Followers

Wednesday, July 28, 2010

" akak bertunang dgn siapa? "

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


p/s: kadang-kadang,cincin bisa jadi penyelamat..penyelamat hati (^_^)

Sunday, July 25, 2010

macam biasalah^^^

Bismillahirrahmanirrahim..


Sejak akhir2 ni rase mcm busy sket..bgus gak kn? at least x de lah rase mcm nk  bosan sgt.Sebenarnye dh lme teringin nk update,tp ssh btollah nk cari mase yg ssuai. Setiap kali blik umah,satu kata-kata yg paling ana suka dengar dr mulut ummi abah..."along jd anak yg solehah ek..." nk termengalir rase air mata setiap kali ummi abah ckp camtu. terima kasih kerana mendoakan along=)


waktu2 mcm ni,mcm biasalah..sume org pg sekolah dn tinggallah diriku.................hehe...
tinggal di rumah membutkan diriku rasa cukup selamat sekali tetapi bila memikirkan ap yg berlaku di luar sana...xtaulah...baru2 ni dlm berita ckp psl mat2 motor yg kena tangkap polis sbb bwk motor laju n bwk dadah sekali. Dan yg menyedihkan sume bdk2 tu beragama islam dan kejadian tu berlaku di Kuala Terengganu..dekat je ngn umah ni..xtau lah nk ckp cmne,hanya boleh berdoa semoga mereka semua diberikan hidayah dr Allah swt. 

  ‎'ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah.Terserahlah kepada kamu samada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya
 [hadis sahih riwayat Ahmad at-tarmizi & ibnu majah]


Buat peringatan kp kita semua,setiap kali ingin melakukan sesuatu..fikir dulu baik buruknya..kalau pun tak boleh nk memikirkan pasal larangan atau pun perintah Allah,cukuplah sekadar memikirkan hati kedua orang tua kita.Adakah perbuatan kita itu mendatangkan kegembiraan kpd mereka...Kita ada ramai kawan tapi kita hanya ada seorang ibu dan ayah.Dahulukan lah mereka dlm apa jua perkara pun agar keberkatan dan keredhaan mengiringi setiap langkah kehidupan kita..Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa=)


Emm,kalau x silap hujung minggu ni ad konvo DQ.huhuhu~ ad org ajk pergi,tp xtau lah..mcm x pg je, teringin gak nk g jumpe adk2 n adk beradaik yg tersayang tp keadaan mcm x brp nk mengizinkan..kesian lak rasenye kt ummi abah nnt xde sape nk tolong mereka..mmg bnyk je alasan kan?? hahaha...




Tetibe lak ltk gmbr kek ni? ingt lg x kek ni,hajar,husnaa,widat? huhu~ baru nk ltk ek...


Saban hari diri ini selalu menunggu kepulangan mereka,at least ad teman utk bersembang dan meluahkan isi hati..huhu..x delah asyik ngn bdk2 kecik 3 org ni je..alik2 nnt kte gak ley jd mcm bdk kecik..ptg nnt ble dh blik sume,mcm biasa lah, izzah akn ckp..."along..nk susu.."
dh besar pn nk hisap susu lg?? ayt tulah yg selalu akn dibalas blik..klu kite x buat,merajuk pulak..bdk kecik ni...
skg ni pulak,dk masuk musim buah-buahan.Mcm2 buah ad kn? favourite ku buah durian n manggis(nk ckp jgk..) haha...tp kne mkn berpada-pada gak,nnt demam ssh lak..tp klu bdk2 kecik ni,mkn x kira masa,klu nk tu,nk jgk..lg2 abgtam..bdn dh mcm belon dah. Tp suka tgk dy mkn,bersemangat! 






Td ad tengok MHI. Satu topik yg menarik perhatian ana.Tentang penyakit diabetis di kalangan kanak2 dan remaja.Terus teringat kt abgtam...Walaupun bukan berketurunan penyakit tu tp mkn mmg kena jaga..xnk hurai panjang,klu nk dpt info lbey boleh search dlm tenet,juz nk ingtkan...kurangkan manis dlm makanan,tambahkan manis dlm senyuman..


" iringi setiap denyutan nadimu dan setiap langkahan kakimu dengan kalimah ALLAH "

Wednesday, July 14, 2010

~ warna warni kehidupan ~

Assalamualaikum wbt


Segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam di atas segala nikmat yg Kau kurniakan kepada hambaMu yg hina ini.
Seperti biasa di saat2 ini berseorangan di rumah sambil ditemani org2 yg bercakap dlm tv saje..hehe..


Semalam ketika melihat rancangan Buletin Utama, berita tentang seorang wanita dibunuh dan dibakar begitu terkesan dihatiku. Motif pembunuhannya masih tidak diketahui. Reaksiku ketika itu hanya mampu mengucap panjang. Semoga mana2 individu yg melakukan semua ini mendapat hidayah drpd Allah. Hampir setiap hari chik (nenek ana) akn dtg ke rumah ana memandangkan rumah kami hanya bertentangan. Biasanya chik akn hantar makanan. Dalam beberapa hari lepas,Chik ad bgtau kalau bosan duduk kat umah,datanglah umah chik..huhu..Ana ni jenis x berapa nk suka keluar rumah sebab utamanya kerana takut orang jahat..ana lebih rela duduk dlm rumah 24jam drpd keluar pergi mane2..lagipun,bila seorang perempuan melangkah setapak keluar dr rumah,1001 mcm fitnah boleh berlaku keatasnya..emm,xtau lah..bagiku org2 mcm ni lebih bahaya drpd makhluk2 halus yg kite x nmpak. kenapa ek? Sebab makhlik2 yg x nmpak ni,klu kita baca ayt2 Al Quran mereka akn takut dan lari tapi manusia jika hati sudah gelap dan xdapat hidayah drpd Allah,bacalah pape pn xde kesan gak...Semoga kita tergolong drpd org yg sentiasa mendapat hidayah drpdNya..amiin.
emm,mcm mane yek nak tau hati kita masih lagi lembut dan terjaga?? bila kita masih lagi mampu mengalirkan air mata keinsafan,tulah tandanya hati kita masih lagi lembut dan terjaga..So,jgnlah segan silu utk mengalirkan Air matamu krnNya..huhu


Semalam ketika melihat satu rancangan di tv ni, ana tertarik dgn input yg diberikan.
Firman Allah yg bermaksud.."dengan mengingati Allah,hati akn menjadi tenang"
Memang ayt ini sememamngnya familiar sgt kita dengar..tp nk gtau gak...hehe
Apa pentingnya hati yg tenang?? Hati yg tenang tidak akn dpt diganggu gugat oleh mana2 jin dan syaitan. Syaitan x akn dpt menggoda manusia tersebut. Hati yg tenang dpt berfikir dengan waras. Setiap ayat Al Quran dijaga oleh malaikat,jika kita juga mengamalkan ayat Al Quran,InsyAllah kita juga akn sentiasa dalam jagaan malaikat..Bila hati tenang,hidup gembira.Wlaupun ada masalah yg dtg,kita dpt menyelesaikannya dengan tenang berpandukan akl yg waras yg telah dikurniakn oleh Allah..betapa indahnya memiliki hati yg tenang. Senang je kn? Ingatlah Allah selalu...

emm..mnggu lepas abh dh bg keizinan pdku..tp lepas je hari tu,abh dh xd ckp pape dh psl 2...so ana pn wt senyap je lah. Td dayah bru je pas call,ceria je dy ek..dayah plan ngn widat nk g pejabat MARA..dayah ckp kot2lah ad rezeki boleh apply biasiswa..InsyALlah,kita semua kan dpt biasiswa nnt,amiin..

hujung mnggu ni lak,ummi ajk pg sekolah dy. Ummi mtk tolong hiaskan bilik BBM sekolah. Biasalah,bila balik rumah,kena jd cikgu jap. Mula2 isi buku rekod kemajuan student,type nama student...huhu..mcm nilah,dah nama anak cg kn? Abah pulak mtk tolong buat slide utk presentation nk mengajar kt surau..pasni boleh jd pendakwah lak yek..haha...best duk kt umah ni kan..bnyk benda boleh buat..klu adk2 blik,boleh main ngn adk2 lak..=) acik pn ad call semalam mntk g jenguk dy,yg ni x sure lah..klu lah ummi abah free,bley lah kn..mcm2 acik criter semlm,smpaikan terputus call 3x..tp sanggup gak call blik nk abeskan criter dy..mcm2 karenah lah adk2 ni,name pun ad adk rmai..

Pg td,abah kejut izzah bgn nk g sekolah..lmbt2 je dy bgn. Mcm 2 lah tiap2 hari. Tp pg ni lain skit,abah umpan dy..hehe..abh ckp klu bgn awl nnt along goreng nugget..terus dy bangun n ckp dy nk bwk bekal nugget bnyk2 kt sekolah hari ni..haha..bdk kecik ni mmg lah..













emm...ni je serba sedikit nk share...warna warni kehidupan =)


SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUP DAN MATIKU HANYALAH KERANAMU YA ALLAH

Saturday, July 3, 2010

~ Allah Maha Adil ~

Assalamualaikum wbt.


baru beberapa hari duk kt umah ni dah mcm2 yg berlaku..dan semua yg berlaku btol2 mencabar diriku sebagai seorg kakak dan ank..emm,2 hari lepas ummi sakit teruk. Tak tau nk ckp cmne,tyme 2 fikiran dh pk bkn2 dah. Pukul 2 pg,ana,iyah,izzah dan abah still berjaga utk jga ummi. Ummi xley tdo dan mcm2 wasiat dah ummi bg..huhu..izzah,iyah dan semestinya diri ini dah menangis t'esak2..tp Alhamdulillah, ummi dh ok skrg..em,ni lah putaran hidup kn? kita x semestinye sihat sokmo..kdg2 sakit, n sakit ni sbnrnye tnda Allah syg kita dan juga sebagai penghapus dosa kita. Ana pn disaat ini dh masuk 2 hari dah demam + batuk + selsema..em,pape pn,terima kasih Ya Allah kerana Kau menguji ak supaya ak lebih dekat kepadaMu.


pagi semalam,selepas kami b'sama menunaikan soalt subuh berjemaah..abah beri sedikit tazkirah kepada ana n adik beradik.. Sebenarnye nk kongsi input yg abah bg..huhu


Setiap detik dlm hidup kita mestilah kita rncg dgn sebaik-baiknya. Apa yg dh berlaku semestinya tak boleh di ulang kembali. Khas buat yg masih menuntut ilmu, tuntutlah ilmu dgn bersungguh- sungguh kerana peluang hanya dtg sekali seumur hidup. Dalam era yg serba mencabar skrg ini di tambah pula dengan kos hidup yg makin tinggi, hanya dengan ilmu kita boleh survive utk masa akn dtg..ILMU!!


Kita belajar sungguh2,kita rancang elok2..dan akhir sekali semestinya kena bertawakal kpd Allah swt. Mungkin kadang2 org akn pertikaikan, " kita merancang tp semua 2 Allah yg tentukan. Klu Allah dh tentukan hidup kita utk jd miskin,x elok (na'uzubillah) kita nk wat cmne?" Memanglah betul kita merancang dan Allah yg tentukan..tp klu kita merancang yg terbaik,kita belajar sungguh2..InsyAllah Allah akn bg ap yg kita hajati sebab Allah tak zalim dan ALLAH MAHA ADIL!! kita kena ingat tu..paling penting jgn putus harapan pd Allah..sentiasa berbaik sangka dengan Allah..


Sabda Nabi Muhammad saw ; rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, masa muda sebelum tua,masa kaya sebelum miskin,masa lapang sebelum sempit,masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.

Mungkin ada sahabat2 yang masih belum rasa pentingnya hadis Nabi ini,tp bg diri ana sendiri, semakin hari semakin bertambah umur. Walaupun hidup belum mengjangkau suku abad,tp ana semakin merasai kudrat dan daya dah tak sama mcm umur belasan tahun. Dan kita kena ingat ajal tak mengenal usia,tak mengenal siapa..bila sampai ajal,kita akn pergi juga..
Tertarik dengan kata2 abah ; kita semua akan mati tapi masa dan dimana kita tak tau. Yang penting kena sedia. Persediaan amalan utk bertemu Allah x perlu ckp bnyk dh sebab bila kita semua dh baligh,kita mmg kena sedia dh..dengan solatnya mahu pun ibadah lain. Kita kena bersyukur sbb kita dilahirkan dlm keadaan Islam,ada ummi abah yg boleh ajr dan bmbing psl Islam. Kli org lain,klu org kafir mcm mana? Sebab itulah,kita kena rebut setiap peluang yg ada depan mata kita.


Petang tadi,ketika otw balik dr hantar iyah,ana nmpak sekumpulan anak muda sedang racing motor. Fenomena yg berlaku jika nak dibandingkan dengan Mesir,jauh berbeza..Di Mesir nk tgk org bwk motor pn ssh,klu ada pun pelajar2 kita je yg bwk motor. Ana akui sejak akhir2 ini ana kurang mengikuti perkembangan semasa,tp setiap yg terjadi di depan mata sudah cukup utk memberitahu bahawa rosaknya anak2 muda zmn sekarang. Apa kita nak buat? Mana perginya tanggungjawab kita? fikir-fikirkan lah..


“Ya Allah, ampunilah dosaku serta dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, Ya Allah, bantulah seluruh umat islam di atas muka bumi ini dalam setiap perkara yg mereka lakukan walau di mana sahaja mereka berada"