Followers

Saturday, December 10, 2011

111211

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepadaNya atas segala nikmat yang diberikan. Sedar tak sedar dah masuk bulan 12 dah,cepat sungguh masa berlalu..cakap pasal ni,terus teringat pd satu kisah.


“Di ceritakan,pada zaman Nabi Nuh a.s,datang seorang ibu tua kepada baginda sambil menangis mengadu tentang kematian anak lelaki kesayangannya. Lalu baginda bertanya tentang umur anaknya dan dia menjawab anaknya yang baru saja meninggal itu berumur 200 tahun. Lalu baginda berkata “ tahukah kamu,pada akhir zaman nanti akan muncul satu ummat yang umurnya dalam lingkungan 50-70 tahun sahaja” maka si ibu terus berkata,” sungguh,kalau aku dihidupkan pada zaman itu,nescaya akan aku habiskan seluruh umur hidupku hanya untuk beribadah kepada Allah”.


Nampakkan apa main point kat sini? Sebenarnya sangat singkat umur dan masa yang kita ada untuk disia-siakan. Sekarang ni kerap sangat dengan pasal org meninggal dunia..muda-muda lagi dah sampai masa. Betullah, kematian tak kenal siapa,bila sampai masa..takkan cepat atau lambat even sesaat pun. Terfikir jugak kadang-kadang,kenapalah kita ni nak fikir sesuatu benda yang tak pasti sedngkan kematian yang pasti akan berlaku sedang tunggu kita. So,sama-samalah kita tambah amalan masing-masing,tepuk dada tanya iman,apalah yang kite nak bawa jumpa Allah kat akhirat nanti? (^_^)

Sebenarnya sedar tak sedar jugak dah hari sabtu,dan esok hari ahad…kejap je rasa weekend ni. Rasa macam takde cuti pun sebab act. everyday ada kelas. Emm,takpelah sebab dah tanggungjawab memang kena belajar (nak pujuk diri sebenarnya…) kalau ngadu kat ummi pun,mcm tu jugak jwbnya.alahai….terfikir jgk,best sebenarnye belajar ni. Setiap hari ada je benda baru yang kita tahu. Best sgt lah tp…takde tp sebenarnya,diri sendiri je yang malas,ikut ke nafsu sangat…dan sebab tu jugaklah,setiap kali call rumah,selau mintak ummi doa jadi org rajin,takpelah tak pandai sgt pun,aslkan rajin..tp,klu mintak ummi doa mcmtu,selalunya ummi ckp ”bakpe gitu? Malas sgt ke lening?” gitu plak dh…

Cakap pasal study ni,selalu terfikir..belajar jauh-jauh,duduk kat Negara yang penuh dgn ilmu,bersepah-sepah sumber ilmu kat sini,tinggal kita je yg nak ke tak nak. Amat takut sebenarnya klu nanti bila dah tahun akhir,baru sedar betapa ruginya rasa sebab tak kutip setiap mutiara-mutiara kat sini. Dan rasa sangat-sangat bersyukur bila Allah tunjukkan jalan yang terbaik. Sejujurnya,dengan kelas yg sgt padat dan tgungjawb2 lain mmg selalunya jadi agak tak berkesempatan utk pergi ke mjlis ilmu secara rasmi tapi Alhamdulillah pengajian di uni Al azhar mmg mewajibkan semua org untuk ambil madah agama dan tahun ni mmg rasa bertuah sgt-sgt. Sedikit sebanyak sebenarnya boleh belajar fiqh mar’ah,hadis-hadis,sejarah Islam. .Alhamdulillah,Allah bagi jalan keluar yang sgt mampu untuk kite buat..terima kasih Ya Allah.

Sebut pasal tanggungjawab terus teringat family.wahhhh,miss them so much!! Semalam ada bagitau ummi nak call hari ni,tapi tak sempat nak call tadi =( ummi abah dan semua-semua pergi KL,hantar haziq masuk asrama. Emm,dah besar dah adik sorang tu. Moga-moga tempat tu yang terbaik untuk dia=) so, sekarang tinggal buadk kecik ber2 tu je kat rumah,tak lain tak bukan atam dan izzah..jadi ‘geng’ la bdk dua org tu nnt,molek sangat la tu..mesti makin sunyi kan?  Rasanya adik bradik da rmai da..huhu..

Baru-baru ni ayah baru blik dari Mekah.Alhamdulillah,semua ok..then,ayahteh sekelurga pun dah balik Malaysia. Tinggal ayahwan je lg,tp insyaAllah sehari sebelum kenduri kahwin ayahbin,ayahwan sekeluarga smpai.Alhamdulillah..setelah sekian lama,semua org dapat berkumpul gak.juz kita jgkla yang tak balik-balik lagi..insyaAllah,gayya=)

Tak tahulah knp kali ni rasa nak cerita semua-semua ni,mayb sbb rindu sgt kot.sebelum noktah terakhir,sedikit muhasabah utk renungan bersama;


“ aku hairan melihat orang bergelak ketawa sedangkan kain kafannya sedang disediakan “
( Imam Al-Ghazali )



Sunday, November 27, 2011

untuk muslimah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Allahummasolli'alamuhammad


Duhai muslimah,
Milikilah kecantikan yang dapat menguntungkanmu,
Bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat,
Cantik fizikal...ia akan terhakis di telan masa,
Sedangkan cantik hati kerana keimanan dan ketaatan yang bertahta,
Akan membuat akhlakmu semakin indah dan mulia..
Ia akan kekal dan membawa kebaikan sampai ke akhir masa.


___________________________________________




actually,byk sgt benda nak di tulis di sini,tapi dengan tiba-tiba ketandusan idea..maybe next time insyaAllah (^_^)

Saturday, November 5, 2011

siapa sangka?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah...Allahummasolli 'ala muhammad,wa 'ala aali muhammad,wa 'ala ahli baitihi.


kali ni masih berkesempatan untuk tulis-tulis kat laman ni...bnyk kali da terniat nk tulis,tp masa tak mengizinkan. minggu ni boleh dikatakan minggu yang sangat-sangat padat dan (tarik nafas jap) fuh....lega sebab dah berlalu..Alahmdulillah..lately,pagi-pagi dah keluar,balik dekat-dekat nak maghrib..then keluar blik..lebih kurang pukul 10 mlm baru blik...dan semestinya terus lena smpai ke pagi. tahukah anda,saat yang paling best bila dapat tido dengan lenanya di waktu malam..(^_^)


semalam,secara rasminya kami mula bercuti selama 9 hari...perasaan yang teramat sangat paling gembira setelah hampir sebulan bersekolah.huhu..sebut pasal sekolah..................saya sangat suka belajar!! pharmaco mmg best!!  masa jalan-jalan kat department of patho..terjumpa la beberapa gambar...






teringat seorang member ni cakap..."tengok gambar pun dah rasa meremang satu badan,nanti macam mana la ek?"
sangat-sangat bersetuju...tak tahulah nnt cmne,moga Allah bagi kekuatan=)

ni masa belajar parasit. gambar siput-siput yang comel ni rupa-rupanya ialah intermediat host for some diseases. belajar psl parasit ni jadi sy lebih berhati-hati dengan semua org..hahaha..nak tahu knp? kena belajar la dulu...





dan yang ni..bila kita ada masa lapang dan teringin nak uji kefahaman diri sendiri,boleh gatal tgn tulis kat whiteboard dan explain kat sume ahli bait...sterilization-microb...sesungguhnya sy budak baru belajar..klu salah tolong tunjukkan=)



disebabkan keluar pagi balik pulak bila sket lagi nak masuk maghrib sbb kte pg kelas..bkn buat benda-benda pelik ea...so,kadang-kadang meja study pun dah tak de rupa dah...(kadang-kadang je ni..bkn selalu pun....rasanyalah)



semalam,depan rumah KL,terdapat seekor unta untuk dikorbankan pd esk hari...insyAllah..cantik sungguh mata unta ni..nak ambil gambar dekat-dekat,takut free-free lak kena cium dengan unta mata cantik ni..huhu


kadang-kadang best tgk tedybear ni..24 jam duduk je tepi bantal ni..takde nak buat pape,takde nak fikir pasal exam ke,pasal program tu,program ni...TAPI lagi BEST jadi MANUSIA,ada akal untuk berfikir..boleh bezakan yang mana baik,yang mana buruk...boleh beramal sebanyak yang mungkin dan semestinya setiap yang kita lakukan ada ganjaran disisiNYA...




hari ni buka facebook,tgk ramai kawan-kawan post pasal balik kampung,beraya dengan family...tapi saya,emm...almaklum lah,ni dah tahun ke3 beraya di perantauan..tapi tak semestinya tak best dan tak meriah kan? kita pun ada buat korban,hari ni ada iftor mengikut sc masing-masing..klu berkelapangan jemputla tgk SAADAH 1432H..esok,jom kita ramai-ramai pakat pergi dataran Kompleks Hayyu 'Asyir,kita tolong mana yang patut...di samping boleh menambahkan pahala.InsyAllah=)

sedikit renungan:

-siapa sangka kita boleh jadi seperti hari ini?
-siapa sangka kita boleh belajar hingga ke tahap ini?
-siapa sangka kita boleh sempurna seperti ini?
-sipaa sangka kita boleh ada semua yang kita ingini?
-siapa sangka kita boleh hidup hingga ke hari ini?

cuba kita berfikir sejenak,cantik sungguh aturan hidup kita oleh Allah swt..memang,kadang-kadang kita jatuh,rebah dan hampir putus asa,tetapi diberi kekuatan oleh Allah untuk kita bangun kembali..dipimpinNYA kita dan diajar kita untuk bertatih sedikit demi sedikit agar kita mampu menjadi diri kita yang sekarang...dan dimana balasannya? bersyukurlah dengan segala nikmat dan kurniaan Allah..jangan sekali-kali kufur kepadaNYA..mintalah kepada Allah,bukan kepada manusia..Allah sentiasa ada bersama hambaNYA..

" berdoalah kepadaKU,nescaya akan AKU perkenankan permiantaan hamba-hambaKU "

janji Allah adalah sebenar-benar janji...


KULLU SANAH WA ANTUM TOYYIBIN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA













Monday, October 17, 2011

1 hari

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah


tak taw nak mula daripada mana,rasa sgt kekok nak menulis tp malam ni dtg angin nak connteng sesuatu kat laman ni. Alhamdulillah,akhirnya selamat menjejakkan kaki di sini kembali setelah hampir 3 bln bersama family=). sgt berat hati sebenarnya nak tinggalkan ummi abah tetapi.....


kali ni..as 3rd year mdcl student..rse sungguh berbeza...knp ea? sbb...
> umur da makin bertambah
>tanggungjawab da makin bertambah
>amanah dah makin bertambah
>masaalah dah makin bertambah
>dugaan dah makin bertambah
dan macam-macam lagi yg tak dpt nk disenaraikan..mkin hari kena jd lebih matang dan dewasa...


tahun ni sgt berbeza skali..skrg pun dah belajar subjek baru...pharmacology,parasitology,microbiology,pathology..plus dgn hifz Al-Quran,feqah,hadis dan tarikh tasyrh (sejarah perundangan). 'Ala kulli haal moga Allah permudahkan segalanya...niat di hati,kali ni Allah pasti akan tolong macam Allah dah tolong sebelum-sebelum ni=)  i love You Allah!!

Monday, September 26, 2011

conteng-conteng

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah...


rasanya lama sangat dah tak berkesempatan nak tengok blog ni dan hari ni tetiba rasa macam nak conteng-conteng sesuatu kat sini. selalunya time mcm ni sunyi je tapi skrg tak lagi sbb sy dah ad peneman=) 2 org adik sibuk main game..hari-hari main,yelah..dah habis upsr..so enjoy la puas-puas ye dik...


sedikit kenangan...



~ usrah ayahkim ~




~ usrah ayahlong ~



~ ummi dan toknyang (moyang) ~



~ usrah ayahlan ~



~ kebetulan,tahun ni 1 syawal jatuh pada besday ayah ( dan adk izzah jgk )...sanah helwah ayah! ~



~ ayahcik ~



~ kita sibuk beraya,menjamu selera tapi my cousins ni sibuk main ~



~ baby amsyar,my youngest cousin ~



~ ayah dan mak ~



~ ummu noor diapit oleh bakal pengantin,maksu iti dan paksulie ~



~ dua-dua bakal pengantin,paksulie dan ayahbin ~



~ adik aliya n adik izzah ~



~ kanak-kanak riang (^_^) ~



~ usrati=) ~





~ ummi tersayang ~





sungguh seronok dan best balik kali ni...cuti pun lame..huhu...tapi dah nak blik sana dah..tinggal lagi beberapa hari. emm,xpelah..kite pergi sbb nak belajar kan..ni pun dah dikira 1 jihad..kan? 

bila difikirkan,terlalu banyak nikmat yang diberikan Allah kepada kita...tak terkira banyaknye..kadang-kadang timbul rasa takut..takut kalau-kalau kita kifur nikmat,takut kalau-kalau kita jadi hamba yang tak pandai bersyukur dan berterima kasih..na'uzubillah...

tersentuh dengan kata-kata ummi.." macam mana cara kita nak bersyukur dengan Allah? adakah dengan solat lewat? ummi panggil sekali xnk menyahut terus?  =( " banyak sungguh khilaf diri ini....astaghfirullahal'adzim..


Ya Allah,terangilah hati-hati kami dengan cahaya hidayahMu sebagaimana Kau terangi bumi ini dengan cahaya matahariMu..amiin








Friday, September 9, 2011

*******




kalau itu yang terbaik untukku...tetapkanlah hati ini Ya Allah...
peganglah hati ini agar aku sentiasa redha dengan ketentuanMu





Sunday, August 7, 2011

selepas pendahuluan*

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


syukur Alhamdulillah,diri ini masih lg bernyawa hingga ke saat ini=)


wah,dah cukup bersawang da blog ni....dan skg ble nk menulis blik,rse mcm kekok pulak...kli ni kte try ea..


Alhamdulillah,exam semuanya dah habis dan skrg sedang berdebar-debar tnggu result,em..yang ni mmg kena tawakal habisla,insyAllah..Dia akan bg yg terbaik,kn? (^_^)


dan yang paling best lagi,sy sudah berada di rumah pada saat ini..huhu,di terengganu,malaysia...habis exam 28 hb lepas dan pd malamnye terus tembo blik...mmg da rindu tahap ZZZ da tu, sampai di rumah,ada wat sedikit tahlil untuk arwah nenda,dan semua family ada..sgt2 best dpt kumpul semua sekali=)
sehari sebelum Ramadhan sempat lg ziarah kawan baik mse muda-muda dulu..(skrg pun baik lg..) kawanku yang tu da dapat anak sorang da..huhu,kte je la yg masih membujang,hehe...tulah nak ckpnye rezeki dan takdir masing-masing...dan..dan..dan...seperti yang anat biasalah,saat ini,hari isnin,jam 8 pg..semua org ke sekolah,cuma yg bezanya,kali ni sy xduk rumah sorg2 sebab ada angah n atang..so ada kwn jgk la.


________________________________

sedikit perkongsian*

di hari akhirat kelak..3 golongan manusia dipersoalkan oleh Allah swt. Golongan tersebut ; orang yang 'alim (ulama'),orang yang beribadah ('abid) dan orang kaya yang beriman. Setiap seorang ditanya tentang amalan masing-masing.

-ulama' menjawab : di dunia aku memang mengajar manusia ilmu-ilmu agama,tapi jika tidak ada orang yang menyediakan satu pusat atau pun masjid sebagai tempat untuk aku mengajar..aku susah untuk menjalankan tugasku.
-'abid menjawab : sepanjang hidupku memang aku beribadah kepada Allah dengan setulus hatiku..tapi jika tidak ada orang yang 'alim yang mengajarkan aku cara beribadah kepada Allah,aku tak kan tahu caranya.

maka setelah dihitung dan dihisab setiap amalan,masuklah orang kaya yang beriman kedalam syurga mendahului para ulama' dan 'abid.

jelas-jelas kita nampak..mengumpul harta dan membelanjakan ke jalan Allah,jalan dakwah dengan tulus dan ikhlas begitu besar nilainya di sisi Allah. Di bulan puasa ni,jika ada rezeki lebih di rumah utk iftor,tak salah pun kalu kita sedekahkan sedikit untuk jiran tetangga..kongsi serba sedikit apa yang kita ada...wallahu'alam.

_________________________________

berada di rumah memang amat best,spe setuju,sila angkat kening..dapat kumpul satu family,kacau adik-adik..dengar si budak kecik izzah ckp byk..kadang-kadang barru tersedar rupa-rupanya adik-adik sy semuanya dah besar blake,dah boleh berdikari dah. kalau dulu,izzah nak pkai telekung pun terkial-kial..tp skrg semuanya dia buat sendiri,sampaikan nk lipat kain telekung pun dia buat sendiri..dan boleh pulak di tanya.." bakpe sy lipat baju semayang lmbat sgt?.." tulah adik bongsu sy..kalau solat skrg ni pun dah boleh ikut dah..dulu,solat 2 rakaat pastu cabut lari pg main..solat terawih pun dia ikut,smpai tersengguk-sengguk dia thn ngantuk..lawak pun klu kite tgk..haih..skrg ni dia belajar nak puasa lak,puasa nasi je la..yang ain tak. Kalau pagi-pagi sebelum pg sekolah,sy offer dia nak bwk bkl air,boleh pulak dia ckp.."saya puasa hari ini,saya malu nk bawak air,kekg kawan-kawan sy kabo sy dok puasa.." adoila izzah ni..mcm-mcm...

atang pulak dah jd macam belon da..klu kite tnye knp dia gemok sgt,dia jwb "ummi bagi atang mkn byk sgt,atang mkn je lah.." ada je benda nak bg orang tergelak. pernah satu hari sebelum  dia pg sekolah,dia mntk pakaikan necktie..mana la kite ni reti..puas pusing-pusing necktie tu,main ikat ikut suka ati je...at last dia ckp "dok jadi along wat,jadi sket je.." tak terkata rasa dgr dia jwb cmtu..dok pdn kecik nak komen org besar..tp yang best nye atang ni,kite mntk tolong la pape pun,dia akn buat..satu pun tak bantah..kalau haziq lain sket,kte mntak tolong and then tak cakap pape..nnt dgr la dia ckp "dok kata terima kasih pun..

ok..rasa mcm da ketandusan idea..nk mntk diri dulu...selamat berpuasa (^_^)





Sunday, July 31, 2011

pendahuluan*

terasa nak tulis sesuatu..tp masa tak mengizinkan...maybe next time insyallah=)


Ramadhan Kareem...




Thursday, June 23, 2011

~ sedikit coretan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah…Allahummasolli’alamuhammad

Rasa sangat-sangat lega…fuh..2 subjek dah abes,tnggal lg 10 paper..sedih pulak tgk blog ni mcm dah nak bersawang dah jdnye=) banyak benda nak tulis,tp semuanya berterabur dlm kepala otak ni.

Alhamdulillah,dah lepas physio dan histo…tak tau nak gambarkan mcm mana perasaan ni..sgt lega dan tenang sekali(^_^)

Gap antara praktikal physio dan written histo yang hanya 2 hari membuatkan sy agk semput nak kejar sume bnda. Memang tawakal habislah. Dan selang sehari lepas tu (hari ni),terus praktikal dan oral histo. Pagi tadi rasa mcm nak menangis dah. Heart rate mcm dah smpai tahap maksimum dah…tachycardia habislah. Tp rasa sgt lega bilamana ada seorang teman berbicara…baca selawat bnyk-bnyk..wah,serta merta heart rate kembali normal. Lagi-lagi bila Dr. Amani mula memberikan soalan;

-draw T.S of spinal cord,cervical level n oesophagus cat

Rasa mcm nak sujud syukur sgt-sgt masa tu..Alhamdulillah..terus teringat Surah At-Thalaaq,ayat 2-3. So,the point is…mmg kena bertawakal bnyk-bnyk. Semua ilmu ni Allah yang punye. Bila Dia nak bagi..Dia akan bg..tp bila Dia nak ambil,sekelip mata boleh hilang…selalulah berdoa semoga setiap cebisan ilmu yang kita belajar mendapat keberkatan dariNya dan terus tersemat dalam long term memory kat hippocampus ni(^_^)

Setiap kali call ummi…macam biasa;

Saya : ummi,kite exam hari ni…
Ummi : tahu doh..doa doh malam td..
Saya : terima kasihlah,ummi doalah lg..sayang ummi sgt-sgt

Kalau call abah;

Abah : jawab pekse molek la…kalau study,insyallah boleh jawab. Abah doa sokmo

Wah…damai sungguh perasaan ni. Petang semalam,sambil-sambil duk berehat..masuk satu mesej;

From : ummi
“ salam. Guane priksa baru ni. “

Terkejut gak dpt mesej sbb masa tu dah pukul 11 mlm lebih waktu Malaysia. Biasanya ummi lps isyak dah tidur..terus call ummi.

Saya : Assalamualaikum ummi..dok tido lg ke?
Ummi : waalaikumussalam..duk atas katil doh..ttba teringat kat kamu.

Wah..berbunga hati!!  I luv my ummi n abah very much!!
Sempat lagi ummi Tanya pasal tiket. Kalau nak ckp pasal tket balik Malaysia,perasaan mcm hambar sket..tket tak dpt lagi..kena tunggu lg..tp tak pelah,mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya=)

Walaupun kami dlm fatrah exam final..tp kadang-kadang rasa jgk nak bergelak ketawa. Sempat lagi lah nak layan tengok maharaja lawak. Ada sesape tak taw ke citer ni?? Em,sy pun tak taw gak..tp ada org yang knlkan..so,tgk je lah..memang boleh release tension lah..lama-lama tgk tulisan ni,boleh wat rasa pitam gak..paling-paling tak pun,tetiba je mcm jd nystagmus..studying medicine is fun..enjoylah sebaik mungkin.

Kadang..dalam waktu-waktu kritikal ni lah,hati dan perasaan sgt di uji. Yang ni memang tak leh nak cakap tak..kejap-kejap tgk ahli bait ni muka tegang semacam je..sorang dah jk-jiwa kacau. Sejam pastu pulak,sorang lagi dah terkena virus jk..haih…at last,kena tukar word jk to sk-setan kacau. At least,setan kacau boleh la baca istighfar ke,baca quran ke..so setan tak kacau lah=) huhu…biasanya fenomena ni jd malam sebelum nak exam. Semua org cuak terlebih. Saya pun sebenarnya,tak cuak tu tipulah lah.. kalau tak tachycardia ke..tak mkn bnyk ke..tak serabut serabai ke..kena cek balik lah tu. Senang cakap,sympathetic habislah nak exam ni sampaikan snggup bangun pukul 3 pagi nak sediakan breakfast. Kalau hari biasa,masak pukul 7 pg pun rilek lg,tp hari exam..cari psl la jwbnya klu nk msk pkul 7 pg..huhu..

Dah lps jwb exam biasalah kadang terdengar kwn-kwn duk bincang soalan. Niat di hati xnak bincang pun,tp terdengar..lagi sadis bila taw jwpn kita salah….down habislah…TP…………….kan dah ckp tadi,ilmu ni sape yang punye?? Sendiri jawab lah…yang penting ‘TAWAKAL’

“faiza ‘azamta fatawakkal ‘alallah”

Pesan abah…”man jada wajada”
Pesan ummi…” Allah akan bagi sesuai dengan usaha kita”
Pesan ummu Noor…”kalau along jaga Quran,insyAllah Berjaya belaka”-sangat tersentuh lagi menyentuhkan jiwa ragaku….

Yang penting usaha dulu..pastu baru tawakal..dan lastly,kena redha dgn apa yang Allah bagi..mana yang baik Dia akan bg..jgn risau hati=)

Lepas ni subjek biochem lak..daripada study system dlm badan..pastu tukar study setiap cell dalam badan..n now,study psl chemical reaction occur inside the body….firstly kena set dalam mind…biochem is very easy,insyAllah…moga Allah permudahkan. Ada lagi 5 hari sebelum nak exam..Allahumma yassir,wa la tu’assir Ya Kareem…amiin.

‘ala kulli haal..syukran awi-awi pada semua yang sentiasa mendoakan utk sy dan rakan-rakan yg lain..jazakumullah..
Tahukah anda..menuntut ilmu pun ialah satu medan jihad…so,berjihadlah bersungguh-sungguh..bak kata seorang adik ni…”kak ummu,kalau tak study betul-betul,tak leh kawen..huhu..”  haih..belajar kerana Allah,bukan sebab nak kawen ea…

Sedikit coretan utk kali ini=)

Saturday, June 4, 2011

~ no tittle!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah,Allahummasolli'alamuhammad.




tak berniat untuk menulis panjang..


apa jadi dgn sy skg ni??? sy tak tau..


moga Allah tunjuk jalan,bagi kekuatan...


teringat pesanan ummi..."lawan nafsu!.."


mkin hari mkin mengada lak dia ni..


someone tolong marah sket boleh??


tak sedar-sedar lg...


haish..


sy nak ummi!!


Allah,buka kan lah jln...





Monday, May 30, 2011

~ cerita hari ini ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allahummasolli’alamuhammad,Alhamdulillah…

Macam biasalah petang-petang mcm ni, baru boleh nak mengadap lappy. Dalam fatrah nak exam ni, macam-macam lah yang terjadi, makin kuat ujian yang dtg dariNya.=)
Sejak start study leave ni,rutin harian 100% berubah. First sekali,semestinya dah tak pergi uni.. kelas tuisyen pun dah habis semua dan sekarang ni mmg bergantung pd diri sendiri mcm mana nak manage masa dgn bijak..lagi-lagi bila duduk terperuk je kat rumah,macam-macam godaan datang. Kejap-kejap rasa nak tgk movie,pastu nanti sket rasa nak makan,dah mkn rasa mengantuk lak..haih,bile la nk study..tulah..ni lah..mcm-mcm la….

Kat sni lebih kurang pukul 3 suku pagi dah masuk subuh..biasanya dah solat semua,mmg mcm kena tidur balik je. Nak tunggu ke matahari naik,tak tertunggu pulak. Emm, kalau cukup 40 hari amalkan mcm ni…ish,takleh-takleh..  dan lepas tu mula la bukak buku smpai lah petang. Huh, waktu petang adlh masa yang ditunggu-tunggu sbb baru bley nak wat benda merapu sket=)

Td,tengah-tengah study..mata dah agk berat da,tp jadi sgr pulak ttbe ble ada org hntr msj. Terima kasih bnyk la ye..Alhamdulillah,dpt gak abeskan study 2 tajuk lg hari ni. First paper nnt sbjek physio,tp buku physio still tak bukak-bukak lg..mcm nil ah,nak study pun dilema.

Pagi td sblum buat projek,ada sembang ngn ahli bait,talked bout the future..emm,cmne la nnt mse keje ea?? Study skrg pun da rasa termengah-mengah nak kejar,nak cover semua…ada jugak baca blog-blog org yang berpengalaman,blog kak sarah dan blog org ni..tp ni lah jln yg telah di pilih,so….’ala tuul je lah mcm Asiah ckp=) semoga Allah permudahkan segalanya.

Baru tadi mereka-mereka (ahli bait) keluar..katanya dah bosan sgt dah terperuk dlm rumah. Betol gak,tp nak keluar pun mcm xnk. Sehingga saat ni,boleh thn lg la rsa bosan tu..sabar je lah,tnggu 2 bln je lg,pasni bley keluar jauh-jauh,blik Malaysia lagi tu(^_^)


sakit,perit,pedih,sedih..semuanya adalah peringatan yang sungguh bermakna..


Sunday, May 29, 2011

~ adakah kita bertuhankan HATI??? ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran kepadaNya kerana masih dihidupka dalam nikmat iman dan islam.terima kasih Ya Allah..
Allahummasolli’alamuhammad

Dari pagi td terniat nak update blog. Teringin utk bercakap psl hati. Sebenarnya siapa sangka di sebalik tudung dan jubah terselit sekeping hati yang sukar utk ditafsirkan. Tak semestinya,dgn perwatakan ‘alim’ mempunyai sekeping hati yang tulus lagi suci dan juga sebaliknya… lagi-lagi dalam lingkungan remaja,hati seringkali di uji..macam-macam la…selalu je terlintas dalam hati…”kalau ikutkan hati,nak je aku bla bla bla…”

Pernah tak terlintas di hati anda;

“apa jenis manusia la dia ni…”

“ingat kau baik sgt???..”

“menyampah aku ngan minah ni..”

“poyo gile mamat ni..”

“ek eleh..kerek punye manusia..”

"hensem la mamat ni.."

Wah2..bnyak betul hati boleh berkata-kata..tp yang terlafaz di mulut??? Ni lah yang kena fikir..kang salah ckp,ada yang terluka..tak pun salah ckp jadi mengumpat,free-free je dpt dosa..ni lah gunanya akal. Di berinya AKAL utk kita berfikir,mana yang baik mana yang buruk..dalam apa-apa keadaan pun menangkanlah AKAL dan kalahkanlah NAFSU….rasa-rasanya apa yang dapat mengawal akal ea???  Emm..fikirlah sendiri=)

Sebenarnya point yang nak ckp,kalau ikutkan hati…macam-macam kita boleh buat. Tp agama kita tak ajar macam tu..kita ada Quran dan Sunnah..dan yang penting kita ada iman..berbanggalah menjadi seorang MUSLIM dan MUKMIN.


Rasanya…

-tak rugi kalau seorang wanita melabuhkan sedikit tudung,pakai baju lengan panjang,pakai kain..tak delah tangan tu jadi hitam…takdelah jadi kes-kes rogol dan sebagainya.

-tak rugi kalau kita sama-sama menundukkan pandangan,jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Sekurang-kurangnya maruah dan harga diri masing-masing terjaga.

-tak rugi rasanya kalau sang lelaki nak main bola pakai seluar yang agak pnjang,nanti kalaulah terjatuh tak delah luka kat kaki tu.

-tak rugi rasanya kalau berhenti merokok..takdelah mati cepat sgt sbb dpt lungs cancer,TB…kalau dah ajl tu nak wat cmne..

-tak rugi rasanya kalau setiap lelaki dan wanita merendahkan sedikit suara ketika bercakap (bukan cakap menggoda)..sekurang-kurangnya boleh kurangkan sikit pencemaran bunyi..

-tak rugi rasanya kalau masing-masing berlumba-lumba membuat kebaikan dan saling tegur menegur sebab semestinya ada balasan di sebalik setiap perbuatan yang kita lakukan..


Lupakah kita bahawa di akhirat kelak,setiap amalan akan dihitung oleh ALLAH SWT..perbuatan baik dan buruk walau sebesar zarah tetap akan dikira. Setiap saat,malaikat kiri kanan mencatat tanpa leka walaupun sekelip mata. Sudah cukup ke amalan utk di bawa bertemu dgnNYA??  Kuat sgt ke kita nak menghadapi balasan api neraka ALLAH sehinggakan snggup berbuat dosa?? Memang kita semua bukan maksum,sentiasa melakukan kesalahan..tetapi bertaubatlah selagi pintu taubat masih di buka dan sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. Jangan lengah-lengahkan taubat anda kerana siapa boleh jamin kita boleh hidup sesaat lagi,aptah lagi sehingga ke hari esok…renung-renungkan lah…jangan sesekali kita bertuhankan HATI.

hidup ni bukan untuk mendapat pujian manusia..tp hanya-hanyalah semata-mata nak dapat redha ALLAH..kata-kata Rabiah Al-Adawiyah.." Ya ALLAH,jika aku hidup kerana mahukan syurgaMU,maka campakkanlah aku ke dalam neraka.Ya ALLAH,jika redhaMU itu berada di dalam neraka,aku sanggup masuk kedalam neraka kerana aku hanya ingin mendapat redhaMU " mahukah kita semua menjadi sepertinya? pilihan di tangan anda=)

________________________________________________

Exam ada lagi lebih kurang 2 minggu..tapi…tak taulah kenapa pelik sgt,tak de rasa berdebar langsung. Boleh lagi nak main-main. Kalau ada kat rumah ni,dah lama dah dengar ummi berleter..berbakul-bakul lagi tu=) haih,rindu pulak nk dgr ummi berleter..huhu..marah seorang ibu tanda syg..kan??
Baru je habis study histo..2 3 bab je pun baca,tp sampai terpusing-pusing rasanya kepala ni. Rasanya kalau pusing sikit lagi,tak ley angkat da kepala..hyperbola x?? tulah..study kerana Allah,bukan sebab nak exam,emm,tp kalau study bukan sbb nk exm,kite study ke?  Jawab sendiri la….

" iringilah setiap perbuatan anda dengan perasaan MALU "