Followers

Monday, November 30, 2009

< kecantikan lelaki & kegagahan wanita >


Kecantikan Lelaki..??
> Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
> fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang
> cantik,adalah:-
> 1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
> 2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
> 3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
> 4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
> 5)Lelaki yang baik sangka
> 6)Lelaki yang tak pernah putus asa
> 
> Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan
> hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi
> Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna
> seorang lelaki.


> Kegagahan Wanita..??
> Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
> badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan
> yang gagah,adalah:-
> 1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
> 2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
> 3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah
> ditinggalkan
> 4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi
> segala keinginan
> 
> Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
> Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah
> R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
> 
> Sabda Rasulullah S.A.W:-
> " Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
> 
> Surah Al-Ahzab: Ayat 71
> " Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu
> dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
> mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia
> telah mendapat kemenangan yang besar."
> 
> Moga-moga menjadi renungan yang boleh membimbing
> kita semua, amin.
> 
> ~ sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan
> menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan
> kepada orang yang mahu beringat.....






Monday, November 23, 2009

~ rndunye.....

huhu..lg 3 ari dah nk rye haji..x sbr rsenye coz at last dpt gak rase cti lme...huhuhu~
emm,tp jauh di sdut ati rse sdey gak,rndu ngn famly..rndu ngn sume yg ad kt umah..rndu umi,abah,angah,acik,iyah,amad,bangtam n izzah..waaaaaaaaaaa~nk blik!!!!!!
tahun ni,tahun ke 2 x rye ngn umi abah..sdeynye..
xpe lh,kte duk jauh2 sbb nk blajar,nk b'jye,nk naikkan agm Islam..InsyAllah,Allah akn tlg..
bese lh tu kn klu rndu ngn famly..tp kte tau,Allah akn jge fmly kte..ykin dgn Allah..



umi.....izzah...




 umi,izzah,amad,bangtam...





Friday, November 20, 2009

.: insaflah manusia



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".



Thursday, November 19, 2009

andai kau.....

Apabila kau ingin berteman,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,
janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kau akan membencinya.

Andai kau ingin SAHABAT yang satu,
janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang SAHABAT yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan sempurna,
kerana diri kita juga tidak sempurna...

Renung2kanlah. .kita semua adalah sama,HAMBA ALLAH YANG SATU,
buruk dan baiknya diri kita,tiada siapapun yang berhak untuk
mengutuk..
kerana kita adalah sebaik-baik kejadian...
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA..


Monday, November 16, 2009

~muhasabah diri~




> Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

>

> Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

>

> Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

>

> Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

>

> Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

>

> Hai Bodoh, Kamu millikku.

>

> Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

>

> dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

>

> Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

>

> Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

>

> Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

>

> Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

>

> Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

>

> dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

>

> Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

>

> Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

>

> Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

>

> Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

>

> TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

>

> Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

>

> Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

>

> Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

>

> Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku

> memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

>

> Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu..

>

> Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

>

> Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

>

> Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

>

> Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

>

> Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

>

> Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

>

> Begitulah anak-anak .

>

> Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

>

> Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

>

> Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

>

> Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

>

> Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

>

> Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

>

> Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

>

Wednesday, November 11, 2009

^lapang sebelum sempit^

setelah sekian lama t'leka dgn kehidupan,keseronokan dan kenikmatan dunia..
kini aku sedari...waktu lapang sebelum datangnya waktu sempit..
dalam keadaan masih menyesuaikan diri dgn persekitaran dan suasana yang baru,jadual kelas yang begitu padat..kadang-kadang aku t'pk,berapa bnyak lg masa yang masih tinggal buatku?

keadaan persekitaran dan masalah yang datang b'tubi-tubi mkin mematangkan diriku..aku rasa sungguh b'untung dan b'tuah..TERIMA KASIH YA ALLAH..aku begitu b'syukur kpd-Mu..

t'ingat kenangan ketika zaman sekolah dahulu,waktu datang setiap hujung minggu adlh saat yang paling dinanti-nantikan,boleh rehat puas2,boleh enjoy..boleh pg outing..jln-jln ngn kawan..tp skg..setiap hari adlh hari yang amat memenatkan..baru terasa pentingnya dan nikmatnya wakty lapang sebelum tibanya waktu sempit..

berada di tempat yang begitu asing amat menguji keimanan dan kesabaranku.tp semua ini adalah lumrah dan takdir yang telah ditetapkan buatku.hanya yang boleh ku katakan,aku bersyukur dan amat bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang..Alhamdulillah..terima kasih wahai Tuhanku..

Ya Allah,sekiranya setiap ujian,dugaan dan cubaan yang Kau berikan kpd ku sebagai wasilah untuk aku lebih taqarrub dengan-Mu,sesungguhnya aku rela di uji krn aku amat yakin dan percaya Kau akn sentiasa berada di sampingku..

TERIMA KASIH YA ALLAH...

MENYINTAI TIDAK bermakna meMILIKI


Janganlah kau angkuh melaungkan Si dia kepunyaanmu Atau kau kepunyaan si dia kerana hakikatnya... Kita TIDAK pernah meMILIKI sesiapa Walau sekeping hati seorang insan Tidakkah kau sedar Hukum alam menyatakan .... MENYINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI Manusia pandai berpura Berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia Tetapi hati.... Tidak pernah berdusta pada empunya Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya Tidakkah kau sedar Mungkin si dia melafazkan Ucapan cinta padamu Tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu Dia hanya berselindung Di sebalik sejuta alasan Dan kau... Begitu jujur dan setia menyintainya sehingga terlupa Hukum alam menyatakan MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI Sesungguhnya ' Aku tidak pernah memiliki dirimu' ' Dan kau jua tidak memiliki diriku' Mengertilah.. Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa... Tiada siapa berhak memiliki diri kita kecuali DIA DIA mengasihi hambaNYA DIA memiliki hambaNYA dan kepangkuan DIA kita akan kembali... cntailah Allah.. sesungguhnya kepadaNYA lah kita akan kembali