Followers

Thursday, November 19, 2009

andai kau.....

Apabila kau ingin berteman,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,
janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kau akan membencinya.

Andai kau ingin SAHABAT yang satu,
janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang SAHABAT yang hanya manusia biasa.
Jangan diharapkan sempurna,
kerana diri kita juga tidak sempurna...

Renung2kanlah. .kita semua adalah sama,HAMBA ALLAH YANG SATU,
buruk dan baiknya diri kita,tiada siapapun yang berhak untuk
mengutuk..
kerana kita adalah sebaik-baik kejadian...
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA..


No comments: