Followers

Tuesday, January 19, 2010

wanita #

Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.

Wednesday, January 13, 2010

^rencah dunia^





 
tuhan menjadikan pendaratan yang selamat,
tetapi tidak laluan yang tenang...
oleh itu,maka(tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan...
(sekali lagi ditegaskan ) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan...

ash sharh 94:5-6

Monday, January 11, 2010

Alhamdulillah..

Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya Dia berkata : Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara Sehingga aku sibuk mencari jawabannya Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula, Pertama, aku mencari berkah dalam mengejar keperluan hidup Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Dhuha Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur Aku menemukannya saat aku melakukan Shalat Malam Ketiga, aku mencari jawaban untuk pertanyaan Munkar dan Nakir Aku menemukannya saat aku membaca Al Qur’an Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratal Mustaqim Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah Dan kelima, aku mencari naungan Arasy Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah Sekarang hatiku beristirahat dengan tenang,,, 







Sunday, January 10, 2010

.: pilihanku :.

assalamualaikum..

begitu bnyk cerita,ada suka ada duka..tp sume yg telah t'jadi adalah yg tlh t'maktub utk kita..kitajuz ley b'sabar n menerima dgn hati yg redha..(^_^)

semalam,senior 2nd year dtg klas mtk snarai nme spe2 yg nk blik Malaysia thn ni..stlh b'pk dgn agk pnjg..barulah ku tulis nme ku pd krtas yg di eadrkn..bnyk bnda nk kne pk,huh..skit kpale otak lak asenye. Skrg ni pn every week ad exm,tp nsib baik lh berkat doa umi,abh,doktorah sume,family n kwn2..ku n ahli bait sume ley lwn nafsu n jwb gak soklan2 dngn tng..ku ingt pesanan umi..pape pn yg kte jwb kt ats krtas exm,twkl je lh..n blik umah jgn lupe wt sujud syukur...syukran umi abh..rndu umi abh..

ku bru cncel dr pg jaulah ke Sinai. ku gtau kt abh drpd g Sinai,better g kt Hussein..ley bli 10 helai jubah yg hrga 35 genih..(sje nk sdp ati..hehehehe..)

sejak akhir2 ni..bnyk sgt2 bnda yg t'jd yg m'buatkan ku b'hdpn ngn seribu 1 plihan..kdg2 ku t'duduk memikirkan ttg plihan2 yg msti di buat,mayb sesetgh org akn memandang remeh ttg perkara sebegini ttp hakikatnya plihan yg di buat inilah yg menentukan arh tuju hidup kita..ku pnh bncan prkara ni ngn widat (ahli baitku),ku tkut utk buat pilihan krn hakikatnya kita sememangnya xtau ap yg akn berlaku di masa hdpn..ku bnr2 tkut klu t'slh m'buat pilihan n keputusan sbb ku mmg xtau ap yg akn jd..

~ sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah kerana-Mu Ya Allah ~

Ujian ini dtg drpd Allah,mintalah drpdnya untk dselesaikan..Sesiapa y m'bri ujian,pasti akn tahu jaln penyelesaian dn jawapnnya..
Frman Allah,Dan sesungguhnya Kami benar2 akn menguji org2 y b'jihad dn b'sabar diantra kamu,dn agar Kami mengatakn (baik brknya) hal ehwalmu..




dimana hatiku??


 

Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

Monday, January 4, 2010

renungan bersama~

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM-