Followers

Saturday, December 11, 2010

~ calon pilihan abah (part 11)

Malam itu Paksu dan Maksu datang dari Kulim menjengokku. Aku tidak banyak bercakap. Mereka bersembang agak panjang malam itu. Mungkin mereka sudah boleh melepaskan perasaan sedih mereka. Sudah tiga bulan.. Aku? Aku baru sahaja menerimanya..menerima dengan hati yang terlalu sedih..Dengan hati yang terlalu berat.. Ya Allah..Tolonglah hambaMu ini..

Seminggu lamanya aku terperap di bilik. Tak mampu rasanya aku keluar melihat rumah itu yang terlalu banyak menyimpan kenangan. Hendak ke kubur abah pun aku tak mampu. Tak mampu melihat nisannya. Makan minumku sendiri aku abaikan. Mujur emak memaksa aku makan. Aku terlalu rindukan abah. Aku terlalu rindu. Segala kenangan ku bersama abah sejak kecil hingga besar bermain-main di mataku. Setiap kali aku terpandang barang-barang pemberian abah, aku menangis. Aku hiba. Aku ini anak kesayangan abah. Aku tahu sangat hakikat itu. Aku tak mampu membayangkan wajah tenang abah itu aku hamburkan kegeramanku dengan calon pilihannya.

Petang Ahad itu, emak memujukku menziarahi kubur abah. Aku menggeleng-geleng.

“Ana belum sedia..” kataku lemah.

“Ana, marilah kita pergi kubur abah..Abah rindu nak tengok Ana kan..” Kata-kata emak yang terakhir itu menusuk hatiku.

“Nak pegi macam mana mak..Nak naik apa..Kak Ngah sibuk kan..Lesen kereta ana dah mati 2 bulan lepas..” soalku

“Mak dah minta tolong Azmi hantarkan kita” jawab emak. Aku menarik nafas panjang. Azmi. Kini, Azmi sudah menjadi wasiat buatku. Mahu atau tidak, Azmi itulah yang bakal aku serahkan hidupku. Tapi kenapa abah?? Kenapa abah buat semua ini? Ana terseksa abah..Abah..abah balik lah..Ana nak Tanya macam-macam pada abah…

Kereta proton perdana Azmi berwarna kelabu metalik itu sudah berada di depan rumahku. Aku duduk di belakang. Wajah Azmi tidak sedikit pun aku pandang. Aku sekadar tunduk ketika dia di rumah tadi. Emak duduk di depan, sebelah Azmi. Entah apa yang mereka bualkan sepanjang 10 minit perjalanan itu aku sendiri tidak mengendahkan. Ada juga dua tiga kali namaku disebut. Setibanya sahaja, Azmi berjalan mendahului kami. Dari belakang kulihat, ternyata Azmi ini agak berisi orangnya. Emak memimpinku berjalan perlahan-lahan. Aku lihat kubur abah di bawah rendangan pokok. Kelihatan damai sekali. Batu sungai dipacak di kedua-dua hujung. Azmi menghulurkan surat khabar untuk aku duduk.

“Abah..Ana datang ni..Abah…Maafkan ana abah..Ana sayangkan Abah…” bisikku perlahan. Tak baik aku menangis di sini. Aku sekadar menahan perasaanku. Selesai membaca yasin, Azmi membaca doa. Lancar dan sedap suaranya kudengar, persis suara imam Said Al-Ghamidi..

Setibanya di rumah, emak meminta Azmi makan tengah hari bersama. Puas ditolaknya, tapi desakan emak memaksanya untuk singgah sebentar.

“Ana, marilah makan sama sini” panggil emak. Aku di dapur mengemas-ngemaskan apa-apa yang perlu. Arahan emak aku turuti sahaja. Tak ingin lagi aku melawan kata-kata orang tuaku. Azmi nampak tidak selesa dengan kehadiranku makan bersama. Kasihan dia, desis hatiku.

“Ana, mak nak bancuh air sekejap ye..” kata emak meninggalkan aku dan Azmi yang belum habis menjamu hidangan tengah hari itu. Aku kehilangan kata..

Aku menyuap nasi perlahan-lahan. Perutku terasa seperti sudah kenyang walau hanya beberapa suap sahaja yang aku telan. Aku teringatkan abah. Rindukan dia..Terlalu rindu. Aku teringat tempat duduk Azmi di sisi meja itu, itulah tempat abah selalu makan. Abah suka mengajak aku makan dengannya. Sup daging adalah makanan kegemaran abah, itulah juga makanan kegemaran aku. Teringat aku ketika aku berebut merasa sup dengan abah. Abah pula seronok melihat aku merajuk kerana dia sudah merasanya dulu.

