Followers

Thursday, December 2, 2010

~ calon pilihan abah (part 5)


Setibanya di rumah, aku segera bersolat zuhur dan membaca Al-Quran sambil menunggu waktu Asar. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej baru diterima. Segera aku membukanya…Hisham.

‘Sorilah tadi,aku bergurau aje. Jangan marah. Tapi..kalau betul apa salahnya kan..OK Ana, Stadi rajin², jumpa Isnin.A’kum’

Aku tersenyum sendiri. Memang sah Hisham menaruh perasaan pada aku. Tapi..Mungkin juga dia bergurau sahaja..sekadar nak menguji hati aku. Aku berteka-teki pula dengan diri sendiri. Memang aku akui aku terasa gembira mendengar kata-kata Hisham tadi. Hati perempuan mana yang tidak bergetar apabila jejaka yang sudah bertahun-tahun menjadi idamannya meluahkan rasa begitu..?? Tiba-tiba wajah ayah menerpa mindaku. Aku tersenyum pahit. Maafkan aku Hisham..Andai betul itulah isi hatimu, ternyata kau sudah terlambat Sham..Maafkan aku..

Sepatutnya aku menelefon rumah pada hujung minggu begini. Tapi sudah hilang rasa rindu aku pada keluarga mengenangkan hati yang kecewa ini. Hujung minggu itu aku biarkan saja berlalu tanpa sebarang berita buat mak dan abah. Mak pasti merinduiku. Abah?? Biarlah dia…Aku bukan lagi anak manja abah…Hatiku bertambah luka dengan gurauan Hisham tempoh hari. Sepatutnya hati aku sangat gembira ketika ini. Gembira dengan luahan hati Hisham yang aku sendiri tidak tahu ikhlas atau tidaknya. Tapi paksaan abah telah menarik kegembiraan yang sepatutnya aku rasai itu. Aku menangis lagi… Rasa-rasanya sudah tidak ada faedahnya aku memikirkan tentang semua ini. Peperiksaan sudah pun hampir tiba. Tak wajar untuk aku bermain-main dengan perasaan begini. Aku memandang sejadah..Pemberian abah. Pesannya berkali-kali sebelum aku bertolak ke sini semasa di tahun satu dahulu supaya tidak meninggalkan solat. Aku bangun lalu menunaikan solat hajat, memohon agar Allah tenangkan jiwaku dan dapat belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk menjadi seorang doktor, berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.


Masa berlalu begitu pantas. Aku telah berjaya dengan perlahan-lahan membuang gelodak emosiku dan menumpukan perhatianku terhadap peperiksaan. Kini cuma tinggal dua hari sahaja lagi sebelum peperiksaan akhirku. Aku menelefon juga emak untuk meminta restunya. Emak bersungguh-sungguh berpesan supaya aku menjawab dengan teliti. Kalau abah, mesti dia akan menyuruhku supaya banyak-banyak berdoa dan tawakkal. Selawat banyak-banyak. Itu nasihatnya yang biasa sebelum aku menghadapi peperiksaan. Teringin juga rasanya hendak mendengar kata-kata daripada abah sebelum menghadapi peperiksaan ini. Tapi hatiku ini seperti dipagari sesuatu. Adakah ini dikatakan dendam? Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri sengaja mengelak dari bercakap dengan abah hari itu.Tak apa lah..Mak juga ada menyampaikan pesan dari abah menyuruhku menjawab dengan teliti. Lain pula pesan abah kali ini. Apalah agaknya yang abah fikirkan ketika ini. Apalah yang abah fikirkan tentang aku..tentang aku, anak perempuan bongsunya ini. Memang aku masih marahkan abah. Masih dalam rasa kecil hatiku pada abah. Sudah 3 bulan aku tak bercakap dengannya..Aku juga yang selalu mengelak.. Mungkin abah juga ada menaruh rasa kecil hati padaku. Ah biarlah..


Aku menghadapi peperiksaan dengan penuh kesungguhan. Segala kesungguhan yang aku ada. Berbekalkan ilmu yang aku pelajari selama ini serta doa yang kupanjatkan kepada Ilahi, aku menghadapi segalanya dengan penuh tawakkal. Selama 3 minggu aku berada di medan peperangan dengan kertas-kertas ujian, ujian praktikal dan lisan, akhirnya…Alhamdulillah…Aku selamat menghabiskan kesemuanya..3 minggu berlalu sepantas kilat. Aku sudah merdeka..Cuma yang ada ialah debaran menanti keputusan yang bakal keluar seminggu lagi. Izzah, Zizi, Semah dan Intan masih lagi belum tamat menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka.

Selesai sahaja ujian lisan terakhir tadi, aku bersama rakan-rakan sekelasku terus menuju ke restoren pizza terdekat bagi meraikan episod peperiksaan kami. Aku bersama Lin, Yan, Jes, Zubir dan Hisham makan dengan penuh berselera setelah 3 minggu makan tak kenyang, tidur tak lena. Kawan-kawan Irishku yang lain semuanya beramai-ramai menuju ke pub yang berdekatan dengan kolej kami, menyambutnya dengan minuman najis yang haram itu. Tidak sesuai lah jika aku hendak bersama-sama mereka sekalipun aku agak rapat dengan mereka.

Aku pulang ke rumah ditemani oleh Lin. Rumah Lin lebih kurang beberapa minit berjalan kaki dari rumahku. Setibanya di rumah, aku segera menghempaskan tubuhku yang masih keletihan itu di katil. Aku berbaring dengan tenang. Aku tersenyum sendiri..Alhamdulillah…Habis juga akhirnya…Tiba-tiba aku teringatkan Izzah. Sudah lama aku tidak bersembang panjang dengannya. Kepala aku asyik memikirkan tentang peperiksaan sahaja selama 3 minggu yang baru berlalu itu. Aku bangun dan menuju ke bilik Izzah. Aku mengetuk pintu sekali dan terus masuk. Izzah baru selesai sembahyang. Dia segera berpaling ke arahku dengan telekung yang masih terlekat di mukanya sambil tersengih.

“Dah habis exam??”

“Sudah!!!!Alhamdulillah!!”, jeritku sambil terus meluru memeluk Izzah. Aku mula membuka cerita tentang peperiksaanku. Izzah masih ada satu lagi kertas yang perlu diduduki. Itupun masih ada 4 hari lagi sebelum peperiksaan itu. Jadi, bolehlah kami bersembang lama malam itu. Tak lama selepas itu, Zizi, Intan dan Semah pun turut sama berkumpul di bilik Izzah mendengar celotehku tentang peperiksaan akhir yang baru sahaja berlalu. Aku sungguh gembira hari itu…!

No comments: