Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepadaNya kerana masih dihidupka dalam nikmat iman dan islam.terima kasih Ya Allah..
Allahummasolli’alamuhammad
Dari pagi td terniat nak update blog. Teringin utk bercakap psl hati. Sebenarnya siapa sangka di sebalik tudung dan jubah terselit sekeping hati yang sukar utk ditafsirkan. Tak semestinya,dgn perwatakan ‘alim’ mempunyai sekeping hati yang tulus lagi suci dan juga sebaliknya… lagi-lagi dalam lingkungan remaja,hati seringkali di uji..macam-macam la…selalu je terlintas dalam hati…”kalau ikutkan hati,nak je aku bla bla bla…”
Pernah tak terlintas di hati anda;
“apa jenis manusia la dia ni…”
“ingat kau baik sgt???..”
“menyampah aku ngan minah ni..”
“poyo gile mamat ni..”
“ek eleh..kerek punye manusia..”
"hensem la mamat ni.."
Wah2..bnyak betul hati boleh berkata-kata..tp yang terlafaz di mulut??? Ni lah yang kena fikir..kang salah ckp,ada yang terluka..tak pun salah ckp jadi mengumpat,free-free je dpt dosa..ni lah gunanya akal. Di berinya AKAL utk kita berfikir,mana yang baik mana yang buruk..dalam apa-apa keadaan pun menangkanlah AKAL dan kalahkanlah NAFSU….rasa-rasanya apa yang dapat mengawal akal ea??? Emm..fikirlah sendiri=)
Sebenarnya point yang nak ckp,kalau ikutkan hati…macam-macam kita boleh buat. Tp agama kita tak ajar macam tu..kita ada Quran dan Sunnah..dan yang penting kita ada iman..berbanggalah menjadi seorang MUSLIM dan MUKMIN.
Rasanya…
-tak rugi kalau seorang wanita melabuhkan sedikit tudung,pakai baju lengan panjang,pakai kain..tak delah tangan tu jadi hitam…takdelah jadi kes-kes rogol dan sebagainya.
-tak rugi kalau kita sama-sama menundukkan pandangan,jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Sekurang-kurangnya maruah dan harga diri masing-masing terjaga.
-tak rugi rasanya kalau sang lelaki nak main bola pakai seluar yang agak pnjang,nanti kalaulah terjatuh tak delah luka kat kaki tu.
-tak rugi rasanya kalau berhenti merokok..takdelah mati cepat sgt sbb dpt lungs cancer,TB…kalau dah ajl tu nak wat cmne..
-tak rugi rasanya kalau setiap lelaki dan wanita merendahkan sedikit suara ketika bercakap (bukan cakap menggoda)..sekurang-kurangnya boleh kurangkan sikit pencemaran bunyi..
-tak rugi rasanya kalau masing-masing berlumba-lumba membuat kebaikan dan saling tegur menegur sebab semestinya ada balasan di sebalik setiap perbuatan yang kita lakukan..
Lupakah kita bahawa di akhirat kelak,setiap amalan akan dihitung oleh ALLAH SWT..perbuatan baik dan buruk walau sebesar zarah tetap akan dikira. Setiap saat,malaikat kiri kanan mencatat tanpa leka walaupun sekelip mata. Sudah cukup ke amalan utk di bawa bertemu dgnNYA?? Kuat sgt ke kita nak menghadapi balasan api neraka ALLAH sehinggakan snggup berbuat dosa?? Memang kita semua bukan maksum,sentiasa melakukan kesalahan..tetapi bertaubatlah selagi pintu taubat masih di buka dan sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. Jangan lengah-lengahkan taubat anda kerana siapa boleh jamin kita boleh hidup sesaat lagi,aptah lagi sehingga ke hari esok…renung-renungkan lah…jangan sesekali kita bertuhankan HATI.
hidup ni bukan untuk mendapat pujian manusia..tp hanya-hanyalah semata-mata nak dapat redha ALLAH..kata-kata Rabiah Al-Adawiyah.." Ya ALLAH,jika aku hidup kerana mahukan syurgaMU,maka campakkanlah aku ke dalam neraka.Ya ALLAH,jika redhaMU itu berada di dalam neraka,aku sanggup masuk kedalam neraka kerana aku hanya ingin mendapat redhaMU " mahukah kita semua menjadi sepertinya? pilihan di tangan anda=)
________________________________________________
Exam ada lagi lebih kurang 2 minggu..tapi…tak taulah kenapa pelik sgt,tak de rasa berdebar langsung. Boleh lagi nak main-main. Kalau ada kat rumah ni,dah lama dah dengar ummi berleter..berbakul-bakul lagi tu=) haih,rindu pulak nk dgr ummi berleter..huhu..marah seorang ibu tanda syg..kan??
Baru je habis study histo..2 3 bab je pun baca,tp sampai terpusing-pusing rasanya kepala ni. Rasanya kalau pusing sikit lagi,tak ley angkat da kepala..hyperbola x?? tulah..study kerana Allah,bukan sebab nak exam,emm,tp kalau study bukan sbb nk exm,kite study ke? Jawab sendiri la….
" iringilah setiap perbuatan anda dengan perasaan MALU "
No comments:
Post a Comment