Followers

Saturday, July 3, 2010

~ Allah Maha Adil ~

Assalamualaikum wbt.


baru beberapa hari duk kt umah ni dah mcm2 yg berlaku..dan semua yg berlaku btol2 mencabar diriku sebagai seorg kakak dan ank..emm,2 hari lepas ummi sakit teruk. Tak tau nk ckp cmne,tyme 2 fikiran dh pk bkn2 dah. Pukul 2 pg,ana,iyah,izzah dan abah still berjaga utk jga ummi. Ummi xley tdo dan mcm2 wasiat dah ummi bg..huhu..izzah,iyah dan semestinya diri ini dah menangis t'esak2..tp Alhamdulillah, ummi dh ok skrg..em,ni lah putaran hidup kn? kita x semestinye sihat sokmo..kdg2 sakit, n sakit ni sbnrnye tnda Allah syg kita dan juga sebagai penghapus dosa kita. Ana pn disaat ini dh masuk 2 hari dah demam + batuk + selsema..em,pape pn,terima kasih Ya Allah kerana Kau menguji ak supaya ak lebih dekat kepadaMu.


pagi semalam,selepas kami b'sama menunaikan soalt subuh berjemaah..abah beri sedikit tazkirah kepada ana n adik beradik.. Sebenarnye nk kongsi input yg abah bg..huhu


Setiap detik dlm hidup kita mestilah kita rncg dgn sebaik-baiknya. Apa yg dh berlaku semestinya tak boleh di ulang kembali. Khas buat yg masih menuntut ilmu, tuntutlah ilmu dgn bersungguh- sungguh kerana peluang hanya dtg sekali seumur hidup. Dalam era yg serba mencabar skrg ini di tambah pula dengan kos hidup yg makin tinggi, hanya dengan ilmu kita boleh survive utk masa akn dtg..ILMU!!


Kita belajar sungguh2,kita rancang elok2..dan akhir sekali semestinya kena bertawakal kpd Allah swt. Mungkin kadang2 org akn pertikaikan, " kita merancang tp semua 2 Allah yg tentukan. Klu Allah dh tentukan hidup kita utk jd miskin,x elok (na'uzubillah) kita nk wat cmne?" Memanglah betul kita merancang dan Allah yg tentukan..tp klu kita merancang yg terbaik,kita belajar sungguh2..InsyAllah Allah akn bg ap yg kita hajati sebab Allah tak zalim dan ALLAH MAHA ADIL!! kita kena ingat tu..paling penting jgn putus harapan pd Allah..sentiasa berbaik sangka dengan Allah..


Sabda Nabi Muhammad saw ; rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, masa muda sebelum tua,masa kaya sebelum miskin,masa lapang sebelum sempit,masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.

Mungkin ada sahabat2 yang masih belum rasa pentingnya hadis Nabi ini,tp bg diri ana sendiri, semakin hari semakin bertambah umur. Walaupun hidup belum mengjangkau suku abad,tp ana semakin merasai kudrat dan daya dah tak sama mcm umur belasan tahun. Dan kita kena ingat ajal tak mengenal usia,tak mengenal siapa..bila sampai ajal,kita akn pergi juga..
Tertarik dengan kata2 abah ; kita semua akan mati tapi masa dan dimana kita tak tau. Yang penting kena sedia. Persediaan amalan utk bertemu Allah x perlu ckp bnyk dh sebab bila kita semua dh baligh,kita mmg kena sedia dh..dengan solatnya mahu pun ibadah lain. Kita kena bersyukur sbb kita dilahirkan dlm keadaan Islam,ada ummi abah yg boleh ajr dan bmbing psl Islam. Kli org lain,klu org kafir mcm mana? Sebab itulah,kita kena rebut setiap peluang yg ada depan mata kita.


Petang tadi,ketika otw balik dr hantar iyah,ana nmpak sekumpulan anak muda sedang racing motor. Fenomena yg berlaku jika nak dibandingkan dengan Mesir,jauh berbeza..Di Mesir nk tgk org bwk motor pn ssh,klu ada pun pelajar2 kita je yg bwk motor. Ana akui sejak akhir2 ini ana kurang mengikuti perkembangan semasa,tp setiap yg terjadi di depan mata sudah cukup utk memberitahu bahawa rosaknya anak2 muda zmn sekarang. Apa kita nak buat? Mana perginya tanggungjawab kita? fikir-fikirkan lah..


“Ya Allah, ampunilah dosaku serta dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, Ya Allah, bantulah seluruh umat islam di atas muka bumi ini dalam setiap perkara yg mereka lakukan walau di mana sahaja mereka berada"

2 comments:

hidayah yussof said...

syifakillah ummu...makan ubat...makan nasi banyak2

ummuhabibahsulaiman said...

syukran dayah..huhu..
mkn ubt 2 ok lah..
yg mkn nasi bnyk2 tu...never...hehe