Followers

Thursday, June 23, 2011

~ sedikit coretan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah…Allahummasolli’alamuhammad

Rasa sangat-sangat lega…fuh..2 subjek dah abes,tnggal lg 10 paper..sedih pulak tgk blog ni mcm dah nak bersawang dah jdnye=) banyak benda nak tulis,tp semuanya berterabur dlm kepala otak ni.

Alhamdulillah,dah lepas physio dan histo…tak tau nak gambarkan mcm mana perasaan ni..sgt lega dan tenang sekali(^_^)

Gap antara praktikal physio dan written histo yang hanya 2 hari membuatkan sy agk semput nak kejar sume bnda. Memang tawakal habislah. Dan selang sehari lepas tu (hari ni),terus praktikal dan oral histo. Pagi tadi rasa mcm nak menangis dah. Heart rate mcm dah smpai tahap maksimum dah…tachycardia habislah. Tp rasa sgt lega bilamana ada seorang teman berbicara…baca selawat bnyk-bnyk..wah,serta merta heart rate kembali normal. Lagi-lagi bila Dr. Amani mula memberikan soalan;

-draw T.S of spinal cord,cervical level n oesophagus cat

Rasa mcm nak sujud syukur sgt-sgt masa tu..Alhamdulillah..terus teringat Surah At-Thalaaq,ayat 2-3. So,the point is…mmg kena bertawakal bnyk-bnyk. Semua ilmu ni Allah yang punye. Bila Dia nak bagi..Dia akan bg..tp bila Dia nak ambil,sekelip mata boleh hilang…selalulah berdoa semoga setiap cebisan ilmu yang kita belajar mendapat keberkatan dariNya dan terus tersemat dalam long term memory kat hippocampus ni(^_^)

Setiap kali call ummi…macam biasa;

Saya : ummi,kite exam hari ni…
Ummi : tahu doh..doa doh malam td..
Saya : terima kasihlah,ummi doalah lg..sayang ummi sgt-sgt

Kalau call abah;

Abah : jawab pekse molek la…kalau study,insyallah boleh jawab. Abah doa sokmo

Wah…damai sungguh perasaan ni. Petang semalam,sambil-sambil duk berehat..masuk satu mesej;

From : ummi
“ salam. Guane priksa baru ni. “

Terkejut gak dpt mesej sbb masa tu dah pukul 11 mlm lebih waktu Malaysia. Biasanya ummi lps isyak dah tidur..terus call ummi.

Saya : Assalamualaikum ummi..dok tido lg ke?
Ummi : waalaikumussalam..duk atas katil doh..ttba teringat kat kamu.

Wah..berbunga hati!!  I luv my ummi n abah very much!!
Sempat lagi ummi Tanya pasal tiket. Kalau nak ckp pasal tket balik Malaysia,perasaan mcm hambar sket..tket tak dpt lagi..kena tunggu lg..tp tak pelah,mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya=)

Walaupun kami dlm fatrah exam final..tp kadang-kadang rasa jgk nak bergelak ketawa. Sempat lagi lah nak layan tengok maharaja lawak. Ada sesape tak taw ke citer ni?? Em,sy pun tak taw gak..tp ada org yang knlkan..so,tgk je lah..memang boleh release tension lah..lama-lama tgk tulisan ni,boleh wat rasa pitam gak..paling-paling tak pun,tetiba je mcm jd nystagmus..studying medicine is fun..enjoylah sebaik mungkin.

Kadang..dalam waktu-waktu kritikal ni lah,hati dan perasaan sgt di uji. Yang ni memang tak leh nak cakap tak..kejap-kejap tgk ahli bait ni muka tegang semacam je..sorang dah jk-jiwa kacau. Sejam pastu pulak,sorang lagi dah terkena virus jk..haih…at last,kena tukar word jk to sk-setan kacau. At least,setan kacau boleh la baca istighfar ke,baca quran ke..so setan tak kacau lah=) huhu…biasanya fenomena ni jd malam sebelum nak exam. Semua org cuak terlebih. Saya pun sebenarnya,tak cuak tu tipulah lah.. kalau tak tachycardia ke..tak mkn bnyk ke..tak serabut serabai ke..kena cek balik lah tu. Senang cakap,sympathetic habislah nak exam ni sampaikan snggup bangun pukul 3 pagi nak sediakan breakfast. Kalau hari biasa,masak pukul 7 pg pun rilek lg,tp hari exam..cari psl la jwbnya klu nk msk pkul 7 pg..huhu..

Dah lps jwb exam biasalah kadang terdengar kwn-kwn duk bincang soalan. Niat di hati xnak bincang pun,tp terdengar..lagi sadis bila taw jwpn kita salah….down habislah…TP…………….kan dah ckp tadi,ilmu ni sape yang punye?? Sendiri jawab lah…yang penting ‘TAWAKAL’

“faiza ‘azamta fatawakkal ‘alallah”

Pesan abah…”man jada wajada”
Pesan ummi…” Allah akan bagi sesuai dengan usaha kita”
Pesan ummu Noor…”kalau along jaga Quran,insyAllah Berjaya belaka”-sangat tersentuh lagi menyentuhkan jiwa ragaku….

Yang penting usaha dulu..pastu baru tawakal..dan lastly,kena redha dgn apa yang Allah bagi..mana yang baik Dia akan bg..jgn risau hati=)

Lepas ni subjek biochem lak..daripada study system dlm badan..pastu tukar study setiap cell dalam badan..n now,study psl chemical reaction occur inside the body….firstly kena set dalam mind…biochem is very easy,insyAllah…moga Allah permudahkan. Ada lagi 5 hari sebelum nak exam..Allahumma yassir,wa la tu’assir Ya Kareem…amiin.

‘ala kulli haal..syukran awi-awi pada semua yang sentiasa mendoakan utk sy dan rakan-rakan yg lain..jazakumullah..
Tahukah anda..menuntut ilmu pun ialah satu medan jihad…so,berjihadlah bersungguh-sungguh..bak kata seorang adik ni…”kak ummu,kalau tak study betul-betul,tak leh kawen..huhu..”  haih..belajar kerana Allah,bukan sebab nak kawen ea…

Sedikit coretan utk kali ini=)

No comments: