Followers

Friday, March 9, 2012

~ do we care about SYRIA?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


sedikit perkongsian..




 Sebuah Negara berukuran 185,180 km2 dengan kepadatan penduduk sebanyak 22 juta. Bersempadan pula dengan Turki di bahagian utara, Iraq di timur, Jordan dan Negara haram Israel di selatan. Dahulu pernah dikenali sebagai Levant. Kini, Syria atau Suriah. Selama ini ia satu bumi kecintaan kita,dilimpahi Allah dengan keberkahan dari himpunan ulama’ ;  Syeikh Abdul Fattah Abou Ghuddah, Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti, Syeikh Wahbah Az-Zuhaili, Syeikh Muhammad ‘Ali Al-Sabuni dan ulama’ muda yang terkenal Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya’qubi. Semuanya dikalangan ulama’ kecintaan kita,pewaris baginda Nabi Muhammad SAW. Mungkin hakikat yang jarang diketahui, Syria tidak sunyi dari rampasan kuasa dan perebutan tampuk pemerintah. Sehingga hari ini ia diperintah dengan system Negara berparti tunggal ( single-party state ) seperti Korea Utara oleh parti Baath. Putar kembali masa,goyahnya kerajaan Turki Uthmaniyyah, Syria cuba melepaskan diri dengan mendapatkan mandat dari Perancis. Namun rampasan kuasa terus berlaku hingga yang terakhir rampasan kuasa dalaman parti berlaku oleh Hafez Assad. Pada tahun 1980an, berlaku tragedi di Hama. Apabila Ikhwan Muslimin cuba melakukan rampasan kuasa,kerajaan pimpinan Hafez Assad telah melakukan pengeboman di Hama. Dikatakan 40 000 nyawa telah terkorban angkara kekejaman Hafez. Hari ini, Basyar Assad anak kedua Hafez turut mewarisi kekejaman ayahnya. Sejak 2011,pembunuhan rakyat terus berlaku. Nyawa manusia seakan tiada nilai dan maruah. Pembunuhan tanpa mengira usia dan gender serta tanpa perikemanusiaan. Saat ini juga ,ulama’ dan rakyat bersatu. Sepakat ulama’ di Syria mahupun sekitarnya seperti Mesir dan Arab Saudi bangun menentang kekejaman Basyar. Kenyataan sudah dikeluarkan bagi menyatakan sokongan dan penjelasan untuk ummat. Kini, usaha di tangan kita. Doa dan harapan yang berterusan untuk saudara kita dalam setiap permintaan hati. Sebarkan maklumat dan berikan kefahaman kepada golongan sekitar kita sebagai satu tanda sokongan. Semoga Allah terus bersama kita. ( copied )





Ada sesetangah pihak mengatakan isu Syria hanyalah satu propaganda..ADAKAH SETELAH SEMUA GAMBAR-GAMBAR DAN TRAGEDI YANG DITAYANGKAN DI MEDIA,YOUTUBE,FACEBOOK ITU HANYALAH SEBAGAI SATU PROPAGANDA??

Pernahkah kita mengkaji siapakah sebenarnya Hafez Assad dan seluruh ahli keluarganya?
Mereka adalah dari kalangan  Syiah Nusairi. Antara ciri-ciri dan pegangan mereka ialah;

- taqiyyah ( berpura-pura )
Pernah sutu ketika bilamana terbongkarnya identiti Hafez Assad berpegang dengan fahaman Syiah Nusairi,rakyat Syria bangkit untuk menentang tetapi kerana ingin menjaga kedudukan,pada keesokan harinya dia pergi ke sebuah masjid,naik di atas mimbar dan mengiktirafkan dirinya telah bertukar dari fahaman Syiah Nusairi ke Sunni..tetapi itu hanyalah taqiyyah,lakonan semata-mata.

- Nikah mut’ah
Apakah yang kita tahu dengan perkataan nikah mut’ah? Sebenarnya jika hendak ditafsirkan dengan bahasa yang mudah,nikah mut’ah ini sama seperti zina kerana pernikahan ini tdak perlu mendapatkan persetujuan saksi dan wali.

Menurut kata  Syeikh Wali Hassan; tidak pernah ada satu agama pun di dunia ini yang menghalalkan zina melainkan syiah.

- Mereka menyelewengkan Al-Quran
Menurut fahaman mereka,Al-Quran yang diguna pakai sekarang iaitu Mushaf Uthmani tidak sah (invalid ) kerana disembunyikan beberapa surah antaranya; Surah Wasoya ( surah ini menceritakan wasiat Nabi untuk melantik Saidina ‘Ali menjadi khalifah selepas kewafatan baginda SAW ), Surah Nurain (di dalam surah ini,Allah memuji Saidina ‘Ali dan Saidatina Fatimah ) dan Surah Wilayah. Tetapi semua surah ini hanyalah rekaan mereka semata-mata.

- Mereka mengutuk dan menghina para Sahabat dan Ummul Mukminin
Terdapat satu perayaan dalam fahaman mereka iaitu meraikan hari Saidatina ‘Aisyah Ummul Mukminin masuk ke dalam neraka.

Semua yang tertulis adalah serba sedikit maklumat yang saya ingin kongsikan dengan para sahabat. Marilah kita sama-sama tunjukkan keprihatinan kita kepada saudara seIslam kita yang sedang teraniya. Pernahkah para sahabat terfikir,bilamana di akhirat kelak kita dituduh dan ditanya oleh Allah apkah pertolongan yang kita telah berikan kepada saudara-saudara yang sedang kesusahan? Adakah kita hanya mampu berdiam diri?  



اللهم انا نجعلك في نحور أعدائنا, و نعوذبك من شرورهم, اللهم بدد شملهم, و فرق جمعهم, و شتت كلمتهم, و زلزل أقدامهم, و سلط عليهم كلبا من كلابك, يا قهار, يا جبار, يا منتقيم, يا ألله, يا ألله, يا ألله, أللهم يا منزل الكتاب, و يا مجري السحاب, و يا هازم الأحزاب, أهزمهم وانصرنا عليهم.

Ya Allah, 
Sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh-musuh kami, 
dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka. 
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, goncangkanlah pendirian mereka,
 dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,
Ya Allah.
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan tentera-tentera  al-ahzab,
Kalahkanlah mereka,

Dan menangkanlah kami ke atas mereka.







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

3 comments:

Anonymous said...

ziarah..

Afiqah said...

thanks for the sharing ummu :)

noraini mardhiyah said...

tq ummu..baru tahu..