Followers

Friday, September 18, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah,sehingga saat ini,Allah msih lg memberikan aku peluang utk bernafas menyedut oksigen-Nya bg meneruskan sisa-sisa hdup yang masih berbaki. terima kasih Ya Allah..
hari ini sudah masuk 4 hari aku berada di bumi yg cukup asing denganku. aku masih lagi mencuba utk menyesuaikan diri dgn situasi yang baru..yang paling ketara perbezaan di bumi Malaysia ialah tentang waktu..masa di mesir yang lewat 6 jam dari Malaysia seringkali membuatkan otakku utk berkira-kira sebelum aku nak contact dgn family dan kawan-kawan..secara tidak langsung,aku boleh mengaktifkan kembali penggunan otakku seperti sedia kala..huhu
sebenarnya banyak benda yang nak tulis,tp x tau nk stat yang mana dulu..
15 September, pukul 4.30 pg (waktu Mesir), aku tiba di airport..perasaan ketika pertama kali menjejakkan kaki di Mesir (pd tahun 2009) tak dpt aku bayangkan..dalam hati aku berbisik, "Alhamdulillah,sampai jgk aku kat cni"..melihat keadaan sekeliling yang begitu berbeza dgn KLIA,tp aku tak begitu terkejut sebab aku mungkin sudah belajar menerima keadaan di Mesir yang 10 tahun terkebelakang dari Malaysia..tapi aku kena balajar menerima kerana inilah Bumi Anbiya'..Ardhul Kinanah..
hari ke-3 berada di Mesir, baru lah aku berpeluang melihat panorama yang begitu indah di sana..sepanjang 2 hari sebelumnya,aku beserta ahli bait yang lain terpaksa mengurungkan diri di dalam rumah kerana masalah pintu rumah yang tidak dapat di kunci,so, kami lah yang kena menguncikan diri di dalam rumah..~waaa
antara perkara yang inginku kongsikan ialah suasana mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia di bumi Anbiya' ini..pelik, memang teramat pelik..berbeza sekali dengan Malaysia..di waktu pagi,sekitar jam 7 pg hingga 12 tengahari,suasana begitu senyap..mcm xde orang yg wujud kt Mesir tyme 2..lps asar,lbeykrg pkul 4 ptg..dptlh jgk tengok org berpusu-pusu pg kedai utk membeli juadah berbuka puasa..bila malam menjelma,tyme ni lah memang begitu pelik..
Rasa-rasanye..npe ek?? pd waktu malam, sebaik saja selepas solat terawih,suasana bagaikan pesta besar-besaran..mengalahkan kelawar dan burung hantu..anak muda bemain bola sepak seakan-akan sedang berlangsungnya liga dunia..amu-amu semakin rancak berjual-beli..huh..sangat dahsyat..
tapi,apabila jarum jam menginjak ke angka 12..semua orang berpusu-pusu pergi memenukan ruang-ruang di jamek-jamek berdekatan,untuk memperhambakan diri kepada Allah swt, Rabbul'alamin..Subhanallah!
aku sendiri tidak pernah melihat keadaan sebegitu berlaku di Malaysia..setelah duduk mengelamun dan berfikr sejenak,aku bermonolog sendirian.."mana satu yang pelik? Malaysia? atau Mesir?" sama-sama lah kita fikirkan..
waktu siang, penduduk Mesir duduk di dalam rumah..mentadabbur setiap mkna ayat-ayat Allah,tp di Malaysia semakin dekat dengan hari raya, semakin ramai orang berkejar-kejaran memenuhi shopping mall..x ckup siang,malam pn nak pergi lagi sebab nak sambutnya kedatangan Syawal yang di nanti-nantikan..aku rasa,kalau lah Ramadhan Kareem boleh bercakap, sudah lama Ramadhan Kareem meluahkan isi hatinya," orang Malaysia ni macam nak mengalu-alukan pemergian aku sedangkan aku lah bulan yang patut di nanti-nantikan"
sama-samalah kita bermuhasabah.adakah kita sudah mendapat maghfirah daripada Allah swt sedangkan Ramadhan akan berlalu pergi..Ya Ramadhan, betapa sedih dan pilunya hati aku memandangkan kau akn berlalu meninggalkanku,sempatkah aku untuk bertemu denganmu pd masa yang akan datang??
Ya Allah, izinkanlah aku untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem yang akn datang kerana aku masih belum puas merasai barakah Ramadhan pad tahun ini..Ameen..

No comments: