Followers

Thursday, March 31, 2011

~ 6 hari ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah..syukur di atas segala nikmatNya yang tak putus-putus pada hamba yang hina ini...


~baru saje pulang dari kelas malam...rutin hidup kembali seperti biasa.pagi petang malam ada kelas=) nextweek,ada 6 exam..very2 ...... week..moga dipermudahkan segala urusan olehNya (^_^)


~sedikit perkongsian:


daripada Abu Said Al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud ; " Tidak menimpa suatu penyakit yang berpanjangan,kepayahan,sebarang jenis kesakitan,dan kesedihan malahan kedukacitaan,melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


< sebab tulah setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.yang perlu kita buat hanyalah bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri...kejayaan dan kegembiraan yang kita kecapi adalah ujian bagi kita untuk menguji sejauh mana rasa bersyukur kita kepadaNya.jangan terlalu gembira dan selesa dengan apa yang kita ada..tak kemana pun semua ni sebab yang membezakan setiap seorang antara kita adalah rasa ketakwaan kepadaNya >


daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud ; " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu,dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah swt." ( Riwayat Muslim )


< sentiasalah bersyukur...walaupun dosa menggunung tinggi dah kita buat tapi Dia still bagi kita nikmat...-sedikit dari kalangan kamu yang bersyukur- awal-awal lagi dah termaktub dalam ayat quran >


esok cuti (^_^)..huhu~ sebab tulah bley taip2 sikit malam ni..tapi ada tuisyen physio gak sebenarnye..'ala kulli haal,thanx dr ashraf..barakallhufiik=)





( spring...)


( xsempat nak kemas..)






( rindu kat budak-budak ni...)


~ Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah keranaMu Ya Allah ~




Saturday, March 26, 2011

~ 5 hari ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Seminggu dah berlalu..ada lagi berminggu-minggu....kadang-kadang rasa agak tertekan=) kelas makin pack. Baru 2 hari masuk kelas,doktor dah cakap nak wat exam...bila rasa penat,letih..teringat nasihat yang pernah diberikan oleh seorang teman..-kita berehat kat 'sana'-


walaupun kelas pack smpai xley nak buat benda lain -_-"..tapi Alhamdulillah,hati masih boleh lagi terisi. lagi2 bila belajar psl tubuh badan manusia ni,lagilah kena selalu bersyukur pada Allah..setiap benda yang begitu complex nak kena belajar sampai 7 8 tahun,tp hanya boleh diciptakanNya dengan sekelip mata=) begiti tearasa begitu kerdil dan hinanya manusia ni..tp amat menyedihkan kerana ramai yang tak bersyukur.sekejap sedetik lintasan hati Dia boleh tarik nikmat kesihatan yang ada pada kita,Dia boleh stop heart beat,boleh cut blood flow to the brain...tak boleh nak bayang apa yang akan terjadi.


Sama-sama kita berfikir dan muhasabah selagi masa masih ada. Jika ada sahabat datang menegur,terimalah..tu tandanya Dia menghantar sahabat sebagai wasilah untuk membaiki diri..sebelum kita mendapat teguran direct drpdNya..


~ putus asa seperti kita telah gagal...tapi jika belum berputus asa bermakna kita masih lagi belum gagal~
dan disebalik kesusahan,pasti akan ada kesenangan....
(rindu ummi abah..rasa mcm nak sekolah tepi rumah je ^-^")



Monday, March 21, 2011

~ 10 hari ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah,sama-sama kita bersyukur kepadaNya di atas segala nikmat yang tak terhingga yang dapat kita kecapi hingga ke saat ini...Alhamdulillah=)


Sejak akhir-akhir ini bnyak sgt benda yang jadi...sebelum terlambat,nak ucapkan Selamat Pengantin Baru utk ayah tersayang...semua orang gembira tengok ayah gembira..huhu~ semalam nak pergi pun hati tenang nak tinggal ayah dengan nenek..tp sedih nak tinggalkan ummi abah. perasaan homesick menjelma tanpa diundang..sabar2,lg beberapa bln je lg....


sedikit kenangan manis yang takkan dilupakan~


















melangkah saje di bumi anbiya' ini bermakna rutin kehidupan kembali seperti biasa..dah xde da jd suri rumah ke,orang gaji ke...perjalanan menuntut ilmu masih jauh perlu ku kejar..teringat kata-kata abah ; "abah xde harta nak bagi kamu semua,abah boleh bagi kamu peluang untuk belajar je. belajar lah sebaik mungkin sbb dgn adanya ilmu,insyallah hidup boleh berjaya.." terima kasih abah..sayang abah sangat-sangat..


sudah 4 hari tertinggal kelas..rasa banyak sangat benda yang perlu cover...sedih??? huhu..semua yang terjadi ada hikmahnya..tiket balik delay berkali-kali sampailah sempat bagiku untuk menghadiri majlis penikahan ayah..Alhamdulillah,suka sangat=)


rasa sangat keseorangan sehinggakan terlintas di fikiran perkara yang bukan-bukan...rupa-rupanya diri ini sungguh lemah sekali....betapa lemah,hina,dhaif dan jahilnye diri ini...padaMu aku berharap...


Ya Allah,sucikanlah hati-hati kami,permudahkanlah segala urusan kami,panjangkanlah usia kami,dan perindahkanlah akhlak serta perlakuan kami,sesungguhnya hanya padaMu tempat kami meminta pertolongan. Amin Ya Rabb..

Friday, March 11, 2011

~ solat hajat dan kenduri kesyukuran ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah..selesai sudah solat hajat dan kenduri kesyukuran malam ni=) dan disambung pula ngn family meeting..emm,penting sangat-sangat kesepakatan dalm family ni...sbb tu dalam islam kena selalu bermusyawarah....meeting ni untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung di rumah saya=) huhu....the first wedding kt rumah ni sbnrnye..agak sedikit terkilan..hehe...

















esok gotong-royong perdana satu family=)

Ya Allah,berkatilah hidup kami semua....





Thursday, March 10, 2011

~ 6 hari ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah..seinfiniti kesyukuran kepadaNya di atas segala nikmat yang tak terhingga yang dapat kita kecapi hingga ke saat ini..alhamdulillah...


InsyAllah dalam tempoh beberapa hari lagi akan berangkat pulang untuk menyambung pelajaran yang tertangguh..semoga semuanya akan selamat dan berjalan lancar=)


Cuti sekolah baru saje bermula dan sebenarnya inilah masa yang ditunggu-tunggu..hopefully masa yang singkat ini dpt dimanfaatkan bersama-sama. bukan selalu kita diberi peluang nikmat masa lapang ni kan? 


tertarik dgn satu ayat Al-Quran;


"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 22)



senang cakap,kite ni mesti selalu memaafkan orang..kita pun mcm la tak pernah buat salah. Allah kan Maha Adil,biarlah Allah saje yang membalas setipa perbuatan orang lain kepada kita=).


hari semalam yang tak akan berulang kembali....























~gelagat adik-adik....



"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Saturday, March 5, 2011

memori hari ini...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah...selesai sudah satu majlis pada ptg td...sedikit gambar yang sempat diambil~




































sepanjang majlis,mata ayah merah je tanda menangis...kite pun jd sebak sekali...teringat pada yang sudah tiada..Al-Fatihah untuk arwah nenda...





Thursday, March 3, 2011

~ renungan buat diriku dan dirimu ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


" Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka denganmemberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh. Itu menjadi janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakan yang lebih menepati jani selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar "

~ Surah At-Taubah : 111 ~


Adakah ada jual beli yang lebih menguntungkan melainkan jual beli dengan Allah swt? Allah offer utk membeli drpd kita diri kita sendiri dan harta kita dengan menukarkannya denga syurga...fikirkan-fikirkanlah..adakah benda yang lebuh nikmat selain daripada dapat mengecapi syurga Allah?


" Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia kan menolongmu dan memperkukuhkan kedudukanmu "

~ Surah Muhammad : 7 ~


Daripada Abu Said Al-Khudri R.A, katanya " Aku mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ' Iblis berkata kepada Tuhannya: Demi keperkasaanMu dan keagunganMu,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka. Allah menjawab: Demi keperkasaanKu dan KeagunganKu,Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepadaKu.



renung-renungkanlah....


Wednesday, March 2, 2011

~ saat kita bersama ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah..puji-pujian hanya untukNya di atas segala nikmat yang telah diberikan..alhamdulillah=)


setelah sekian lama,baru sekarang diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki kembali di bumi yang penuh barakah dan rahmah..Darul Quran...sungguh terharu apabila setelah sekian lama meninggalkan tempat yang penuh bersejarah itu..bukan senang untuk mendapat kesempatan mcm ni..selalunya nak melangkah kaki dari rumah pun kena prepare berjuta alasan,tp utk kali ni mmg telah ditetapkan olehNya..Alhamdulillah..terima kasih kpd rakan seperjuanganku; Hidayah dan Dalila...emm,bkn Delaila ek..huhu=)




















dan yang paling best bila dapat jumpa budak-budak comel=) huhu...
~ kak huda,kak shu,kak afrida,kak fatimah,ummi lang,kak hafsah,kak fairuz...
~ kak hana',anje pqah,acik et,adik aishah,anjang hayati,ateh faezza,syikin,anje noor,
terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk melayan kami..huhu..


syukran awi-awi utk hidayah dan dalila sbb teman sy dr epot smpailah ke rumah=) len kali kite buat jaulah lg ek..


emm..sesungguhnya setiap yang berukhuwah kerana Allah takkan pernah terputus tali persaudaraan malah semakin dirindui..kita berukhuwah di atas kalimah tauhid yang satu..Allah...