Followers

Tuesday, November 30, 2010

~ calon pilihan abah (part 3)

Esoknya, aku ke hospital seperti biasa. Hari ini aku ditugaskan memeriksa seorang pesakit lelaki tua berusia 71 tahun. Ketika aku mendekatinya, tiba-tiba aku teringatkan abah. Usia abah sudah menjangkau 72 tahun. Mak pula sudah mencecah 65 tahun. Pesakit tua itu tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya sambil bertanya khabarnya hari itu. Aku mengambil carta di hujung katilnya. Teruk juga pakcik ini. Ada kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Kali ini dia di hospital kerana jangkitan paru-paru pula. Pakcik Irish itu bersembang-sembang denganku ketika aku memeriksanya. Sangat peramah sekali. Aku teringatkan abah ku. Tapi bila mengingatkan peristiwa musim panas lalu, aku terus mematikan ingatanku itu. Abah tak sayangkan aku!

Aku bertenggek di depan rumah petang itu. Kunci aku tertinggal di dalam rumah! Puas aku menekan loceng rumah..Manalah tau kalau-kalau ada ahli rumahku yang dah habis kelas..atau tertidur ke…tapi…hampa! Geram betul aku. Solat asar pun masih belum kutunaikan. Mujur sekarang sudah musim bunga..Lambat lah sedikit waktu asar habis. Kalau musim sejuk..teruk juga aku..Melayang begitu sahaja lah waktu asarku. Tiba-tiba aku ternampak kelibat Izzah berjalan perlahan-lahan pulang ke rumah. Penat agaknya. Aku melambai-lambai Izzah, menyuruhnya cepat. Izzah segera berlari-lari anak ke arahku. Aku tersenyum melihat Izzah termengah-mengah di depanku. Makin sihat pula tubuh Izzah ni..

“Kenapa akak duduk sini? Kunci hilang ke?”

“Tak..kunci tertinggal dalam rumah...Cepat Zah, akak belum solat asar ni..”

Izzah segera mengeluarkan kunci dan membuka pintu. Aku terus masuk ke rumah dan menanggalkan kasutku.

“Kak! Akak terpijak something lah!” jerit Izzah. Segera aku alihkan kaki ku. Sampul surat berwarna kuning. Aku mengutip surat tersebut dan menghulurkannya kepada Izzah.

“Ish posmen ni..Main buang aje surat tu. Masukkanlah elok-elok sikit dalam lubang tu”,aku mengomel. Izzah diam saja sambil membelek-belek surat tu.

“kak, untuk akak lah. Dari Malaysia ni..”. Terkejut aku..Siapa pulak nak menghantar surat warna kuning istimewa sangat untuk aku. Aku pun menyambutnya dari Izzah dan terus menuju ke bilik dan solat asar. Aku menunggu solat maghrib sekali. Aku memanggil Izzah untuk sama berjemaah denganku.

“Akak, sapa yang hantar kad sampul kuning tu kat akak?”Tanya Izzah sambil melipat kain sembahyangnya sesudah kami selesai bersolat.

“Akak belum bukak lagi Zah..Kak Ngah akak kot..Kalau tak pun, kawan baik akak, Bahiyah masa di Matriks dulu”. Jawabku dengan jawapan aku tak munasabah. Pernah sekali sahaja Kak Ngah menghantar kad raya kepada aku semasa tahun satu dulu. Itu sahajalah sekali. Bahiyah pula cuma mengirimkan e-card sahaja. Ah! Biarlah dulu..Kepala pun sedang berserabut memikirkan perkara lain.

“Akak ada telefon rumah Malaysia tak this week?”

“Tak ada Izzah..Akak takde mood lah nak telefon. Minggu ni akak rasa serabut otak lah.. Terfikirkan pasal hal dulu tu laa..Dah lama akak tak cakap ngan abah akak. Rasanya dah dekat 2 bulan dah. Kali terakhir akak cakap ngan dia pun masa raya haji haritu aje” balasku.

“Ish akak ni..kesian abah akak. Mesti dia rindu kat akak. Akak telefon lah..cakap dengan dia. Memang la Izzah tau akak masih marah lagi kat dia..Tapi sampai bila akak?”

“Ntah la Izzah..Akak pun tak tau..Harini sapa masak? Akak laparlaa”

“Harini Akak la masak! Akak lupa ye?? Izzah laparrrr!!” kata Izzah separuh menjerit.

Alamak! Terlupa pula aku hari ini hari jumaat, giliran aku! Aku segera bergegas turun ke bawah dan memasak….Lauk ayam masak merah dengan sayur kubis masak kicap. Berselera sekali adik-adik rumah aku makan pada malam itu.. Biasa lah..tengok lah siapa yang memasak!

Aku masuk ke bilik hanya setelah jam menunjukkan pukul 11 malam. Tadi aku bersembang panjang dengan Zizi, Semah, Intan dan Izzah di bawah. Hari ini hari Jumaat. Esok cuti, bolehlah aku berehat-rehat sekejap malam ini..tak payah menghadap buku. Aku solat Isyak dan terus berbaring di katil dan merenung almari solek di hujung katilku dengan fikiran yang kosong. Terasa seperti ada sesuatu yang keras di bawah lenganku. Segera aku meraba-raba untuk mengalihkannya. Oh! Surat tadi! Aku terlupa hendak membukanya.. Aku amati tulisan di depan sampul surat kuning itu. Kemas tulisannya. Setemnya bercop 11 Mac 2004. Hari ini 19 Mac. Seminggu sahaja rupanya untuk surat itu sampai dari Malaysia. Setem itu bercop Kuala Lumpur. Siapa ya? Aku pun membuka dengan penuh berhati-hati.

Aku menarik keluar sekeping kad dari sampul berwarna kuning itu. Muka depannya tertulis “Selamat Menghadapi Peperiksaan”. Kad berwarna kuning cair itu dihiasi bunga matahari yang sangat cantik. Aku membuka dengan berdebar-debar. Tulisannya dengan pen berdakwat basah warna hitam.

wbt (dalam tulisan jawi). Buat tunangku, Nurul Hanaa Aisyah, Azmi doakan moga Ana berjaya dalam peperiksaan akhir nanti. Maafkan Mi kerana tak pernah mengirim sebarang berita atau menelefon Ana selama hampir setahun kita bertunang. Mi tak mahu mengganggu pelajaran Ana. Belajar rajin-rajin ye..Insya-Allah, tunang Mi akan bergelar doktor tak lama lagi..Doa Mi sentiasa mengiringi Ana..” Ikhlas dari Tunangmu, Mohd Azmi Idris.

Lama aku merenung kad itu. Berkali-kali aku mengulang membaca nya. Azmi? Nama tunangku adalah Azmi? Aku sendiri terlupa. Bagaimana rupanya sekarang? Umur berapakah dia? Kerja apa? Masih belajar lagikah? Pelbagai persoalan menerkam kepalaku. Aku sememangnya tidak pernah langsung mengambil tahu tentangnya. Aku tidak lagi bercakap banyak dengan abah selepas malam itu. Sedikit pun aku tidak berminat untuk bertanya pada mak tentang dia. Air mata ku menitis lagi. Kali kedua dalam minggu ini. Apa yang bermain di mindaku selama ini hanyalah tindakan abah yang melulu, tanpa memikirkan perasaanku. Dan satu lagi yang bermain di hatiku ialah perasaanku pada Hisham..Aku masih belum boleh meluputkan perasaan itu dari hatiku. Meskipun Hisham tidak pernah mengungkapkan sebarang kata-kata sayang, tapi aku tahu dia menyukaiku lebih dari kawan biasa.

Aku mengurut kepalaku perlahan-lahan. Letih rasanya melayan perasaan begini. Aku melirik jam di mejaku. Sudah pukul 12.30 malam. Di Malaysia sudah pukul 8.30 pagi. Rindu pula rasanya pada Mak. Elok aku telefon sekarang. Rasanya abah belum balik lagi dari masjid. Selalunya dia duduk lama di masjid lepas solat subuh. Jadi, tak perlulah aku bersusah payah memberi alasan pada mak untuk mengelak dari bercakap dengan abah.

Mak. Ana ni mak!”

“Waalaikumussalam…Ana! Dah 2 minggu Ana tak telefon! Risau mak dibuatnya..Ana sihat ke?”

“Sihat alhamdulillah..Mak dan abah sihat ke?”

“Kami semuanya sihat-sihat belaka Ana..Ana bila nak periksa akhir ni? Hari tu ada Azmi telefon mak minta alamat Ana di sana. Mak dah bagi..Ada dia hantar apa-apa pada Ana?”

“Emm..oooo..ye ke..Emm..Mak, periksa ana lagi sebulan je. Takut la mak…Mak doa banyak untuk Ana ya..” Balasku mengelak dari membicarakan lebih banyak tentang Azmi. Jantungku berdebar-debar ketika emak menyebut namanya.

Ala..pasal periksa tu..tak payah takut-takut..Mak doakan untuk Ana..berjaya..lulus cemerlang semuanya” ujar mak diikuti dengan batuk-batuk kecil.

“eh, mak sihat ke ni mak? Macam tak berapa sihat je tu”

“eish..tak lah..mak baik-baik aje..Ana jaga diri elok-elok tau..Jaga makan minum..Belajar-belajar kemas rumah..Nanti dah nak jadi isteri orang..” Kata mak. Eh…lain pula bunyinya pesanan mak ni..selalunya tak pernah dia berpesan tentang soal rumah tangga pada aku begitu. Pasal Azmi pun dia tak pernah berani hendak menyebutnya di depan aku.

“Emm..Okla mak..Ana nak tido, dah ngantuk. Abah tak balik lagi?” Aku pura-pura bertanya.

“Abah kat masjid lagi…biasa lah dia..Dia mintak mak kirimkan salam dia pada ana kalau ana telefon..Suruh ana belajar rajin-rajin katanya”, Mak menyambung sambil terbatuk-batuk lagi.

“Mak ni..betul ke Ok ni mak..Mak pegi jumpa doktor lah mak..Takut apa-apa pulak nanti” jawabku dengan penuh kerisauan.

“Iye lah Ana..Mak sehat je..Biasa lah orang tua Na..Belajar sungguh-sungguh ye sayang..”

Setelah memberi salam aku meletakkan telefon. Segera aku naik ke bilik dan baring semula. Teringat pula pada abah. Emm..dah lama tak dengar suara abah. Memang sakit hati aku pada abah. Tapi rindu tetap rindu juga..Kalau dulu-dulu, sekurang-kurangnya seminggu sekali aku akan bercakap dengan abah, bercerita tentang peperiksaan aku dan kehidupan aku di sini. Walaupun abah sudah tua, tapi fikirannya masih tajam. Dia bekas guru besar sekolah rendah di kampungku. Tapi sekarang ini, semuanya telah berubah. Semenjak musim panas tahun lepas, aku sangat-sangat kurang bercakap dengannya.

No comments: