Followers

Sunday, November 28, 2010

~ calon pilihan abah (part 2)

“Kak Ana!!!!! Telefon!!!” Suara Intan dari bawah menghentikan lamunanku. Segera aku bangun dan turun ke bawah.

“Eh kak..Akak nangis ke?” soal Intan ketika bertembung dengan ku di tangga.

“Takda lah..mata akak letih sangat..tengok buku lama sangat kot”, jawabku sambil tersenyum dan mengesat air mata yang bertakung di mataku. Tak sedar
pulak aku menangis tadi.

“Hello”ujarku dengan loghat Irishku..manalah tau, kalau kawan-kawan sekelasku yang menelefon.

“Helo. Assalamualaikum Ana. Ni Hisham lah..Tak cam ke suara aku yang lemak merdu ni?”

“Oh..Sham..Aku ingatkan mat saleh mana tadi..”jawabku sambil tergelak kecil. “Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?”

“Takde lah..saja je..aku dah letih la baca buku..Tu yang aku telefon kau tu..Tak boleh ke?”

“Memangla tak boleh..Kalau takde hal,aku malas la nak cakap dengan kau..” jawabku tegas.

“Ish..jangan la gitu Ana..Sebenarnya gini..tadi ada junior kata dia nampak kau kat Tasik Lough tu, kau tengah termenung. Aku pun naik risau la pulak. Ye la kan..sebagai classmate kau..aku concern lah, exam dah nak dekat ni..Kau tension study ke?”

“Emm..tak ada lah..saja je aku ambil-ambil angin. Hari-hari tengok muka orang sakit, letih jugak aku..Kau jangan la risau. Okla Sham, aku dah mengantuk la..dah pukul 11 malam ni..Aku letih harini..”
“Takpe lah kalau macam tu..Jumpa kau kat hospital esok ye! Bye..”

“Sham, Thanks coz ambil berat….Assalamualaikum”

Aku terus meletakkan gagang. Aku merenung telefon beberapa ketika. Baik si Hisham ni..Selalu ambil berat tentang aku. Tunang ku? Di mana dia? Siapa dia? Aku terasa geram memikirkan tentang dia. Aku benci abah! Aku menarik nafas panjang.

“Kak! Oo Kak!” Terkejut aku mendengar suara Semah memanggil. Aku memandang Semah dan Zizi yang masih bertenggek di depan tv. Kedua-duanya memandang aku sambil tersengeh-sengeh.

“Berangan ke kak..Hisham dah letak telefon tu..Akak ni..asyik termenung aje kami tengok..Hisham dah melamar akak ke…Sempat lagi dia ye..Bukan dah nak exam final ke..” Kata Zizi sambil tersenyum lebar.

Malas aku nak layan budak-budak ni. Aku mencekak pinggang dan menjelirkan lidah kepada adik-adikku itu. Padan muka. Aku tersenyum sendiri ketika memanjat tangga menuju semula ke bilik. Terus saja aku menghempas badanku ke katil. Buku-buku bersepah di atas meja. Perasaanku sungguh tak tenteram hari ini. Apa yang aku fikirkan entah lah..Aku mengambil diariku dan pen untuk mencoret sesuatu bagi melegakan sedikit beban perasaanku ini. Aku menyelak-nyelak halaman-halaman lepas. Aku mencapai pula diari tahun lepas. Kubuka helaian bulan Julai. Cuti Musim panas di Malaysia. Helaian-helaian itu agak pudar kertasnya dan terkeronyok sedikit kerana kesan-kesan air mataku ketika itu.

2 Julai 2003
Aku telah ditunangkan dengan seseorang. Baru semalam abah memberitahu kepadaku. Aku bertunang?? Aku? Sampai hati abah..buat macam ni kat aku..Sampai hati.. Aku akan hidup dengan orang yang aku tak kenali! Aku benciiiii!! Benci abah! Benci abah! Benci abah! Hisham!! Aku rindu kan kau! Aku tak boleh terima orang lain! Kenapa kau diam? Kau tak pernah perasan kah yang aku sukakan kau selama ini..Kau dah terlambat Sham!! Aku benci hidup ini! Kenapa????? Kenapa aku?

3 Julai 2003
Aku telah cuba memberontak dengan abah. Aku katakan aku tak mahu terima keputusan itu. Aku dah ada pilihan hati sendiri. Tapi abah memaksa! Memaksa aku! Aku sepatutnya menjadi anak kesayangan abah! Bukankah selama ini aku anak kesayangannya? Anak yang paling manja dengannya? Aku takkan bercakap lagi dengan abah. Mak? Mak pun sama. Tapi abah yang memaksa aku! Aku rasa benci dengan abah. Sangat benci. Abah menengking aku tadi. Tak pernah seumur hidupku aku dimarahi begitu oleh abah..Aku benci abah!! Takkan aku sentuh cincin berkarat tu!

11 Julai 2003
Aku baru balik dari rumah Izzah. Penat aku menempek kat rumah Izzah di Johor nun. Biarlah! Asalkan aku boleh lari dari keluargaku. Seminggu aku di sana, gembira sikit hati aku.

14 Julai 2003
Abang Long sekeluarga dan Kak Ngah sekeluarga pulang ke rumah hujung minggu. Tak henti-henti mereka bertanyakan soal tunangku kepada abah. Mereka sendiri tak faham kenapa abah terlalu tergesa-gesa. Nah abah! Abang Long dan Kak Ngah membela aku!

Aku menutup diari ku. Abang Long dan Kak Ngah. Rindu sungguh aku pada mereka. Kami taklah rapat sangat. Maklumlah..Abang long 21 tahun tua dariku, manakala Kak Ngah pula 19 tahun lebih tua dariku. Masing-masing sudah ada anak-anak sendiri yang hampir sama baya denganku. Mak melahirkan mereka ketika dalam usia akhir belasan tahun. Sedangkan aku lahir ketika mak sudah berusia 40 tahun. Alhamdulillah..mujur aku selamat..Tak ada apa-apa masalah. Ibu yang melahirkan anak di usia lewat ni kemungkinan anak untuk cacat tinggi contohnya Down Syndrome. Alhamdulillah..Allah selamatkan aku… Oh! Aku belum solat Isyak lagi!!

No comments: