Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah wa syukurillah, seinfiniti kesyukuran padaMu Ya Allah atas segala nikmatNya yg tak terkira dikurniakan pada hamba yg hina ini.
Pg tadi,semasa kelas histology,dapat 1 mesej..dr iyah…Alhamdulillah,Nenda dah selamat…Innalillahiwaiinailaihiraaji’un….dari Dia kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.. tiada apa yang terlintas di fikiran,hanya doa yg mampu terucap di bibir…sampai di rumah,terus telefon iyah..niat nak cakap dgn iyah,tp iyah passing fon kat ummi..tenang je ummi ckp…ummi jgnlah sedih ye..semoga rohnya dicucuri rahmat,amiin.
Minggu ni berlalu dgn cepat. Sedar-sedar dah habis dah 1 minggu dan nak habis dah bulan 11 ni. Lg sebulan,mid term exam,and lagi 5 bulan dah nak final..soooo fast..dunia dah nak kiamat kan..
Kadang-kadang duduk termenung muhasabah diri sendiri..sampai bila nak hidup camni? Sampai satu masa,ke tanah juga tempat kita dikembalikan..hidup ni hanya satu proses jual beli dengan Yang Maha Esa,tp jual beli ini menguntungkan kita..Subhanallah! baiknya Allah..kita je yang tak nampak semua ni.
Study + family + persatuan + tanggungjawab..HAMBA..kita hambaNya, so,memang tak boleh nak mengungkit pape lah…PATUH + TAAT = REDHA ALLAH..insyAllah…amiin.
Macam-macam dah jadi sepanjang berada di bumi barakah ni..kadang-kadang sampai sesak nafas nak fiki semua ni..tp semua ni sebenarnya ujian Allah,Allah nak tengok setakat mana keimanan kita kepadaNya,kan?
“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,’kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
( Surah Al-Ankabut,ayat 2-3)
Terima kasih Ya Allah…ujian ini adalah hadiah dariMu..
WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI,TETAPKANLAH HATI KAMI INI PADA AGAMAMU DAN JIHAD KERANAMU YA ALLAH
No comments:
Post a Comment