Followers

Friday, September 11, 2009

:: 1 Hari Lagi ::


tinggal sehari lg aku akn meninggalkan rumah ni..dan aku akn meneruskan perjalanan di bumi anbiya'..esok,selepas solat subuh,aku akn meninggalkan rumah tempat ku berteduh ini..jika diberi pilihan aku tetap ingin duduk di rumah kerana....BAITI JANNATI..


hari ni,empangan air mata yng selama ini ku tahan telah pn pecah,tunduk pd fitrah manusia yg mempunyai perasaan sedih dan pilu.Usai solat subuh, aku mengadu pd Allah swt meluahkan segala yg terbuku di hatiku. Aku t'ingat kembali nostalgia lama yang telah pernah ku lalui...


aku t'ingat zaman sekolah rendahku, pernah suatu ketika aku dalam perjalanan ke sekolah bersama dgn adikku.Pada ketika itu aku sedang mengayuh basikal di sebuah jln yang sempit, tiba-tiba dtg sebuah kereta..aku tidak dpt mengimbangi basikalku lalu aku trus terbabas dan jtuh ke dalam sebuah parit. aku dan adikku mengaduh kesakitan,tp kami berdua tetap cuba untuk bgn. kami tetap pergi ke sekolah walaupun dalam kesakitan yg teramat sgt. pada ketika itu lututku berdarah tp aku x kesah sebab aku tahu pentingnya utk pergi ke sekolah utk menuntut ilmu.


semasa aku berada di darjah 5,aku dilantik menjadi pengawas sekolah. selepas mendapat surat perlantikan pengawas,aku pulang ke rumah dan menunjukkan surat tersebut kpd kedua ibu bapaku. aku meminta mereka utk membeli kasut hitam kpdku memandangkan pengawas sekolah dikehendaki memakai kasut hitam. abah cuba berjenaka dgn menyuruhku utk mengambil cat hitam dan warnakan kpd ksutku..huhu.. tp pd akhirnya abah ttp membelikan kpdku kasut hitam. setelah setahun berlalu,aku msih menggunakan kasut yang sama..tp ksut aku menjadi mkin pudar seolah-olah bertukar m'jd putih krn selalu di basuh dgn msin bsuh. pada ketika itu,setiap hari aku di ejek di sekolah kerana warna kasutku yang semakin memutih..

tp aku tak pernah kisah ttg semua tu krn aku tahu semua tu tak penting, yg penting aku masih mempunyai ksut sekolah utk di pakai.yang penting aku masih boleh pergi ke sekolah untuk belajar..untuk menuntut ilmu!!


selalunya,mslh yg sering aku alami ketika nak ke sekolah ialah tentang basikalku. basikal kesayanganku selalu sgt2 rosak. abah jugalah yang terpaksa menghantarku ke sekolah di waktu pg,tp apabila waktu pulang dr sekolah,aku terpaksalah blik jln kaki. dlm keadaan pnt,aku pulang dgn berjln kaki selama 40 mnt,dan itulah rutinku setiap hari..aku sering merungut kpd abah tp lama kelamaan aku sedar bahawa ini lahpengorbanan yang perlu ku tempuh utk mendpt sebuah kejayaan.


aku bersyukur kpd Allah swt kerana aku msih di beri peluang utk msih hdup smpai saat ini. terima kasih Ya Allah. sekiranya 6 tahun lg, aku pulang dgn membawa segulung ijazah, semua yang ku lakukan ini adalah utk kedua ibu bapaku, UMI dan ABAH...


setiap kali aku menangis, perkataan yg sering ku ungkapkan ialah- umi, abah, along sayang umi abah sangat-sangat,along mintak maaf ats segala slh silap along,along tak nak jd ank derhaka- tapi aku hanya bercakap seorang diri...aku harap ibu bapaku dpt mendengar dlm hati mereka semua kata-kata yang ku ucapkan buat mereka.


"Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa semua kaum muslimin dan muslimat, Ya Allah, kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu aku masih kecil"

Ameen..

No comments: