Followers

Monday, November 30, 2009

< kecantikan lelaki & kegagahan wanita >


Kecantikan Lelaki..??
> Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
> fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang
> cantik,adalah:-
> 1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
> 2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
> 3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
> 4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
> 5)Lelaki yang baik sangka
> 6)Lelaki yang tak pernah putus asa
> 
> Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan
> hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi
> Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna
> seorang lelaki.


> Kegagahan Wanita..??
> Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
> badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan
> yang gagah,adalah:-
> 1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
> 2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
> 3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah
> ditinggalkan
> 4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi
> segala keinginan
> 
> Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
> Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah
> R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
> 
> Sabda Rasulullah S.A.W:-
> " Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
> 
> Surah Al-Ahzab: Ayat 71
> " Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu
> dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
> mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia
> telah mendapat kemenangan yang besar."
> 
> Moga-moga menjadi renungan yang boleh membimbing
> kita semua, amin.
> 
> ~ sesungguhnya perkara-perkara yang baik itu akan
> menghapuskan keburukan. demikianlah peringatan
> kepada orang yang mahu beringat.....






No comments: