagi ini memikirkan masa kosong yang begitu banyak. Tiba-tiba teringat pula pada emak dan abah di rumah. Ingin sahaja aku mencapai telefon dan menelefon emak. Tapi ketika ini pukul 9 malam di Malaysia. Pasti abah ada di rumah. Terpaksa lah aku tangguhkan dahulu. Aku mencapai tiket kapal terbangku di dalam laci yang aku beli 2 bulan lepas. Aku membelek-beleknya dengan teliti. Tarikh berangkat ialah 29 Mei 2004 dan tiba pada 30 Mei, hari Ahad. Pulang semula ke sini pada 1 Julai 2004. Sekejap sahaja cutiku kali ini. Memang aku tidak berniat untuk lama di Malaysia. Tarikh graduasiku dijangkakan pada 8 Julai 2004. Emak dan abah memang sudah bercadang untuk ikut bersama ke Ireland pada 8 Julai itu untuk menyaksikan anak bongsu mereka ini menerima ijazah dan sekaligus bergelar doktor. Insya-Allah…

Aku terasa seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiranku yang telah lama aku tinggalkan tanpa penyelesaian. Baru aku teringatkan tentang abah dan calon pilihannya itu. Hati masih sakit, tetapi rinduku masih tebal pada abah. Aku bangun mencapai kotak suratku di tepi meja tulisku. Namanya sahaja kotak surat. Ia Cuma kotak kasut yang aku balut dengan pembalut berbunga-bunga warna merah hati. Aku letakkan poskad-poskad kiriman kawan-kawan lamaku yang sama-sama belajar di perantauan, surat dan kad-kad raya yang boleh dihitung dengan tangan sahaja jumlah nya serta gambar-gambar abah. Selama ini gambar-gambar itu aku letakkan dalam bingkai-bingkai yang cantik sebagai sumber inspirasiku untuk belajar. Tapi sejak tahun lepas, gambar-gambar itu telah aku keluarkan dan menyorokkannya di dalam kotak itu. Samalah seperti aku mengeluarkan abah dari hatiku dan menyorokkannya entah di mana di ruang fikiranku. Tapi hari ini, terasa rindu pula hendak melihat gambar abah. Aku menarik nafas panjang dan membuka kotak itu.

Lain yang aku cari, lain pula yang aku terjumpa. Kad kiriman Azmi, tunangku itu, aku baca sekali lagi…dan berulang-ulang kali lagi.. Azmi..Entah bagaimana lah dia. Entah bagaimana aku hendak menghadapi dirinya. Aku melempar kad itu ke tepi pintu bilikku. Tiba-tiba saja kemarahanku memuncak. Semua ini salah abah! Aku duduk di lantai menyandarkan badanku di katil sambil memeluk lututku. Azmi? Marahkah aku pada dia? Aku terasa seperti hendak mengoyak sahaja sampul kuning kad kiriman Azmi itu. Aku menekup wajahku sambil menangis.

Ah! Tak guna aku fikirkan semua ini lagi. Aku tidak sabar menunggu 29 Mei, 2 minggu dari sekarang. Aku akan pulang ke Malaysia. Akan aku selesaikan masalah ini segera. Tak mampu rasanya hatiku menahan derita begini. Mampukah aku menyerahkan diri ini kepada orang yang tidak aku kenali? Dengan cara dipaksa oleh abah pula? Adil kah itu namanya? Aku bingkas bangun, mandi, bersolat, bersarapan dan keluar dari rumah. Aku berjalan-jalan mengambil angin di luar. Entah ke mana hala tuju aku entah lah. Yang penting, hati yang gundah ini perlu aku hiburkan. Tanpa disedari, kakiku melangkah ke Tasik Lough. Aku memerhatikan pohon-pohon yang kelihatan agak rendang di tepi-tepi jalan. Anak-anak Irish berjalan dengan riang beriringan tangan dengan ibu atau bapa mereka. Baru pulang dari sekolah agaknya. Comel sungguh! Aku tersenyum sendiri. Aku duduk di bangku di tepi tasik itu memerhatikan air tasik yang tenang mengalir. Matahari tidak begitu terik. Namanya sahaja musim panas, tapi anginnya masih sejuk. Mujur aku ada membawa baju sejukku.

Begitulah hari-hari ku berlalu selepas habis peperiksaan. Setiap hari, aku bangun dan terus keluar menuju ke tasik itu. Kadang-kadang aku bawa roti untuk aku taburkan kepada burung-burung swan yang ada di situ. Beberapa orang Pakcik dan makcik Irish yang selalu berjalan setiap petang di situ pun sudah mula mengenaliku dan mula bersembang denganku. Aku gembira dengan kehadiran mereka bercakap-cakap dengan ku. Cuma yang menakutkan aku ialah anjing-anjing mereka yang comel itu, hendak bermanja pula dengan aku!




Thursday, December 2, 2010

~ ceritaku

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah,segala puji bagi ALlah Tuhan sekalian alam.


moood yang happy dan bahagia sekali..td baru je lepas telefon ummi. Memang boleh dikatakan setiap kali lepas telefon ummi abah atau pun mesej ummi abah..membuatkan diriku gembira sekali..adakalanya sampai terguling-guling atas katil sbb happy sgt...huhu~ bersyukurnya sbb x semua org dapat rasa mcm apa yg kite tgh rasa..terima kasih Ya Allah.


rasanya,minggu-minggu yg menyesakkan dada dan fikiran sudah pun berlalu dan stop seketika..exam sume da abes,oh,lega....tp tunggulah sebulan lg,get ready je lah..camnilah idup seorang student. malam ni ada tuisyen,abes pukul brp..wallahua'lam. esok pun ad tuisyen lg,so minggu ni 7 hari seminngu ad klas...td dayah bru je ckp..


dayah : ummu,mlm ni kte wat sc (smart cicle a.k.a usrah) lah..lme dah x wat sc
ummu : hah?
dayah : wat sc lah....
ummu : tp bukan ke mlm ni ad tuisyen?
dayah : ..................


so,ble nk wat sc ek??


hahaha...MASA..mmg sgt jelous dgn orang2 mcm KAMI. sc pun da bnyak kali tertangguh. bnyk sgt2 aktiviti yg dirancangkan x ley nak buat. kelas tasmi' pun da xtau nk ltk ceruk mana...td,mse telefon ummi,mntak ummi doakan biar jd pandai sikit nak urus masa..sayang ummi..(tetiba)


" Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran " 
(Surah Al-'Asr)

td,tetiba terdapat gambar dalam laptop.....









rindunye mereka!! sayang ummi abah...




lihat pada apa yang kita ada,
barulah kita bersyukur..
jangan dikenang pada yang tiada,
nanti kita kufur..