“Ana..” panggilan Azmi mengejutkan aku dari lamunanku. Berdebar jantungku mendengar panggilan Azmi.

“Boleh tolong hulurkan air basuh tangan tu pada Mi?”

“Emm…” balasku sambil menghulurkan air basuh tangan tanpa memandang wajahnya. Aku sendiri tak pasti rupa wajah Azmi ini bagaimana. Entah lah kenapa, aku tidak rasa ingin hendak melihat wajah Azmi itu. Cukup sekadar melihat dari jauh dan mendengar suaranya sahaja. Aku sendiri tak tahu kenapa aku begini. Bencikah aku pada dia? Malu kah aku untuk memandang wajahnya? Adakah aku teringatkan abah ketika aku memandangnya? Entah lah..Perasaanku ini masih kabur..

Dia ligat membasuh tangannya. Kemudian, duduk bersandar menunggu emak. Aku tunduk sahaja sambil menyuap perlahan. Ku rasakan matanya memandangku lama.

“Ana..Mi harap Ana sabar dengan pemergiannya Pakcik Nuar. Allah sayangkan dia.. Mi dapat rasa kesedihan hati Ana…”

Aku sekadar mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa. Aku nampak bayang dia tersenyum nipis memandangku.

“Macam tu lah tunang Mi…”katanya sambil tersenyum lagi.

“Dulu abah Ana selalu cerita pada Mi tentang Ana. Dia kata Ana ni anak dia yang paling manja. Yang paling dia sayang…”

Aku terdiam. Apa lagi yang abah ceritakan pada dia?

“ Pakcik Nuar kata anak dara dia ni penyabar orangnya, bijak, cantik, pandai memasak..Tapi kuat merajuk..”

Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Azmi. Azmi ini nampaknya seperti pemalu. Tapi pandai pula dia berkata-kata di hadapanku. Azmi tersenyum puas melihat senyuman ku tadi.

Kan manis Ana senyum macam tu… Barulah..” belum sempat Azmi menghabiskan katanya, emak sudah tiba dengan air teh susu. Aku diam lagi. Cuma emak dan Azmi sahaja yang bersembang.


Azmi pulang lebih kurang pukul 1.35 petang untuk solat zuhur di masjid. Hari itu, aku terasa lebih bersemangat meneruskan kehidupanku. Entah kenapa. Aku sudah mula ke dapur menolong emak masak. Tidak lagi berkurung menangis di bilik. Aku sudah mula bersembang-sembang dengan emak dan sudah boleh tertawa. Kenangan dengan abah masih bermain di mataku, namun mendengar kata-kata Azmi, aku terasa seolah-olah abah masih ada, masih terlalu menyayangi aku seperti dulu….walau apa yang telah terjadi antara kami..

Beberapa hari selepas itu Azmi menelefon rumah ku, meminta izin emak untuk bercakap denganku. Berdebar rasanya hatiku ini.

“Assalamualaikum Ana..”

“Waalaikumussalam…”

“Ana sihat..?”

“Emm..alhamdulillah..”

“Ana…Mi teringat lah pada tunang Mi..” Tersentak aku mendengar luahan hati Azmi itu. Aku memandang ke kiri kanan, risau kalau-kalau emak mendengarnya.

“Ana..dengar tak Mi cakap..” Aku diam saja.

“Tadi mak kata ana dah ceria semula. Mi teringin nak tengok Ana gembira semula..”

“Emm..” itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Melampau-lampau pula aku rasa Azmi ini berbahasa denganku. Cara pembawaan dirinya menunjukkan dia seorang yang pemalu, tapi lain pula dia berbahasa denganku.

“Ana, mak kata ana nak pergi perbaharu lesen kereta..Nak Mi hantarkan esok? Esok Mi tak buzy..Klinik Mi kawan Mi tolong jagakan..” Ada klinik sendiri rupanya Azmi ini..

“Emm..takpe lah..terima kasih,..Ana pegi naik teksi aje..tak pa..Lagipun, tak eloklah pergi berdua kan..” kataku. Azmi tertawa kecil mendengar kataku.

“Mi tau..Nanti Mi bawak anak saudara Mi yang umur 5 tahun..OK..jumpa esok ye..Pukul 2 Mi datang ambik Ana ye..” Katanya lalu memberi salam dan meletakkan telefon. Aku termenung sendiri. Azmi..Azmi.. Perasaan hati ku ini masih belum ada untuknya. Aku terpaksa menerima tawaran Azmi itu, meskipun hati ini berat untuk terlalu rapat dengannya.



No comments: