Followers

Wednesday, December 12, 2012

"if you think we can change Al-Azhar together,then vote for me "

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Pilihanraya Perubatan bagi sesi 2012/2013 kembali lagi. Sudah tiba masanya saat pemilihan semula calon-calon bagi AJKT untuk setiap universiti masing-masing. Dengan pembaharuan yang dibawa oleh Persatuan PERUBATAN Pusat pada kali ini iaitu meletakkan pengurusan setiap universiti di bawah kelolaan mahasiswa mahasiswi universiti itu sendiri yang dikenali dengan nama Jawantakuasa Pilihanraya Cawangan (JPC).





Tidak ketinggalan juga bagi Universiti Al-Azhar,buat julung-julung kalinya Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan Al-Azhar (JPC Al-Azhar) menampilkan wajah-wajah baru yang tidak kurang hebatnya membuktikan mahasiswa kita berdiri sama gah dengan pimpinan mahasiswa universiti lain. Di sini, ingin diperkenalkan salah seorang daripada calon kita, FARHAANA BINTI ISHAK, mahasiswi Perubatan, Tahun 4 bersama manifesto yang dibawa oleh beliau " MENGOPTIMUMKAN PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR DALAM LANDASAN INTELEKTUAL, KEMAHIRAN, DAN SOSIAL ISLAM".




sedikit biografi beliau;

Nama : FARHAANA BINTI ISHAK
Tarikh lahir : 1 September 1991
Asal : Kuala Lumpur
Cita-cita : professor/motivator/part time writer & nutritionist
Hobi : belajar, membaca, membuat sesuatu yang berkaitan dengan seni dan kreatif.
Jawatan yang pernah disandang :
- Bendahari SAADAH 1432H
- Setiausaha SAADAH 1433H
- Timbalan ketua jabatan grafik Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) PERUBATAN 2012/2013
- AJK Biro Ekonomi BKAN KL 2010/2011
- AJK pelaksana Program Wilayah Family Day KL 2012
- Timbalan Ketua Unit Hadiah dan Cenderahati Seminar Pengurusan Kewangan 2012
- Ahli Panel motivator Al-Azhar 2012/2013
Pencapaian akademik :
- tahun 1 : Jayyid
- tahun 2 : Jayyid Jiddan
- tahun 3 : Mumtaz

Sedikit petikan dalam ucapan beliau' "if you think we can change Al-Azhar together,then vote for me ". Oleh itu, let us support and vote for FARHAANA BINTI ISHAK to be one of the AJKT PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2013/2014.

Buat Azharians sekalian, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai ahli PERUBATAN dan buatlah pilihan yang terbaik kerana sesungguhnya pilihan anda menentukan masa depan Universiti Al-Azhar sekaligus ke arah pembentukan mahasiswa Al-Azhar yang mempunyai intelektual yang tinggi di samping dapat mengasah bakat dan kemahiran juga dalam masa yang sama dapat melahirkan peneraju ummah yang serba boleh.

1 comment:

Anonymous said...

Excellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
Extremely useful info specially the last part :) I care for such info much.
I was seeking this particular information for a very long time.
Thank you and best of luck.
Look into my site :: nfl jerseys